Monday 31 December 2012

2.0.1.2

Memori sepanjang tahun 2012...

1. End Januari, dapat tawaran ke Jepun.. Super excited.. So happy....

2. Mac, booking rumah baru... Settle & tunggu kunci je sekarang...

3. Mac, terbang ke Jepun for 13 days.

4. Mac, masa kat Jepun En. K datang meminang saya...

5. May, kursus yang hectic.. Kuching - Labuan - Miri.. Pokaiii

6. November, jalan jalan ke Hong Kong & Macau...

7. November, I'm married!!


Friday 21 December 2012

Saya dah apply pindah

I've been busy sejak balik dari kampung 15 Disember lepas.. Harini bukak tab, tengok counter kat home screen, rupanya dah 27 hari saya jadi isteri orang. Sangat tak terasa.. Orang lain tak terasa sebab sentiasa ada romantic moment & unforgetabble moment bila suami sentiasa ada depan mata. Tapi saya berbeza... Sebab apa?? Sebab suami tak ada depan mata. Hari-hari call but end up like masa kami kawan + tunang. Malam tadi borak dengan Hub-b, dia pun mengeluh kenapa la kami ni kene berjauhan dalam waktu agak lama. Dia pun ada cakap yang kami berdua ni tak ubah macam zaman kawan & tunang. Bertelefon sampai tak tahu apa nak borak. Sebab kami tak ada sama-sama.

Kalau orang lain ade yang weekend family. they gathered every weekend. Kami?? Not even weekend or every forthnight. Sebulan sekali pun belum tentu. Tadi baru je habis RM198.00 untuk beli tiket balik kampung for febuari. Mac belum lagi, April belum lagi. Hopefully urusan mohon pindah dipermudahkan..

All this while saya sibuk menyiapkan surat pindah dan dah berjaya dapatkan kelulusan pengarah. Tanpa pengganti. Alhamdulillah. Urusan di peringkat pejabat kat sini sangat dipermudahkan. Harap-harap HQ boleh bagi kelulusan tanpa ada banyak kerenah.. 

Photobook Japan pun dah berjaya dicompile. All 40 pages dah berisi.. Tinggal 3 lagi photobook nak kene siapkan sebelum May2012. Kawin x 2 dan HongKong Macau...Kene kejar masa.

Sekarang saya mencari mood untuk update semua akaun kelab kakitangan. Niat di hati lepas dah selesai semua kira-kira saya nak letak jawatan. Sesungguhnya saya tak suka memegang duit orang. Saya tak termanage..

Wednesday 5 December 2012

Finally everything is settled

Alhamdulillah.. Tiada ucapan lain yang dapat diluahkan selain berterima kasih kepada yang esa. Majlis perkahwinan kami (Saya dan hub-b) telah selamat diadakan pada 24 November 2012.

Caption by OP : Mencari Cinderella..
Cuaca sangat memberikan kerjasama. Tak terlampau panas dan yang penting tak hujan sebagaimana hari sebelumnya. Hujan turun sangat sangattttt lebat sampai nak memandu pun tak nampak jalan. Siapa yang tak risau time tu. Debaran dalam hati memang tak terungkap..

Hari sebelum majlis, 23.11.2012

Saya sibuk kesana sini. Mencari Inai kampung. Niat di hati nak pakai inai ala dolu-dolu. Hanya di hujung jari. Tapi tak siapa yang dapat membantu untuk menggiling. Makcik-makcik di kampung dah tua. Tak berupaya untuk menggiling. Sudahnya mencari henna di Indian Street di Kampung Jawa. Habis hujung tanganku hitam. Kek yang diorder juga siap hari ini. Sangat gembira dengan hasilnya. Tapi semua gambar tiada dengan saya. Perlu tunggu gambar dari OP. Hantaran last minit juga siap pada hari ini. Gubahan bunga juga. Semua perlukan saya untuk self pick-up. Saya redah je crowd di rumah. Terus keluar untuk melengkapkan apa yang perlu.

Malamnya ada majlis marhaban oleh ibu saudara. Serentak juga diadakan majlis cukur jambul anak saudaraku yang tersayang..

Pada hari kejadian, 24.11.2012

Debaran memang dah menggila... Make Up artist tak kunjung tiba. Katanya dia akan sampai paling lewat jam 8.00 pagi. Pukul 7.00 pagi dia masih tak call untuk bertanyakan jalan untuk ke rumah. Saya SMS tanyakan samada dia jumpa rumah atau tidak. terus dia call bagitau yang dia terlewat bangun. Ohhh menambah debaran je..

Sesampai MUA yang lewat ke rumah, dia terus memulakan kerja. Nasib muka juga memberikan kerjasama. Sambil bermake up, terdengar suara bising di luar. Rupanya dah jam 10.00 pagi dan rombongan bakal suami (yang terkenal dengan punctualitynya) dah sampai. On time! dia memang macam ni dari dulu...

Akad dilafazkan sekali sahaja. Bravo hub-b!! Alhamdulillah...

Seterusnya majlis berlansung dan saya hanya mengikut flow majlis yang telah dirancang. Kekurangan dalam majlis itu pasti. Mana yang terkurang di sana sini harap di maafkan... 

