Friday, 16 March 2018

39 Selasih From scratch


Saya baru sahaja merasmikan 1 unit homestay di Klebang. Kami namakan 39 Selasih sempena nama Taman di Situ. Lokasi agak menarik di depan Pantai Klebang. Walaupu secara khususnya rumah ni bukanlah rumah kami. 39 Selasih milik ibu saudara tetapi kami menguruskan rumah ni dari "0". dari proses booking, pembelian, ambil kunci, rancang design sehinggalah 39 selasih mula ber operasi. saya kongsikan gambar sebelum dan selepas 39 selasih sebagai kenangan kami.
sebelum. Pandangan Hadapan

Selepas. Pandangan Hadapan

Sebelum. Ruang Tamu

Selepas. Ruang Tamu

Sebelum. Room 1

Selepas Room 1

Setakat gambar ni yang ada dalam simpanan.. 

Tuesday, 28 November 2017

Gluten Free : Jajan Berkeju

Resipi GF Kudap-kudap ni amik kat sini..

Nampak mengujakan. Wajib simpan untuk rujukan

Jajan Berkeju!
Bahan-bahan ;
2 cawan tepung ubi
3 biji telur
125 keju parut
1/2 sudu kecil garam (optional)
Cara :
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan keju parut gaul hingga sebati
3. Masukkan tepung dan garam
4. Uli doh hingga tak melekit kat tangan
5. Ambil doh sebesar kacang tanah letak di tapak tangan dan gulungkan (jangan besar sangat nanti tengah-tengah kuih tak masak)
6. Rendam dulu dalam minyak masak atau masukkan dalam kuali yang telah diletak minyak (tanpa dipanaskan), supaya tak meletup masa goreng.
7. Apabila doh dah banyak baru hidupkan api. Tapi tak perlu penuh nanti doh akan mengembang.
8. Goreng dengan api sedang sehingga keperangan.
Siap!



Tuesday, 21 November 2017

Gluten Free : Sangkaya Labu

Banyak pula resipi lalu dekat wall. Ada labu 1/2 biji dekat rumah. Santan pun ada, telur pun ada. Boleh cuba ni

Resipi dari Group Masak Apa Harini, boleh ubah gula dari gula putih kepada Gula Kabung atau ORCS

Sengkaya labu..kalau tau la sedap camni dah lama maklong buat..dengan manis labu dicampur plak dengan rasa gula kabung, memang sedap sangat la..sejuk2 manis2 buah, wangi gula kabung, x dpt digambarkan dia punya sedap tu.


Telor 2/3biji ikut size labu gak
Santan 200ml
Gula semanis yg kita suka

Kacau je lam mangkuk bg sebati
tuang dalam labu yg telah dibersihkan
Labu tu basuh potong atas kepalanya dan buang biji n sabut-sabut dlmnya


Kukus

Fuhhh