Sunday 31 March 2013

Long Weekend - Cloth Diaper???

Minggu ni agak panjang. Jumaat adalah public holiday untuk sambutan "Good Friday". Ok saya belum google lagi tentang perayaan ni. Saya takda idea tentang apa itu Good Friday..

3 hari yang agak bosan sebab takde idea nak buat ape. Selalu macam ni kalau saya ada kat Sandakan. Kalau kat kampung memang confirm tak cukup cuti yang ada.

Niat asal nak buat kek batik atau puding karemel. Tapiiiiiiiii halangannya adalah bila makanan dah siap, siapa nak makan... Kawan-kawan semua balik kampung, husband tersangat lahhhhh jauh.. Isnin saya ada checkup  kat hospital untuk check glucose level.. So... Say no to manisan for the time being.. 

Back to topic.. 3 hari cuti, saya habiskan masa mencari artikel tentang cloth diaper.. Pro & Cons..

First issue yang buat saya interested adalah pejimatan.. Second is environment friendly.. Hehehe okay saya admit saya agak cheapskate kat situ. Tapi what to do, this year has been quit tight for both of us. Getting married, new home, new car, and now our precious Iman.. But Iman, don't worry.. Mama takkan beli something yang akan buat Iman tak selesa. We choose the best for you..

During pregnancy, saya terbaca tentang cloth pad & saya dah pun beli 2 sets of cloth pad + cloth liner. Of course saya belum pernah try cloth pad lagi, tapi cloth liner... Saya dah try. Not bad at all and boleh cuci & pakai semula.. Cloth pad saya beli dari Snowdrop & Cloth Liner saya beli dari MamaPatch..

Flannel Panty Liner-


Cantik kan.. :)

So.... Since then saya dah start mencari-cari info tentang cloth diaper. Lagipun banyak dah yang dok iklan tentang cloth diaper kat facebook. So tak de masalah dalam mencari information. Even ada group untuk beginner macam saya untuk tentukan jenis cloth diaper dan apa yang perlu saya sediakan untuk bakan newborn saya.. So for now saya dalam usaha mengumpul maklumat.. Semua maklumat tu akan saya satukan sebagai panduan nanti.. Harap-harap usaha saya ni berjaya.. :)



** all picture adalah dari original website & google...

Thursday 28 March 2013

Special feeling

Benar seperti orang kata..

Perasaan semasa mengandung sangat istimewa..

Kadang kadang kita sensitif tak bertempat..

Perbualan biasa dengan suami boleh buat kita terasa..

Perkara kecil yang berlaku boleh buat kita gembira tak terkata..

Tapi satu perkara yang selalu buat saya gembira..

Bila tengok anak-anak kecil dan baby sentiasa tersenyum gembira bila berinteraksi dengan ibu mereka...

Monday 25 March 2013

Not that easy

Sangat tak mudah untuk mengandung & tinggal sorang-sorang..

Saya sakit kepala.. At the same time saya lapar..

Kalau ada hub-b dengan saya, boleh saya minta bantuan.  Kalaupun dia tak masakkan, mungkin dia boleh belikan..

Kalau ada kawan yang tinggal dengan saya, boleh saya tumpang makan apa yang diorang masak atau beli..

Tapi saya sendiri.... Pening ke.. Lapar ke.. Saya kene buat sendiri..

Saya pilih tidur untuk hilangkan pening. Saya tak larat nak masak untuk makan. Ada biskut, kacang, yogurt & makanan lain tapi saya tak lalu nak makan..

Maafkan mama ye Iman, sebab mama tak larat, Iman lapar.. Esok InsyaAllah bila pening mama dah hilang mama makan. Kita makan sama sama..

Wednesday 20 March 2013

2nd CheckUp at Klinik Kesihatan

Sepatutnya checkup ke-2 ni adalah pada Jumaat lepas (15.03.2013) tapi saya kat Melaka. Ada mesyuarat gubal soalan, so saya mintak tangguh ke harini. Pemeriksaan kali ni lagi singkat. Tak lama macam mula-mula check up. Mula-mula check PH urine. Saya tak tau reading dia berapa, tapi misi cakap

"ok juga kencing kau ni.."

So saya relief kat situ. Pasni minum banyak air lagi... :)

Then ambil timbangan. Saya dah berdebar dah. Maklumlah bila balik Melaka memang saya makan berabis. Hub-b lagi ajak makan sana sini. Pastu hari isnin adalah birthday Hub-b. Makan kek pada pukul 9 malam.. Then pegi tengok movie, lepas tu gi makan steamboat.. Hahaha heaven kalau nak ingat-ingat balik tapi sengsara kat saya..

Naik atas timbangan.. misi amik reading.. Ayat yang keluar dari mulut dia..

"ok juga ni, naik 0.5 kg ja dari bulan lepas"

Fuhhh legaaa.. Saya rasa kalau saya tak berabis makan mesti tak naik kot berat hehehehe. Perasan.. Dah la ngandong tapi taknak naik berat badan..

Lepas tu misi stat tulis-tulis kat buku. Saya duduk je diam-diam kat tepi dia. Apa dia tulis pun saya tak sure.. Then misi amik darah, nak check ape ye,saya tak sure. Tapi result nye nurse cakap ok. 12 reading dia.. Next check kat perut. Movement baby blom terasa, tapi misi bagitau dia dah dapat rasa ketulan besar kat perut saya.. My Iman dah membesar.. Alhamdulillah...