Setelah itu bermulalah perjalanan kami sebagai suami isteri..


Sunday 18 November 2012

Setakat ni

Persiapan setakat ni.. Latest Update 31.10.2012

Pelamin : Artistic House - Done

Kad Kawin : Dah siap amik dah. Tak siap pun 1500 yang ditempah. Ade 1050 aje. Boleh la. Malas nak bertekak dah.

Set Bilik Tido : Selesai

Khemah : Mak tempah

Baju Nikah : Done

Baju resepsi : Almost done Dont know the progress

Kasut : Nikah & Resepsi sama je... Done

Makanan : Mak urus

Tudung Nikah : DoneWaiting for delivery

Tudung Resepsi : Done Not Done

Kek Resepsi : Done : RV ~ 2 kg Not done

Cake Stand : In progress


Kek Hantaran x 2 : Not done

Hantaran For Her :


  1. Sireh Junjung
  2. Telekung + Quran + Sejadah
  3. Jam
  4. Perfume + Toiletries
  5. Mas kawin + Jewel
  6. Kek
  7. Handbag + Wristlet
Hantaran For Him

  1. Sireh Junjung
  2. Jam
  3. Kasut
  4. Sepersalinan
  5. Perfume Set
  6. Kek
  7. Sejadah + Quran
  8. Wallet + belt Set
  9. Fruits




Friday 16 November 2012

8 days left??

Homai homaiiiiii...

Malam tadi masa tengah dok fesbuk & menggoole.. tetiba terpandang ni kat skrin tab..

8 days & 8 hours left.. Ini pada pukul 1.59 am

Tapi masa telah berkurang kepada 8 days, 2 hours, 16 min & 29 sec pada pukul 7.43 am..
Dan masa terus berjalan.. Hoh!! cepatnya masa berlalu.. 

Panic Attack has comeeeeeeeeee

Wednesday 14 November 2012

Part 2 : HK, The itinerary (plan vs actual)

Dari pembacaan, saya boleh concluded yang Hong Kong terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Lantau Island, Hong Kong Island dan Kowloon area. Bila dah ada pembahagian area ni, sangat la memudahkan kami merancang mana area mana yang nak di serang dan kawasan-kawasan yang sukutu dengannya..

Before gi HK haruslah ade itinerary. Planning awal-awal adalah penting bagi memastikan perjalanan masa kat sana teratur dan terancang. Takde la nanti bangun pagi baru nak fikir..

“Harini kita nak gi ane ekk??”

Sangat membuang masa ok!

So here’s the plan vs actual perjalanan kami masa kat sana..Note that yang Plan tulisan hitam & actual itinerary tulisannya biru..

Day 1    : 6 November 2012     : Selasa

0440        : Bertolak dari lodging KK to Terminal 2 - bertolak jam 5 pagi dari Casuarina Hotel. Hotel provide free shuttle from hotel to Terminal 2 HK
0640        : Depart from Terminal 2 to HKIA - as planned
0935        : Arriving at HKIA - as planned
1100        : Dari HKIA amik bas A21 kat Hung Hom Station ke Kowloon - Around 1030 dah bergerak ke hotel. Bas A21 ada kat pintu keluar dekat dengan terminal 2.. Mak cik tiket tu garang! Octopus card pun tak dapat beli sebab system down!
1400        : Sampai Kowloon area. Gi hotel, simpan beg, rehat-rehat kejap terus jalan-jalan sekitar
 kawasan hotel (Kowloon area)
Attraction at Kowloon
-    Science Museum
-    Avenue of stars
-    Hard Rock CafĂ©
-    Clock Tower
-    Night Market
Lepas letak beg, makan + solat + rehat, kami keluar jalan-jalan. Tapi tak pergi pun attraction sebab direct ke Ladies market.. Shopping sakan!

Day 2    : 7 November 2012    : Rabu

Hong Kong Disneyland the whole day - Tukar plan ke Stanley + The Peak + Madam Tussauds

Day 3    : 8 November 2012    : Khamis

Stanley Market
Victoria Peak + Madam Tussauds - Disneyland the whole day!

Day 4    : 9 November 2012    : Khamis

Macau - As planned

Day 5    : 10 November 2012    : Jumaat

City Gate - As planned
HKIA – Terminal 2 KK- Flight delay.. Stucked at HKIA up to 4 hours then AA sent us to hetel.. Flight schedule tomorrow.. Oh my!!

Sunday 4 November 2012

Part 1 : Persediaan HK

Ada almost 2 weeks lagi before berangkat berjalan-jalan sebelum end title bujang. Macam-macam hal wedding nak kene settle, saya ada hati nak berjalan. What to do. Tiket dah beli awal even sebelum tunang n sebelum pi Japan aritu lagi. Jadi jangan dibazirkan tiket ini ye..Antara persediaan saya sebelum berangkat nanti :
  1. Flight tiket - Check.. Awal lagi dah beli
  2. Persiapan mental nak drive Sandakan - KK : So n So ade.. Tapi terpaksa drive gak nanti
  3. Tempat tido masa kat KK sebelum berangkat : Dah bincang tapi belum diputuskan.
  4. Itinerary HK - Still on going.. MTR map dah ada..attractive area ade. Shopping area ade tapi tak susun betul-betul lagi.
  5. Hotel - Done... Hopefully hotelnye ok. Tukar guesthouse lain since review guest house yang pertama tak berapa memberansangkan.
  6. Pakaian - Pakai je ape yang ade.
  7. Wet tisu - Done
  8. Tiket-tiket tak beli lagi. Blom confirm samada nak beli kat sane or beli online siap-siap.
Thanks to travelblog yang banyak bagi idea on tip-tip melancong ke HK.

