Tuesday 29 September 2015

Home Made Playdoh

Project di malam hari. Saya cedok idea dari FB Wan Faridah Wan Abas

Ni resipi dia

Bahan-bahan: 


-3 cwn tpg gndum

-1 1/2 cwn garam halus
-2 cwn air panas mendidih- kurangkan jika dah ok (biasanya 1 1/2 cwn dah elok doh)
-1 sudu besar minyak msk
-Pewarna

Dan hasilnyaaaa

3 colour je involve. Imaan suka sangat yang warna pink tu.. kejap-kejap cakap cantik.. Kemain lagii



Ade 1 lagi resipi yang saya belum cuba. Tahbahan cream of tartar. Later akan cuba yang tu pulak. Confident sikit nak bagi anak main toys yang non toxic camni..

Monday 28 September 2015

Aidil Adha

Sebelum ni tak pernah rajin nak update moments camni. Ni alang-alng dah ade gambar masuk terus sini. 

Rumah mak yang kacau bilau di pagi raya. Gara-gara anak saya ImaanJa yang suka expolre everything

Happy di pagi raya

Anak buah yang sopan santun. Opposite sangat sikap dia dengan Imaan. Selalu dia la penenang bagi Imaan. Asal Imaan menakal je, dia terus jerit.. "Mannnnnnn"

Pagi raya tu ada kenduri kecil kat rumah nenek. Nenek just pinjamkan halaman rumah je. Orang yang derma untuk korban amanahkan tukang sembelih untuk masak sekali. Rumah nenek paling dekat, so terus proceed untuk jadi tapak kenduri. Maka meriahla Hari Raya Korban kami..

Nenek.. Busu.. Anak busu.. Kak Long..

Orang lelaki dah berkumpul depan rumah

Mak ngah and Maklong Atan (penderma untuk korban)

Si cilik yang ceria

Baca doa. Lelaki je yang ramai. Lepas makan diorang agihkan lauk satu kampung

Again tetamu yang hadir





Azeezah yang cumilss




Sunday 27 September 2015

Tips Selamatkan file yang jadi icon shortcut

Tips ni saya baca dari Smart Cyber Media

Virus ni selalu sangat menyerang. Memang tension. Lagi-lagi kalau selalu sahring data dari PC atau laptop. Kalau kene kat doc penting memang nangis laaaa

Diorang share solution camni..

:: File Dlm Pendrive & Laptop Jadi Shortcut ::
Ada sorang student UITM Shah Alam datang nak print assignment, bila cucuk je pndrive, buka tengok semua file dalam pendrive hilang/dah xde.


Apa lagi mengelabah lah student tu, siap nak nangis bagai. Mana taknya 1jam lebih je lagi masa utk hantar. (memang dah lumrah student buat assignment last-last minit, admin masa belajar dulu pun sama jugak,bukan kata kat org lain pun hihihihi.

Admin tanyalah sebelum dtg td ada cucuk kt mana-mana ke pendrive tu, dia kata cucuk kt laptop member je tadi nk siapkn assignment.

Kesian pula admin tengok, so admin kata meh sini pendrive tu nk tolong, tak sampai 3minit admin buat, semua file yg hilang tadi dapat kembali. Punyalah hepi student tu siap melompat-lompat kegembiraan.

