Tuesday 28 November 2017

Gluten Free : Jajan Berkeju

Resipi GF Kudap-kudap ni amik kat sini..

Nampak mengujakan. Wajib simpan untuk rujukan

Jajan Berkeju!
Bahan-bahan ;
2 cawan tepung ubi
3 biji telur
125 keju parut
1/2 sudu kecil garam (optional)
Cara :
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan keju parut gaul hingga sebati
3. Masukkan tepung dan garam
4. Uli doh hingga tak melekit kat tangan
5. Ambil doh sebesar kacang tanah letak di tapak tangan dan gulungkan (jangan besar sangat nanti tengah-tengah kuih tak masak)
6. Rendam dulu dalam minyak masak atau masukkan dalam kuali yang telah diletak minyak (tanpa dipanaskan), supaya tak meletup masa goreng.
7. Apabila doh dah banyak baru hidupkan api. Tapi tak perlu penuh nanti doh akan mengembang.
8. Goreng dengan api sedang sehingga keperangan.
Siap!



Tuesday 21 November 2017

Gluten Free : Sangkaya Labu

Banyak pula resipi lalu dekat wall. Ada labu 1/2 biji dekat rumah. Santan pun ada, telur pun ada. Boleh cuba ni

Resipi dari Group Masak Apa Harini, boleh ubah gula dari gula putih kepada Gula Kabung atau ORCS

Sengkaya labu..kalau tau la sedap camni dah lama maklong buat..dengan manis labu dicampur plak dengan rasa gula kabung, memang sedap sangat la..sejuk2 manis2 buah, wangi gula kabung, x dpt digambarkan dia punya sedap tu.


Telor 2/3biji ikut size labu gak
Santan 200ml
Gula semanis yg kita suka

Kacau je lam mangkuk bg sebati
tuang dalam labu yg telah dibersihkan
Labu tu basuh potong atas kepalanya dan buang biji n sabut-sabut dlmnya


Kukus

Fuhhh


Gluten Free : Chocolate Cake

Another receipe to save. Nampak menarik tertarik.. Memang wajib buat ni.. Rasanya ada chocolate powder kat rumah. Resipi from here






Kek Nasi Gluten Free.
Sebelum ni buat tanpa tepung. Malam ni saja guna resipi kak Izzaty.
2 cawan nasi

1 cawan serbuk koko asli
4 sudu tepung jagung non gmo
2 biji telur
1 cawan palm oil/vco
100ml air suam
1 cawan orcs.
Campurkan semua dalam blender & bakar ikut oven masing². Nuna guna suhu 150c dan bakar selama 40 min.

Topping dia Nuna buat biasa aje.
3 sudu serbuk koko
3 sudu orcs
1 sudu tepung jagung
2 sudu minyak masak 
Air ( agak² )

Masak seketika agak² pekat. Siap untuk dicurah ke ladang kek koko 😂

Monday 20 November 2017

Gluten Free : Churros

Another Gluten free Recipe.. The easy one. GF Churros. Rasa nak buat harini kalau sempat. Bahan simple dan mudah dapat. Harap-harap tercapai impian

Resipi from here

Bahan2 :-
125ml air
1 sudu kecil gula (sy guna raw cane sugar)
1/2 sudu kecil garam (sy guna pink salt )
1/2 sudu kecil vanilla extract (xltk pun blh)
25g pure butter (sy guna butter labella)
70g tepung beras
20g tepung ubi kayu
1biji telur saiz B (sy guna egg replacer)
Cara2 :- 
Didihkan air bersama gula, garam, vanilla extract &butter. Lps air mendidih kecilkan api masukkan kesemua tepung.kacau sebati kemudian msukkan telur yg telah dikocak terlebih dahulu.tutup api&kacau adunan smpi sebati.isi adunan dlm piping bag ... Disebabksn xde nozel kat umah ni...ku pipingkan aje terus dlm kuali.. Jadilah churros yg kurus heheh.. Sdp if ada choc ganache tp malas nak buat kiki... Disebabkan teringin sgt nak mkn cinamon roll mkn jelah churros ni dgn cinamon powder n blended orcs hihih.. Tp adik mkn kosing gitu je..


Friday 17 November 2017

Gluten Free : Donut/Keria Keledek

Resipi dari sini oleh Puan Nina


2 biji keledek ungu
5sudu tepung jagung non-gmo
3sudu tepung beras
3 sudu tepung ubi kayu

Sprinkle chia-seeds sikit




Monday 13 November 2017

DISIPLIN DENGAN KONSISTEN DARI GAJI

Sekarang ni tengah mood belajar perancangan kewangan by Ieza Yusof. 10/11 lepas dia share mcm mana nak susun gaji. Perkara paling basic yang dia ajar.. Sebelum lupa baik saya sharekan kat sini. Kalau terlupa boleh baca semula

DISIPLIN DENGAM KONSISTEN DARI GAJI
==================================
(Tips keberkatan dalam perancangan kewangan)


1.10% Simpanan 
2. 1.5% Sedekah 
3. 2.5% Zakat
4. 3.5% Ibu bapa
5. Cukai
6. Roadtax, insurance, service & maintenance kenderaan
7. Yuran sekolah anak-anak
8. 2% @ 3% Upgrade diri (seminar/belajar)
9. 5% Family holiday
10. Raya (duit/kuih/baju/travel)


Nampak macam simple. Tapi bila buat calculation memang pengsan. Slowly i will develop this.. Fuhhh

Tuesday 19 September 2017

Doa untuk anak-anak

Kerap dengar berita tak seronok di media sekarang. Semoga zuriat kita terkecuali dari dugaan berat di akhir zaman. Semoga Allah kurniakan perisai yang tebal supaya zuriat kita kalis segala godaan syaitan di akhir zaman

Bacakan doa ini kepada anak-anak, di ubun kepala, saat anak-anak sedang tidur, atau doakan anak-anak pada setiap kali lepas solat
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
(Allahumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

MAKSUD
"Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran)."
[Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.]
Bacakan doa ini kepada anak-anak, di ubun kepala, saat anak-anak sedang tidur, atau doakan anak-anak pada setiap kali lepas solat.
KETERANGAN
Doa ini dibaca oleh Nabi Muhammad SAW untuk Abdullah Ibnu Abbas atau dikenali sebagai Ibnu Abbas. 
Abdullah bin Abbas (عبد الله ابن عباس‎ (619 - Thaif, 687/68H)), adalah sepupu kepada Nabi Muhammad SAW, tokoh yang paling ‘alim tentang al-Quran dan paling faqih dengan tafsirannya dan beliau menghafaz 1,660 hadis yang ditsabitkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dalam kitab shohih mereka. Beliau ditahnikkan oleh Nabi SAW dan membesar di bawah asuhan Baginda. Ke mana sahaja pemergian Nabi SAW, selalunya Abdullah bin Abbas akan turut serta. Ketika Baginda SAW, hendak berwuduk, beliau menyediakan airnya, ketika Baginda SAW menunaikan solat, beliau berdiri solat di belakangnya !

Ibnu Abas menjadi seorang ahli Hadis, ahli Tafsir, ahli Fikah yang tersohor di zamannya. Sehingga beliau mendapat tempat istimewa disisi Khalifah Ar-Rasyidin dalam membantu kepimpinan berkaitan urusan pentadbiran dan agama. Beliau dikenali sebagai orang yang paling mengikuti dan mentaati Sunnah Nabi Muhammad SAW.
_____________________________________________

“Apabila matinya anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Kredit: fb Munirah Mukhtar