Blog yang saya refer :

  1. Jari Manis Travel 
  2. Kasih Aleeya
2 Blog ni  agak detail ceritanya. Siap ada No bas yang perlu naik. Tempat makan etc. So senang sikit nak refer. Kebanyakan blog lain banyak masuk gambar diorang happy sana sini but no description. 2 ni yang terbaik for me! TQ for sharing



Thursday 1 November 2012

Hotel @ Langkawi : Booked

Finally.. Setelah bersusah payah hari-hari dok check website Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi. Akhirnya saya dapat booking bilik untuk percutian kami nanti. Aktiviti hunting for room ni rasanya sejak awal oktober lagi saya dah mula. Cari hotel sana sini, baca review sana  sini tapi 1 perkara yang jadi halangan.. Budget.. Kami akan stay dalam 4 hari & this is our first holiday together as family, so Piancee cakap takkan nak duduk motel. Bila hunting for good hotel, of course la kene ada good budget jugak. Suddenly kawan piancee bagitau soh booking rumah peranginan kat Langkawi since saya goverment servant. So bila saya try bukak website & click bulan Jan 2013, hanya tarikh 1 Jan 2012 aje yang boleh click, lain-lain semua kelabu. Call BPH kat HQ dia kata belum bukak lagi, so awak try la bulan depan. Dalam pada tu saya check-check jugak tarikh Disember tu.. Fully booked ok! Daripada review yang saya baca, hotel ni ok. Manage by Holiday Inn.Hari-hari saya gigihkan diri bukak website BPH untuk book hotel dan akhirnya hari ni berjaya... Itu pun terpaksa pecah 2, 2 malam amik standard, 2 malam amik deluxe sebab standard dah penuh...

Yeayyyy!! Alhamdulillah..... Berjaya di booking sudahhh


Tiket ke Langkawi awal-awal lagi dah beli. Booking date adalah 18 Febuari 2012. Punyalah awal. Bertunang pun belum masa ni, tapi piancee ade mention nk datang meminang dalam masa terdekat & InsyaAllah nak buat majlis dalam tahun 2012 jugak. So masa tu saya n piancee tengah melepak-lepakkan diri kat Dataran Pahlawan & saya sengaja bukak website AA. Maklumlah orang keje jauh, kene selalu alert tiket murah.. Masa tu tengok promo AA "RM 0" ringgit to many destination. Rasanya dah masuk hari ke berapa tah promotionnya, so web AA memang tak busy, takde masuk waiting room bagai. Sekali saya click Langkawi & surprisingly ada tiket "RM 0" yang dijual. Kami pun ape lagi, terus la booking.. RM76.00 untuk 2 orang pergi balik! Consider murah bagi saya.. :)


Tiket murah itu..
Diam tak diam, dah tinggal 23 hari je majlis saya.. Semua persiapan yang saya tulis pada sticky post almost settle. ada beberapa yang belum settle akan saya beli kat Hong Kong nanti.. 

Ya Allah Yah Rahman Ya Rahim.. Permudahkan la semua urusan saya.. Aminnnn



Monday 22 October 2012

Back to Work

Yes...

Back to wok lepas 3 hari jimba-jimba di KK..

Tujuan asal ke KK adalah sebagai wakil jabatan untuk konvo Wilayah Sabah & Labuan. Sambil-sambil tu jalan-jalan kat kat sana..

Saya bertiga.. Wif Kak-D & Ikin..

We stayed at Grand Borneo Hotel..

Hotel So & So.. Maybe sebab ramai yang stay sana.. Musim Konvo..

Sampai sana, letak beg, solat then terus jalan gi 1 Borneo.. Laparrrr grrrrrr.. Pusing sana, pusing sini tatau nak makan apa.. Last-last decide nak masuk Kenny R. Tetiba ternampak promo ni..


Ok! Heaven.. Trus order 1+1 ni. Kak-D tambah order sandwich. Makan sampai kenyang.. Bila mintak bil memula harga dalam 47.++, pastu saya hulur kad RHB kat waiter tu, lama gak nak tunggu dia settlekan bil.. Dalam 10 minit gitu dia datang hulur bil baru, RM27.30.. Ok nice!! Murah.. Suka saya. berbaloi gak pakai kad RHB ni..
Ok now time to shopping... Shopping sakan masing-masing.. Niat asal nak beli singlet je, nak pakai dengan baju yang beli aritu untuk pi HK nanti. Sekali bila masuk Cotton On.. OK sale gilerrrr.. Capai beg 1 (RM 5.00) Selai singlet RM5 gak, Suar untuk piancee RM15 n last t-shirt putih (Cadang nak kerat buat inner tangan) RM15.. So total damage RM40..

