Monday 31 December 2012

2.0.1.2

Memori sepanjang tahun 2012...

1. End Januari, dapat tawaran ke Jepun.. Super excited.. So happy....

2. Mac, booking rumah baru... Settle & tunggu kunci je sekarang...

3. Mac, terbang ke Jepun for 13 days.

4. Mac, masa kat Jepun En. K datang meminang saya...

5. May, kursus yang hectic.. Kuching - Labuan - Miri.. Pokaiii

6. November, jalan jalan ke Hong Kong & Macau...

7. November, I'm married!!


Friday 21 December 2012

Saya dah apply pindah

I've been busy sejak balik dari kampung 15 Disember lepas.. Harini bukak tab, tengok counter kat home screen, rupanya dah 27 hari saya jadi isteri orang. Sangat tak terasa.. Orang lain tak terasa sebab sentiasa ada romantic moment & unforgetabble moment bila suami sentiasa ada depan mata. Tapi saya berbeza... Sebab apa?? Sebab suami tak ada depan mata. Hari-hari call but end up like masa kami kawan + tunang. Malam tadi borak dengan Hub-b, dia pun mengeluh kenapa la kami ni kene berjauhan dalam waktu agak lama. Dia pun ada cakap yang kami berdua ni tak ubah macam zaman kawan & tunang. Bertelefon sampai tak tahu apa nak borak. Sebab kami tak ada sama-sama.

Kalau orang lain ade yang weekend family. they gathered every weekend. Kami?? Not even weekend or every forthnight. Sebulan sekali pun belum tentu. Tadi baru je habis RM198.00 untuk beli tiket balik kampung for febuari. Mac belum lagi, April belum lagi. Hopefully urusan mohon pindah dipermudahkan..

All this while saya sibuk menyiapkan surat pindah dan dah berjaya dapatkan kelulusan pengarah. Tanpa pengganti. Alhamdulillah. Urusan di peringkat pejabat kat sini sangat dipermudahkan. Harap-harap HQ boleh bagi kelulusan tanpa ada banyak kerenah.. 

Photobook Japan pun dah berjaya dicompile. All 40 pages dah berisi.. Tinggal 3 lagi photobook nak kene siapkan sebelum May2012. Kawin x 2 dan HongKong Macau...Kene kejar masa.

Sekarang saya mencari mood untuk update semua akaun kelab kakitangan. Niat di hati lepas dah selesai semua kira-kira saya nak letak jawatan. Sesungguhnya saya tak suka memegang duit orang. Saya tak termanage..

Wednesday 5 December 2012

Finally everything is settled

Alhamdulillah.. Tiada ucapan lain yang dapat diluahkan selain berterima kasih kepada yang esa. Majlis perkahwinan kami (Saya dan hub-b) telah selamat diadakan pada 24 November 2012.

Caption by OP : Mencari Cinderella..
Cuaca sangat memberikan kerjasama. Tak terlampau panas dan yang penting tak hujan sebagaimana hari sebelumnya. Hujan turun sangat sangattttt lebat sampai nak memandu pun tak nampak jalan. Siapa yang tak risau time tu. Debaran dalam hati memang tak terungkap..

Hari sebelum majlis, 23.11.2012

Saya sibuk kesana sini. Mencari Inai kampung. Niat di hati nak pakai inai ala dolu-dolu. Hanya di hujung jari. Tapi tak siapa yang dapat membantu untuk menggiling. Makcik-makcik di kampung dah tua. Tak berupaya untuk menggiling. Sudahnya mencari henna di Indian Street di Kampung Jawa. Habis hujung tanganku hitam. Kek yang diorder juga siap hari ini. Sangat gembira dengan hasilnya. Tapi semua gambar tiada dengan saya. Perlu tunggu gambar dari OP. Hantaran last minit juga siap pada hari ini. Gubahan bunga juga. Semua perlukan saya untuk self pick-up. Saya redah je crowd di rumah. Terus keluar untuk melengkapkan apa yang perlu.

Malamnya ada majlis marhaban oleh ibu saudara. Serentak juga diadakan majlis cukur jambul anak saudaraku yang tersayang..

Pada hari kejadian, 24.11.2012

Debaran memang dah menggila... Make Up artist tak kunjung tiba. Katanya dia akan sampai paling lewat jam 8.00 pagi. Pukul 7.00 pagi dia masih tak call untuk bertanyakan jalan untuk ke rumah. Saya SMS tanyakan samada dia jumpa rumah atau tidak. terus dia call bagitau yang dia terlewat bangun. Ohhh menambah debaran je..

Sesampai MUA yang lewat ke rumah, dia terus memulakan kerja. Nasib muka juga memberikan kerjasama. Sambil bermake up, terdengar suara bising di luar. Rupanya dah jam 10.00 pagi dan rombongan bakal suami (yang terkenal dengan punctualitynya) dah sampai. On time! dia memang macam ni dari dulu...

Akad dilafazkan sekali sahaja. Bravo hub-b!! Alhamdulillah...

Seterusnya majlis berlansung dan saya hanya mengikut flow majlis yang telah dirancang. Kekurangan dalam majlis itu pasti. Mana yang terkurang di sana sini harap di maafkan... 

Setelah itu bermulalah perjalanan kami sebagai suami isteri..