Lepas check perut, blood pressure pulak.. Ini paling tak best sebab saya selalu kantoi kat sini.. reading harini 120/90. Nurse cakap tinggi reading bawah tu.. So kene duduk relax dulu.. 1/2 jam lagi baru check semula.. Saya duduk kat waiting area, tengok tv.. minum air.. Lepas 1/2 jam check & reading turun ke 110/80.. Selamattttt :)

Wednesday 6 March 2013

Rumah Pertamaku



 







Rumah pertama kami hasil simpanan selama bekerja.. Bukan rumah yang mewah, tapi cukuplah memberi tempat perlindungan buat saya dah keluarga.. Lepas ni mesti sebok memikirkan untuk deco & tambahan perkara-perkara lain like cabinet, grill, wiring, plaster ceiling & anything necessary..


Tuesday 5 March 2013

Test Darah

Semalam.. 04.03.2013.. Appointment saya untuk check darah di Hospital. Gara-gara bacaan gula agak membimbangkan pada first check up sebelum ni.. Glucose level dalam darah saya 5 mmol dah lepas minum glucose reading naik mendadak ke 7.8 mmol.. Bacaan border line untuk ibu mengandung..

Untuk test semalam, saya kena ke hospital 3 kali.. Pukul 8 pagi, 11 pagi & 4 petang.. Penat sangat.. Berualng alik ke hospital sorang-sorang..

Nasib baik sangat bacaan gula tu turun, Untuk pre Breakfast (8.00 am) reading 4.9 mmol, Pre lunch (11.00 am) 4.9 mmol & Pre dinner (4.00 pm) 4.3 mmol.. Harap kesihatan saya baik sepanjang pregnancy journey ni..

Sunday 3 March 2013

Meritz Miri

First time review pasal hotel.Dah lebih 2 minggu saya ke Miri. Now baru terRajin nak menaip. I'm so bad with word.. Tapi gigih gak nak menaip.. Saya stay kat sini 2 hari aje. Ade kerja menanti. Stay kat Meritz Hotel. Ni kali ke dua saya stay kat sini. First time adalah pada tahun lepas, masa memula hotel ni bukak. Hotel yang agak menarik. Bersih & masih dalam budget saya :)

Tak banyak gambar yang saya snap. Tatau kenapa pemalas sangat nak ambik gambar. Pembawaan baby agaknya hehehehe..

This time saya stay kat level 12. Request for non smoking floor. Sejak ada Iman, saya agak sensitif dengan asap rokok.. Jom tengok gambar hotel..

Deco depan pintu lif
Pun deco depan lif
Leisure area at level 12. Ada LAN cable & WiFi
Deco sepanjang jalana nak ke bilik.
Now, gambar dalam bilik..
Mini fridge, wardrobe, mini bar

Keperluan wajib dalam bilik hotel. Safety box, Iron (love it bila depa dah sedia siap-siap iron. Tak yah nak tepon housekeeping..) Water supply...
Ada sofa jugak tapi saya tak duduk langsung

I'm lucky enough this time sebab dapat corner room. Jadi bilik tu besar & luas. Tapi bila stay sorang-sorang tak best gak.. I wish my hub-b boleh teman sama.. :(




Bila nak stay kat mana-mana, toilet adalah kriteria utama yang saya check.. Geli sangat kalo toilet berdaki.. Toilet di Meritz sangat bersih.. :)



Friday 1 March 2013

Cuti-Cuti Sandakan

Sekarang ni parent saya ada kat sini. Mak, Ayah, Pak Lang, Mak Lang & adik lelaki saya.. Sukanya  bila ada orang kat rumah. Tak de la sunyi..Bila balik ade orang boleh borak-borak. Leh gelak-gelak. Takde la pandang dinding all the time..

Ayah saya pun boleh tahan happy sepanjang dia kat sini. Life dia nampak lebih bersemangat. Bangun pagi pun awal. Mandi pun awal. Keluar rumah pun rajin. Alhamdulillah.. Gembira sangat sangat. At least saya & adik-adik dapat bawak dia keluar dari rumah & paling penting dapat bawak mak jalan. Dari dulu mak saya sangat dimanja ayah. Biar duit tak banyak dalam wallet, tapi pasal berjalan kami no. 1. Kadang-kadang dulu ayah gamble. Start kereta terus jalan. Tetiba kami dah sampai Terengganu, tetiba sampai Perlis.. Langkawi.. Seronok bila teringat zaman dulu.

Disebabkan kereta muat-muat je untuk ayah, mak & tetamu yang datang, saya mengalah. Saya tak ikut pun diorang ke mana-mana. Stay di pejabat dan kerja macam biasa. Bila diorang balik dari berjalan saya kumpul story. Tumpang bahagia mendengar cerita.. Khabarnya ayah yang sakit tu yang menunjuk direction. Menjadi pemandu pelancong. Wahh hebatnya ayah. Dalam keadaan yang tak sihat tapi masih menghafal jalan. Rasanya kali terakhir beliau ke Sandakan adalah pada Mei 2011. Lama dah tu..

Ayah ready nak jalan depan pintu rumah saya..

Hidangan mereka di SimSim.. Meriah!!!
Ayah jadi pemandu ayah ke SimSim, ke pasar besar, ke Sepilok, ke RDC, ke pasar BDC.. harini pasar Batu 8.. I'm so Happy for him..