Pastu jalan lagi... Diorang shopping itu ini.. Sampai dah tutup sume kedai kat 1B tu baru kami balik.. Penatttt

Wednesday 17 October 2012

Simple Post

1.5 Liter for today dah almost selesai.. Another 1.5 liter lagi untuk ditelan... Harap-harap berjaya...

Wednesday 10 October 2012

11.10.2012 - 15.10.2012

Balik kampung selama 5 hari. Hopefully boleh settlekan a few things

 •  Kad Kawin - Yang ni saya dah nak baran sesangat. Tah bila diorang nak siapkan

•  Kek - Plan nak jumpa baker tu somewhere kat Melaka Town or pegi terus rumah dia. Semua bergantung pada schedule dia

•  Borang kebenaran kahwin

•  Kasut kawin

•  Tudung Kawin x 2

•  Veil

•  Sepersalinan Kasual (Hantaran Pengantin Lelaki)

•  Mintak alamat kawan-kawan

Sunday 7 October 2012

Menjamu Selera

Mood tengah rajin nak memasak. Low carbs resipi yang saya kutip here n there. Try snap gambar guna tab. Tetapi hasilnya adelah sangat hampa. Kenapakah Samsung cipta tab 2 ni dengan camera yang tak lawa??? Terpaksa outsource guna gambar gambar yang banyak dalam internet.

Menu 1 : Low Carb Coleslaw
Gigih menggogle gambar coleslaw yang agak sama cam saya buat. Ala-ala gini. Kobis n carrot aje. Sugar free & low carbs.

Menu 2 : Rosemary fried chicken n Roasted Rosemary chicken. Marinated spice yang sama. Cuma buat 2 versi
Ini pun gambar hasil google. Ayam rosemary ni boleh tahan sedapnye. Saya kelar-kelar ayam tu supaya rempah perap meresap dalam ayam. Sodap!!

Menu 3 : Cheezy Slice. Dah seminggu asyik tengok resipi ni. Kebanyakan bahan bahan yang diguna memang sesuai dengan low carbs but of course kena tukar tukar bahan yang ada. Gula saya tukar dengan  sub-sugar. Buah buahn saya tukar dengan chocolate ganace n kacang.. Hasilnya....? Ehmm kawan-kawan bagitau rasa cam ice cream cornetto... Wahhh suka..

Cam sodap kan?? Nanti cheat day saya nak buat benda ni dengan fruit lak.. Sejukkan pastu makan.. Wallahhhh!!
Malam sebelum tido saya prepare chocolate ganace lagi sekali. Store dalam fridge. Later nak makan ngan pancake senang. Nak buat shake pun sedap.  Alang-alang nak abiskan heavy cream yang ade.. 
Coklat pekat yang sodap!
Harini takde air lagi. hopefully tak lama macam sebelum ni sampai 6 hari. Harap harap diorang cepat discover masalah n cepat selesaikan...

Thursday 4 October 2012

Kad Kahwin tak siap-siap

Sunggu menyakitkan hati.. Dah lama kot saya tempah kad kawin. Since 27.08.2012 lagi. Sampai sekarang kad saya tak siap-siap. Bila saya call tempat kad tu diorang tak jawab. Bila sms langsung tak balas. Saya nak pi sana jauhhhh. Nak bisnes, elok-elok la. Apehal setiap kali call n sms tak berjawab. Saya nak soh piancee gi sane susah. Sebab dia pun dah baran. Dah la saya yang beria masa nak tempah. Taknak tempat lain. Nak jugak tempah kat situ. Mana la saya tau performance dia memang macam bodoh!

Saya harap piancee nak la pegi. Nak tunggu saya balik then baru pegi seksa jugak. Tengok la nanti macam mane. Sekarang dah masuk bulan 10. In fact dah 4 hari berlalu bulan 10. Ticker kat henset pun show yang wedding kami another 51 days aje.. Ingat lama ke?? Dengan saya yang jauh. Nak buat persiapan itu ini. Tolong la benda yang basic ni cepa settle supaya saya leh concentrate kat benda lain.


*** Update : Dalam kol 11 pagi Piancee tepon orang kedai Kad tu.. Katanya diorang tengah hantar printing. Dalam minggu depan leh dapat. Harap-harap la.. Jangan diorang tu tipu-tipu lagi sudah la.. Tension ai tau

Monday 24 September 2012

Genap 5 Hari

Hari ni genap 5 hari takde air kat umah. Sangat menyusahkan. Sangat menyakitkan hati. Kene angkat air. Pastu simpan kat rumah. Kalau ringan takpe.. Bangun pagi takleh nak berak. Kene gi mandi kat surau... Oh apelah ertinya ade rumah lengkap dengan bekalan air tapi air takmo keluar dari kepala paip tu.. Saya tatau la sampai bila masalah ni nak selesai. Punca masalah pun diorang tak dapat kesan lagi. Ni pulak nak selesaikan.. 


