Tuesday 31 July 2012

Hamba Allah di uji dengan pelbagai Ujian

Recently aku terbaca blog Alia Haryanie. Hamba Allah yang terpilih untuk diuji oleh Allah & Yani tetap kuat untuk melawan sakit yang dia tanggung demi anak-anak. Kagum! itu je yang boleh aku katakan bila membaca perjuangan Yani. Aku still membaca dari awal penderitaan Yani (Sekarang masih membaca kisah Yani tahun 2010)..

Bila terbaca penulisan Yani, dia ada bagitahu yang dia kekurangan sel darah. Terus teringat kat pembacaan aku tentang buah delima. Buah yang sangat mujarab dalam perubatan. Macam-macam khasiat. Salah satu sumber dari sini...

Antara khasiat yang ada dalam delima :

Mengikut buku perubatan Parsi :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .
Itu dari satu source.. Banyak lagi sumber yang menceritakan perihal buah delima.. Aku nak cuba suruh ayah amalkan delima.. Mana tau ayah boleh cakap n berjalan macam dulu.. :'(

Monday 23 July 2012

The Promise

Hari ke-3 puasa.. Hari pertama kerja + puasa. Terasa kemalasan nak bangun pagi-pagi. Maklumlahhh 2 hari pertama puasa adalah hari libur, jadi lepas sahur, tengok tv.. Rehat-rehat.. Sambung tidur.. Dengan senang hati.. Sekali hari ni kene kerja rasa malassss betul..

Dah ter"promise" dengan member untuk update gambar baju purple tu on 14th puasa. So maknanya tinggal 11 hari je lagi. Ada perubahan atau tidak. Hoho suspen okeh!! Last night masih continue with Zumba abs yang 15 minit tu.. Pada saat menaip ni effect senam tu dah ade. badan rasa sengal-sengal. Harap-harap malam ni dapat kuatkan hati untuk bersenam lagi..

Ahad lepas tengok ramai sangat yang review tentang cerita perempuan neraka. Macam menarik sangat ceritanya. Aku dok google, search kat youtube tak jumpa-jumpa.. Hari ni masuk opis, masa borak-borak jap ngan piancee sekali dia remind tentang cerita tu. So try google tak jumpa, try pulak search kat youtube.. Ada! ok terus enable FLV kat IDM n download. Pasni leh tengok..

Lepas download Perempuan Neraka, nampak pulak cerita-cerita lain yang dok tayang kat Astro first.. Horey-horey.. Download gak!. Currently tengah download Horey-horey.. Pas habis ni plan nak download jiwa taiko lak. Download sume malay movie. Nak tengok kat wayang memang tak la kot. Cinema Sandakan jauh sangat! Pastu jarang ade cite melayu (or aku memang tak jejakkan kaki pun kat situ)

Friday 20 July 2012

Selamat Berpuasa

Ucapan khas buat diri sendiri.. Esok (21 Julai 2012) Muslin di Malaysia akan mula berpuasa. Bila tanya tentang persediaan, aku still menyiapkan diri dari segi fizikal & mental untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini..Bagi sepanjang Ramadhan, aku plan nak tukar eating habit dari Atkin to low Calories Diet. Bukan apa, aku takut kalah dengan dugaan kuih muih, so tukar siap2, kenalpasti calories yang cukup untuk badan & enjoy the diet..

Target untuk sepanjang Ramadhan.. Muatkan baju raya ni!