Wahh, hebatnye abang buat magic apa sampai boleh dapat balik semua file yg dah hilang tadi? student tu bertanya pada admin.
Tak ada Magicnye, hanya dengan berbekalkan sedikit ilmu, jawab admin. kemudian student tu terus tersenyum dan ucapkan terima kasih.
Pernah tak perkara ini berlaku kat korang semua?
Meh admin nk share sikit Ilmu yang paling senang utk kembalikan semua file dlm pendrive or laptop korang yang dah jadi shortcut disebabkan virus. Kalau korang hantar kedai kadang2 kena cas jugak, so lepas ni bolehla cuba buat sendiri ek smile emoticon
Ikuti beberapa langkah berikut :-
Step 1
Tekan "Windows+R" serentak nanti akan keluar "RUN" dan taip "cmd" pada kolum "open" dan enter.
@ buka "cmd" pada Windows>All Program>Accessories>Command Promph.
Step 2
Selepas buka "cmd" anda perlu pilih drive mana yg nak di repair, contohnya sy ambil drive F kerana pendrive sy berada di drive F. Anda perlu taip "F:"
Step 3
kemudian enter, akan keluar "F:\>"
{standard laptop/pc drive C utk windows, drive D utk data, so kalau masuk pendrive akan jadi drive E dan ke atas}.
Step 4
Kemudian anda perlu taip " attrib -s -h *.* /s /d" dan enter.
Step 5
Tunggu sehingga keluar balik perkataan ini "F:\>"
Step 6
Setelah perkataan ini keluar "F:\>" bermakna anda telah berjaya.
Step 7
Terakhir, anda sudah boleh buka file dlm pendrive anda tadi, akan kelihatan semua file-file yang selama ini hilang/hide disebabkan virus.
SELESAI...
(admin sertakan juga contoh print screen utk rujukan)
p/s : sori jika ayat/perkataan admin berterabur kerana ‪#‎iamnubis‬ baru nak belajar menulis,berkongsi ilmu pada semua pengguna smile emoticon
semoga bermanfaat.

Source from here

Software shortcut virus remover amik kat sini

Korang baca sekali komen-koemn diorang. Macam-macam tips ade

Friday 25 September 2015

Tips Hilangkan Kelemumur

Sharing Tips dari FB HiJo Cloth Pad.. Sape nak baca tips dia try click link tu..

Tips nak hilangkan kelemumur.

Saya dah cuba dan sedang amalkan sekarang

Memang sangat membantu


Saya ni memang jenis kuat berpeluh. Sokmo nak kene cuci rambut. Hari-hari pagi petang. Kalau lambat cuci je rambut rasa berminyak. Kulit kepala takyah cakap. Berkerak. Time rambut basah kalau garu sikit, memang akan ade macam daki putih kat hujung kuku. Hehehe sape ade masalah sama dengan saya??

Paling kronik masa bulan 3 atau 4 tahun ni. Masa mula-mula saya perasan saya pregnant. Rambut gugur teruk. Kelemumur lagi. Sedihnyaaa la haiiii..

Saya google sana sini bab cuci rambut ni. Sebelum ni dah pernah terbaca yang soda bikarbonat+apple cider sangat membantu. Tapi agak pemalas nak mencuba plus ade rasa ragu, bolehke benda ni bersihkan kepala saya??? Jawapannya adalah memang BOLEHHHHH yeee.. Sangat bolehhhh

Saya 2 sudu soda bikarbonat bancuh dengan secawan air.. Basuh rambut plus urut-urut kulit kepala. Pelan-pelan je sapu kasi rata. Lepas tu bilas dengan air bersih. Lepas tu effect dia adalah rambut kita rasa kesat tah ape-ape. Memang tak best. Takpe, kat sini peranan apple cider pulak...

Ni soda bikarbonat yang saya guna
Dah settle soda, saya bancuh 2 sudu apple cider dengan secawan air jugak, then lumur ke seluruh kepala. Sama proses macam soda tadi. Sapu cukup-cukup.. biarkan kejap then bilas bersih-bersih sebab bau apple cider ni boleh tahan jugak. 

Dedolu guna apple cider ni.. sangat bagus sebab dia ade serdak apple tu. Tapi macam dah discontinue pengeluaran sejak ade kes apple tercemar.

Lepas settle mandi.. keringkan rambut.

Bab berapa lama kesan tu, ikut pada disiplin. Kalau saya lepas 2 kali basuhan saya dah nampak kesan dia. Memang saya avoid shampoo terus masa proses ni. Takmoo ade campurtangan bahan kimia lain.. Lepas dah tak de kelemumur saya kurangkan soda. Just guna apple cider dan air. Saya akan guna soda kalau rasa kepala berminyak-minyak. Kalau takde takyah. 