Sunday 23 September 2012

Masalah yang tak pandai selesai

Hari ni dah 23 Sept, bersamaan hari Ahad. Maksudnya hari ke 4 takde air. Sangat menyakitkan hati. JBA kat sini tak pantau ke??? Dengan nak basuh baju lagi, mandi, buang air lagi. Macam-maccam sangat nak guna.. Hari ni nak kene jaga pameran lagi. Tak pasal pasal g jaga pameran tak mandi lak nanti. Ishhhh

Friday 21 September 2012

Wat Hal Lagi

Dah lama dah takde prob air kat sini. Dulu masa memula sampai sini memang nak dikatakan setiap hari mesti ade catuan air. Pastu lama-lama ok. Sekarang ni problem lagi. Dengan elektrik yang selalu takde. Tension je...

Monday 17 September 2012

The Another Preparation

Lepas nikah haruslah preparation untuk majlis makan beradab. Masa wedding nanti, InsyaAllah takde sanding. Aku tak suka jadi barbie doll duduk depan orang, then orang tengok-tengok je. Pemaluuuuuuu.. Hehehe..

sepersalinan P & aksesori - In progress
sepersalinan L & aksesori - In progress
MUA - Done??
hand bouquet - Tunggu dari SekociNorli.. Same HB for both nikah n makan beradab
baju family - On their Own
khemah - Done (Mak)

banner&bunting - In progress
tunjuk arah - In progress

p.a system - Done (Piancee)
door gift - In progress
VIP door gift - Not done
OP - Done AdamRauf
kad kahwin - In Progress
wedding cake - Not Done
bunga paha - Not Done
bunga mangga - Not Done

Ok.. Banyak yang not done.. Oh Myyyy!!

Tiket AA semalam tidak seperti yang diimpikan.. Semua domestik. Yang international takdo.... Kecewaaa

Sunday 16 September 2012

The Preparation

Lately banyak habiskan masa meng”google” blog bride to be. Most of them muda.. Maksud aku takdelah terlalu muda like 19-20 Y.O but younger than me.. Kagum gak aku dengan kesungguhan masing2 sharekan idea-idea diorang during persiapan sebelum menjadi isteri.

Picture from Google

Bila dah baca mula la terpengaruh.. Nak gak menulis kat blog sendiri. Seb baik, aku yakin 100% memang takde sape baca sebab aku tak inform sape sape pun pasal wujudnya blog ni. Di kala menaip ni, aku ada baki 69 hari lagi menjelang “D” day. Persiapan?? Boleh dikatakan aku sangat serabut.. Shariff the driver tanya aku, ade tak rasa berdebar-debar sekarang. To be honest, debar takde! Serabut ade!

Memula taknak pelamin, pastu adik beradik sebok cakap kalo takde pelamin mane nak amik gambar.. So agree with mini pelamin and I decided to D.I.Y. but then adik sebok nak pi cari pelamin sebab dia malas D.I.Y. 

Meja makan pengantin belum ade decoration lagi.. Oh myyyy

So far, mari list down everything..

By Category

A. Nikah


Dokumen nikah - On the way. Tunggu balik bulan 10 settlekan

Nikah dress - Done, but need touch Up

Veil - Not Done

Kasut - Not Done

Baju melayu - Done

Songkok - Not Done

Samping - Done

MakeUp - Done

Hand bouquet - In Progress by SekociNorli

Will continue with another preparation list in other entry. Sekarang masa untuk berjuang untuk dapatkan tiket air asia. Hopefully I might get the super cheap tiket. Nak jalan-jalan ngan Piancee or Insyaallah will be my husband masa trip tu nanti :)

Tuesday 31 July 2012

Hamba Allah di uji dengan pelbagai Ujian

Recently aku terbaca blog Alia Haryanie. Hamba Allah yang terpilih untuk diuji oleh Allah & Yani tetap kuat untuk melawan sakit yang dia tanggung demi anak-anak. Kagum! itu je yang boleh aku katakan bila membaca perjuangan Yani. Aku still membaca dari awal penderitaan Yani (Sekarang masih membaca kisah Yani tahun 2010)..

Bila terbaca penulisan Yani, dia ada bagitahu yang dia kekurangan sel darah. Terus teringat kat pembacaan aku tentang buah delima. Buah yang sangat mujarab dalam perubatan. Macam-macam khasiat. Salah satu sumber dari sini...

Antara khasiat yang ada dalam delima :

Mengikut buku perubatan Parsi :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .
Itu dari satu source.. Banyak lagi sumber yang menceritakan perihal buah delima.. Aku nak cuba suruh ayah amalkan delima.. Mana tau ayah boleh cakap n berjalan macam dulu.. :'(

Monday 23 July 2012

The Promise

Hari ke-3 puasa.. Hari pertama kerja + puasa. Terasa kemalasan nak bangun pagi-pagi. Maklumlahhh 2 hari pertama puasa adalah hari libur, jadi lepas sahur, tengok tv.. Rehat-rehat.. Sambung tidur.. Dengan senang hati.. Sekali hari ni kene kerja rasa malassss betul..

