Thursday 16 May 2013

Paip Problem

Lepas settle kerja-kerja ceiling, hub- pi jumpa kawan dia untuk settle payment. Hub-b nak settle cecepat sebab malas nak entertain kawan dia tu yang sebok dok mencucuk untuk project mengecat.. So bila jumpa, borak-borak sikit, si kawan inform ade dripping dari ceiling. Katanya dia paip tu kene settle awal-awal sebab takut ceiling kembang & jatuh... Saya syak yang kawan dia yang buat spoil sebab sebelum ni takde setitik pun air turn atas ceiling asal. Tapi lepas kerja-kerja yang dia buat, boleh pulak ade dripping kat ceiling tu.. Seperti biasa gambar adalah ehsan dari hub-b so gambar ceiling tempat dripping tu dia tak bagi...


Keadaan dalam ceiling rumah kami...


 Ada lubang pada paip tu. Hub-b kata maybe patah masa diorang buat kerja-kerja pasang steel untuk ceiling. 



 Gambar paip yang dah dibaiki & disambung balik


 Tangki atas rumah.. Boleh tahan kotor penutup tangki tu... 




Pandangan dari atas bumbung rumah.. Macam syok ajee

Gambar-gambar ni kawan hub-b yang tolong snap kan. Dia jugak yang tolong kami baiki paip.. Jimat kos sikit. Hub-b cuma beli paip penyambung dengan gam je.. Kalau tak susah hati lagi nak hire plumber. Mesti mahal sebab kawasan yang problem adalah di atas ceiling...

Wednesday 15 May 2013

Reno : Ceiling

Misi make over ceiling rumah teres kecil ini. Ceiling sedia ada bukan tak ok. Tapi disebabkan hub-b telah dicucuk oleh kawan dia.. Last-last termakan juga hasutan si kawan. Finally dia agree untuk buat plaster ceiling. Saya tak leh nak kata apa dah. Rasa membazir pun ada... Si kawan ni memang saya tak suka. Orangnya suka memaksa. Suka mengambil kesempatan. Awal lagi saya dah nampak attitude dia gitu, tapi hub-b boleh tak perasan. Bila saya tegut hub-b marah saya sampai gaduh berhari-hari. Pelik saya orang macam ni. Suka sangat tengok family bergaduh.. Patutnya bila orang dah cakap tak nak buat, tak payah la paksa. Hormat la keputusan orang. Ini tidak, buat lagi ayat psyco sampai hub-b terhasut.. Tapi setiap masa saya doa supaya nanti hub-b nampak juga sifat sebenar dia..

Ignore pasal perangai orang yang bermacam ragam tu, ini adalah progress dan hasil ceiling rumah saya..


Main hall dan kerangka besinya...

Akhirnya bertukar jadi begini..

Final view...


Ini pulak bahagian sebelahnya, kami cadang nak buat dining & dry kitchen area. Semua bahagian diratakan. So 1 kipas boleh share untuk both area. Sebelum ni kawasan ni ade beam batu. Beam tu buat kerja pemasangan kipas jadi susah nanti

Kerja-kerja ceiling sedang berjalan

Wider view


Final touch untuk dining & dry kitchen area


Saya paksa hub-b untuk cakap dengan kawan dia untuk buat dinding pemisah antara living hall & dining. Sebelum ni rumah kami straight ja dari depan sampai ke dapur. Alang-alang kawannya caj terlampau mahal, saya suruh dia buat. Jangan pandai nak ambil kesempatan je..

Semasa proses kerja

Nampak dah ada pemisah antara 2 ruang. Sebelum ni rumah kami begini rupa dia.. Link

Cornice simple yang digunakan. Tapi si kawan sebok menggembar-gembur pada hub-b dia order cornice special. Bila saya tengok biasa je pun..

Untuk final look rumah ni belum ada lagi gambarnya dalam simpanan saya. Semua gambar ni adalah ihsan dari hub-b. Dia memang kerja keras. Hari-hari monitor kerja-kerja kawannya. Alhamdulillah termakbul doa saya. By end of this project, hub-b realize that his friend memang ambil kesempatan kat dia. Kali ni si kawan sebok cucuk hub-b suruh ambil dia juga untuk projek cat rumah. Hub-b refuse. Sebabnya si kawan nak caj RM1200 untuk cat keseluruhan ruang tadi. Gile ke hapa.. Rumah kecik camni RM1200. Kalo saya hire wall make over by na pun diorang caj RM1000 siap dengan dinding cantik sekali. Terima kasih kawan kerana sangat demanding dan akhirnya suamiku telah sedar sikap sebenar kamu...

Sunday 5 May 2013

Projek Taugeh Di Rumah

Semangat menaugeh datang disebabkan saya malas nak membeli taugeh kat kedai.. Biasanya kalau beli, masak sikit, lebih tu jadi itam, pastu buang. Jadi kali ni saya rajinkan diri menaugeh sendiri.. Here's the step..

Step #1 : Rendam kacang Hijau.. Sepatutnya 12 jam or less, saya terendam sampai 24 jammmm... ish ishh



Step # 2 : Prepare bakul


Step # 3 : Letak kain basah, then tabur kacang hijau yang dah rendam tadi


Step # 4 : Tutup dengan sehelai lagi kain basah

OK ni bukan step.. ni progress lepas 24 hours saya tutup dengan kain basah. Pastikan anda rajin membasahkan kain tu sebab cepat betul kering.. taugeh serap air


Finally........... Taugeh saya dah ready to eat...

Lepas tu saya try menaugeh guna bekas ice cream je. Tak yah pakai kain bagai. Pun hidup gak.. So pasni tak yah sebok nak kotorkan kain..

Saturday 4 May 2013

Good News Finally Arrived

Surat pertukaran secara rasminya dah sampai ke tangan saya.. Alhamdulillahhhhh...

Alkisahnya HQ call saya hari Selasa. Masa tu saya n 2nd bos on our way ke SMK Merpati. Nak menyambut CM Sabah kononya..

Sempat jugak saya bincang-bincang dengan HQ kalau-kalau ada peluang saya untuk ke Selandar. Last decision dari HQ minta siapa yang nak bertukar suka sama suka dengan saya untuk tulis surat..

Forwarding service pun saya dah submit ke Admin. Tengah tunggu green light je dari HQ...

Sambil-sambil tu saya packing sikit-sikit. Baju kurung will definitely masuk dalam beg sebab kainnya dah tak boleh dipakai. Maybe saya bawak balik kampung 17 Mei ni..