Yang paling best, sekarang rambut saya kurang berminyak-minyak. kalau sehari 2 tak cuci pun ok.. Tapi sape tahan kan kepala tak basah.. so saya mandi basah rambut macam biasa sambil-sambil sapu apple cider.. No more shampoo sekarang.
Sekarang guna apple cider ni aje



Monday 21 September 2015

Gambar Rumah Contoh

Biasanya kalau gi melawat rumah contoh, mesti yang dah siap renovate, touch up itu ini,wall deco, kitchen cabinet bagai. Tapi rumah contoh kami is super simple. Developer cuma tunjuk camna rupa rumah kami bila siap nanti. Camni la dia.. Seadanya.. Gambar dari husband. Masa dia g melawat rumah tu dengan kawan dia. Saya tak sempat gi melawat lagi. Entah bila nak pegi..

Tangga ke Unit kami
Hall + Dining share the same area
The Balcony
Store
Toilet








Laundry area

Kitchen

Again, Hall
Semuanya dalam mini size. Bilik kecil, dapur pun kecil. Tengah fikir-fikir camna la nak deco. Semangat sangattttt nak menghias padahal ade masa 2 tahun lagi nak siap. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik...

Thursday 10 September 2015

Idea deco Dari developer

Illustration dari website developer. Semua indah-indah je. Takpe kita simpan sini untuk rujukan akan datang. Mana mampu kita buat terus. Saya suka idea yang ditunjukkan sebab simple dan minimalis. 









Wednesday 9 September 2015

Rumahku nan Kecil

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Proses beli rumah ni agak mudah.. 

Sebenarnya lama dah nampak iklan rumah ni, RM99,000.. Kat kawasan perumahan elit.. Taman Paya Rumput Perdana sana.. Dalam hati ehhh biar betol.. 

Maka hari-hari saya lalu kawasan itu. Kekadang berenti kekadang jalan terus sebab iklannya betul-betul kat traffic light. Berbulan jugak la saya mengabaikan iklan ni.. Sampai satu masa, terjumpa kazen yang tinggal kat perumahan elit ni..

Saya : Ejal.. kat kawasan rumah kau ade rumah RM99ribuan eh?

Ejal : A ah rumah cluster

Ok habis setakat tu aje. Senyap, silent

Dalam kepala terbayang, rumah cluster member kat JB. Tingkat atas bawah, besar gak. Kalau Melaka harga RM99k murahla kot.. Ok hati dah goyah. Pujuk husband gi tengok..

Suami pun macam nak tak nak layan.. Tak biar dia, saya nak tengok..

Sampai je kat showroom.. mata dah bersinar. Tengok suami cam berminat. Kejap kang dia g kat model sana, kejap kang dia g kat model sini. Imaan dia biar je berlari kat showroom tu. Amboii tadi mcm tak suka... Pastu datang sales person bg info tentang rumah yang kami tengok.. dia tanya memang nak cari rumah medium cost ke? Kami senyum jela. Dah tahap tu je kemampuan. Sebenarnya panjang gak kisah membeli rumah ni.. Tapi to cut it short, akhirnya kami pilih rumah jenis cluster. Tingkat atas, sebab tingkat bawah dah habis terjual. Camni illustration rumah yang diorang iklan..




Hall 


Hall jugak

Floor plan rumah kami
Floor plan bawah

Godek godek page pemaju, ade ID idea untuk bilik. Nanti saya tepek sekali kat sini untuk future reference

Tuesday 1 September 2015

Printable dot collection

Jumpa benda ni kat Facebook

Nampak seronok, tapi sekarang ni Imaan dalam fasa mengoyak kertas, takpe slowly develop..

Mama simpan sini dullu ye cayang activity ni

Nanti mama print satu-satu untuk imaan buat

Dapat sumber dari sini.. Saje post kat blog sendiri incase besok-besok link tu dah expired ke.. takut kempunan