Dah ter"promise" dengan member untuk update gambar baju purple tu on 14th puasa. So maknanya tinggal 11 hari je lagi. Ada perubahan atau tidak. Hoho suspen okeh!! Last night masih continue with Zumba abs yang 15 minit tu.. Pada saat menaip ni effect senam tu dah ade. badan rasa sengal-sengal. Harap-harap malam ni dapat kuatkan hati untuk bersenam lagi..

Ahad lepas tengok ramai sangat yang review tentang cerita perempuan neraka. Macam menarik sangat ceritanya. Aku dok google, search kat youtube tak jumpa-jumpa.. Hari ni masuk opis, masa borak-borak jap ngan piancee sekali dia remind tentang cerita tu. So try google tak jumpa, try pulak search kat youtube.. Ada! ok terus enable FLV kat IDM n download. Pasni leh tengok..

Lepas download Perempuan Neraka, nampak pulak cerita-cerita lain yang dok tayang kat Astro first.. Horey-horey.. Download gak!. Currently tengah download Horey-horey.. Pas habis ni plan nak download jiwa taiko lak. Download sume malay movie. Nak tengok kat wayang memang tak la kot. Cinema Sandakan jauh sangat! Pastu jarang ade cite melayu (or aku memang tak jejakkan kaki pun kat situ)

Friday 20 July 2012

Selamat Berpuasa

Ucapan khas buat diri sendiri.. Esok (21 Julai 2012) Muslin di Malaysia akan mula berpuasa. Bila tanya tentang persediaan, aku still menyiapkan diri dari segi fizikal & mental untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini..Bagi sepanjang Ramadhan, aku plan nak tukar eating habit dari Atkin to low Calories Diet. Bukan apa, aku takut kalah dengan dugaan kuih muih, so tukar siap2, kenalpasti calories yang cukup untuk badan & enjoy the diet..

Target untuk sepanjang Ramadhan.. Muatkan baju raya ni!

Friday 29 June 2012

Pertapaan Berakhir

I'm coming home... I'm coming home... Tell the world I'm coming home...

YahooooOOoooo Tak sabar nak balik kampung. Rasa macam lama pulak dok kat Sandakan.. Tak pegi mana2.. Bulan 5 aku dah pulun outstation almost sebulan.. So bila bulan 6 bertapa kat sini dah rasa tak keruan.. Flight today jam 4.20pm.. Landing kat KL kol 7.. Harap2 piancee dah sampai.. Tak yah aku menunggu lelama..

At this moment aku sangat lapar.. Cafe tak bukak.. Nak keluar tak de kawan.. Ohhhhh Laparnyeee.. Rasa macam malfuction badan aku nih.. Nak buat keje ape pun tak boleh. Kepala dok asyik ingat makanan.. Semua pun aku rasa nak makan.. Mee goreng mamak.. Roti Canai... Nasi Kuning.. please come to me

Tuesday 19 June 2012

Current Addiction

Sekarang ni aku perasan mood aku asyik berubah2.. Kalau last time aku dok mengoogle Design rumah, sekarang dah ade new obsession. Membaca blog hartanah pulak. 

Stat dari sini... Pastu ade link ke sini.. Lepas tu baru sampai ke link ini.. Punya jauh perjalanan aku nak sampai ke blog abangensem ni.. Tapi berbaloi.. Macam2 panduan yang abangensem bagi kat readers dia yang berminat nak mengumpul aset. 

Aku start baca blog abang ensem ni 12 Jun 2012 & now still reading. Nak khatam kan semua entry n pastu nak beli Ebook dia.. Kenapa la aku lambat dapat tau pasal blog abang ni...

Friday 15 June 2012

20g yang sikit

Restriction 20g Carbs sahaja yang boleh diambil dalam Atkin Induction amat amat mengstressssss kan aku. Mahu tak nye, aku mana tau kot la ade hidden carbs dalam makanan. Contoh masa aku gi kedai makan amik sayo dia. Konon nak seimbang la khasiat dalam makanan. Sekaliiii manis dowhhh sayo dia. Hoii masak sayo pun pakai gula ke? memang stress.. Dengan badan aku yang tak pandai kempis ni memang la.. Tambah marah je dalam hati. Aritu masa saho aku goreng daging yang dah marinate. Cam manis gak daging tu. Tatau la akuu...

Hari ni aku declare off diet for a day. Kasi tunggang terbalik sistem badan. Esok start over..

Thursday 7 June 2012

Wedding : Tempah Baju

Sesi menempah baju harini. Kain ala2 songket yang aku beli kat Serikin haritu. Cadang nak buat baju kurung pahang ja.  Simple sebab corak kat kain tu dah memang sarat. Ade kaler oren, ijo, merun. So takyah la nak pesen2 lain. Lagipun saizku ini tak memungkin pakai baju lain... Uwaaa sodih......

Perjalanan pegi umah tailor sangat mencabar, air laut pasang la pulak masa pegi kesana. Perjalanan balik lagi la.. Tenggelam sudah jalan raya kat situ.. Seram...Sepanjang jalan aku berdoa jangan la kete aku tenggelam dalam laut..
Camni la keadaan jalan nak menuju rumah tailor katt Batu Putih. Seram woo.. Jalan leh muat 1 kete je.

Sekali rupanya harini air pasang start dalam jam 1130. Ohhh tambah la dup dap hatiku.. Jangan la tenggelam jalan ni. Camne nak balik
Lepas dah discuss everything kitorang mintak diri dalam kol 1230... Harap2 sebelum majlis semua baju settle... On the way balik jalan yang dah naik air tu tenggelam lagi banyak.. Aku tarik napas dalam-dalam terus drive balik...

Kampung Air, Batu Putih Sandakan




Friday 1 June 2012

2nd day of Keamatan. Aku still duduk dalam rumah. Tak keluar2 sampai sekarang. Start my day dengan breakfast. Kopi + susu + splenda & chicken slice + cheese.. Plus karipap 3 biji. Heaven.. Alhamdulillah...


Laskar Pelangi blom lagi settle dibaca. Piancee bising2 sebab aku tak baca2 buku yang dapat masa kursus kawin tu. Ok2 I'll read it. But not now.. Matik laaa asyik kene bebel..

Exercise? Still berusaha ikut JM30 days shread. But as always bila rasa nak pitam aku rest kejap. Buatnya pengsan sape nak selamatkan. Dah la dok sorang2.

Dinner makan sambal ikan n sayo goreng+telo... Rutin harian yang agak buhsan bila aku berada kat kawasan Sandakan ni. Memang takde aktiviti menarik..

Wednesday 30 May 2012

Untitle

Staying at home whole day.... Gi dapur masak... makan.. i did make some improvement.. today is the 2nd day for JM body shread.. tapi xhabis pun. rasa nk pitam so i slow down a bit.. esok smbg lg..

Tuesday 29 May 2012

Tarikh punya pasal

Letih aku asyik bergaduh pasal tarikh ngan piance. Mak pun 1 asyik tak tetap je hati dia. Kejap nk buat tarikh ni, pastu tak jadi. Tukar lak tarikh ni. Pastu tak jadi lagi. Tak pasal2 aku ngan dia gaduh lak. Apehal tah susah beno nk set kan... Tarikh je kot.. Finally we decide 24th Nov. Harap2 everything going well.

Sunday 27 May 2012

On Off On Off

Takde disiplin langsung aku nih. Start dieting then stop. Start again then stop. Akhirnya badan macam ni jugak. Salahkan jadual kerja yang manjang kene kesana kemari. Bila dah outstation tu haruslah makan free... Kalau tak makan makanan yang dihidang susah pulak nak keluar cari makan sebab takde transport. Aduhai alasan... Partner lak call bagitau kakak dia nak bersalin bulan 10 nanti. That mean planning nak buat majlis bulan 11 confirm cancel. Nak kene awalkan?? habislaaaa..

A Lot of things nak kene settlekan!!!

Thursday 3 May 2012

On My Way to Shred my Body

Ecewahhh... Konon shred body..

Dah 3 hari aku buat JM 30 days body shred. I started the routine just after coming back from Kuching. Selepas aku berholiday sakan tak ingat dunia. 

On the first day, It really surprised me sebab aku leh abiskan routine tu. Of course la ade berenti2 but still boleh sambung2 sampai abis. Then on 2nd day kaki dah mula sakit2. Kata orang buat selang2 sebab kasi muscle tu recover balik. Ok aku cuba praktikkan nanti...

Lately banyak pulak travel kesana kemari.. Since March lepas balik dari Jepun, then bersambung Labuan. Lepas tu Kuching.. Esok aku nak balik kampung dah.. Lepas tu akan ke Kuching seminggu then sambung Labuan semula.. 

Huwaaa susah aku nak bagi komitmen kat Atkin. Sometimes penganjur tak bagi breakfast yang sesuai untuk Atkin. Biasa diorang hidang mee goreng.. kuewteow.. Meehoon.. Ermmm

Wednesday 11 April 2012

Buat Sekian Kalinya

Semalam mood antara malas dan rajin.. Separuh malas separuh rajin.. Separuh hati kata jom pegi gym.. Manakala badan yang pemalas terus capai tepon baring kat sofa tekan2 facebook. Hadoiiii apehal??

Housemate dah sound2 apesal saya malas sangat.. Oh no!

Tengah2 ngadap facebook yang saya tatau saya tengok ape dah (kinda addiction padahal tatau nak tengok ape dalam pesbuk tu. balik2 refresh.. kronik dah saya ni! sempat gak anto message kat K.D tanya jadi ka tak), sekali vibrate enset sanggih manggih saya tu. Tetengok K.D balas message tru messenger..

K.D : U mcm mn? housemate nk g x? I ok jer.. Tp xbesiap lg laa..

Saya : Dia kekenyangan.....Kekeke (Sempat mengata housemate padahal saya yang malas)

K. D : Hahaha xpg la 2 jwbnya kn... Hehehe

Saya : Hahaha... Ape la nk jadi saya Ni... Malassss tul (sedar pun!!)

K. D : Dh 2 nk g ke x ni?

Saya : Hati u cano?? Mau tak huhuhu (bengong kan siap pakai hati segala!)

K. D : Kt g timbang jer la... Hehe.. Xg senam pon xpe kn.... G naik mesin gegar2 tu... Pas 2 blk... Lg pon sok kb coti.... Hahahaha

Saya : Ooooookkkkkaaaayyyyyy...Saya siappp (Berjaya K. D meracun saya)

K. D : Jom besiap... Jap ek sis

Saya : Ok

Macam tu kekdahnya.. Last2 montot yang berat berjaya digerakkan ke gym. Housemate pi sauna, saya n K.D pi bergym. K.D dah windu dengan mesin gegar2 dia tu.

Sampai gym, abang gym lak ramah tamah ngan saya..

Abang : Lama tak datang (oh abang rindu saya ke?? wahahaha, dalam hati je okay!!)

Saya : Pegi melancong sambil senyum2.. (kalau saya jawab malas kang nampak sangat.. padahal pi Jepun 2 minggu je.. minggu2 lain saya pi besarkan badan)

Settle tunjuk kad, amik kunci loker..simpan barang dalam loker saya menuju ke mesin timbang ngan rasa dup dap dup dap.. Ohhhh berapa agaknye berat saya nih!!

Terus naik atas timbang.. tak fikir2 dah...

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

100.6kg!!!

wohaaaaa turun bebssss... terus saya rajin pi bersenam! pi kasuh beskal berdiri tu kasi dia nye pemberat paling maksima. wat 15 minit terus sengal montot ai..

pastu rehat japss wat weight training.. woohaaa... pasni kene rajin2 lagi nampaknyaaa

Monday 9 April 2012

The Menu(s)

Monday

Bf : Ayam KFC Rib 1pcs
L : Chicken wings 3 pcs
D : Chicken Soup 2 pcs

Tuesday

BF : Daging goreng
L : Daging Goreng (balance bf) + Ayam goreng cili padi
D : Sardine + telur dadar cendawan

Wednesday

BF : Cheese sekeping + kacang.. (Lapar sangat di saat saya sedang menaip ni.)

Dah tak ingat makan ape akibat demamm..

Ermmm :'(

Tuesday 3 April 2012

New Addiction

Current Addiction ku...



 mengumpul gambar-gambar ID yang menarik untuk rumah.. Hari-hari dok mencari gambar cantik. Padahal aggrement lawyer blom lagi di pos. Kemain over! Dalam 3 gambar ni saya paling suka yang tengah2. Sebab match betul ngan umah yang baru dibeli.. 

Nak kene cari kontraktor la, beza-bezakan harga.. Tatau berapa harga kat Melaka. Dalam tengok dalam page Home Ideas kat FB, kata diorang 3D partition camtu tak sampai 1k.. Less than 1k katanya.. Kalau kat Melaka bagi harga baik camtu haruslah saya tak lepaskan peluang. 

Mak saya tak suka rumah yang ade lorong gelap cam kat ujung gambar tengah tu. Tapi what to mak.. Space limited, lorong gelap tu akan dihias dengan downlight untuk menambahkan keseriannya nanti....


Monday 2 April 2012

New Updates

Since Monday :: 26.03.2012:: Saya mulakan misi start over diet. Isnin makan lauk Imah.. Ayam masak merah ngan sayur ijau (tak ingat dah sayur ape.. bayam kot)..

Selasa : Pagi, telur, kol 10, 2 1/2 pcs chicken wing, snack, telur lagi, malam, ikan belanak masak kari, sayur ijau

Rabu : Pagi, 2 keping chicken slice, half boil egg 2 biji, sup ayam Imah.. Lunch, omelette (mix daun sup n mushroom), dinner ikan cencaru sumbat, bayam masak air.

Khamis : Pagi, kacang aje.. uwaaa laparrr.. Tengahri : Ayam goreng giant 2 ketul makan ngan mayonis, Malam, chicken wing 3pcs ngan mushroom soup(homemade ya!)

Jumaat : Pagi, half boil egg 2 biji + chicken slice 2, tengahari, szilling chicken, malam, chicken curry

Sabtu : Pagi + tengahri, garlic chicken... Malam Ikan parang masak lemak cili padi, ikan belanak sambal, sayur sawi goreng.

Ahad : Pagi, telur dadar (cendawan+chicken slice+cheese), tengahari, KFC OR 2 pcs, malam, Ikan cencaru sumbat+sayur bayam

Resipi from Cima+Sell.. Saya mix 2-2 resipi tapi saya guna mane2 bahan yang ade je...

sausage 1 (potong halus), Chicken slice 2 (potong halus), bawang putih, bawang besar, air, black pepper, garam (rebus semua ni lelama).. Lepas tu masukkan whipped cream & saya dash2 sikit rosemarry.. Herbs lain dah takde, belasah jela rosemarry..

Meriah lauk pauk setiap hari. Semalam ade yang kata saya kurus sikit.. Seriously?? Tang muka katanya, dah tak berapa lebar.. Emm okay.. TQ for the compliment. Gym blom stat lagi ni. Mesti abang gym tu pelik apesal saya tak muncul-muncul. Dekat sebulan kot saya ponteng gym..

Hari ni saya receive perjanjian jual beli rumah dari lawyer. Kene go through n sign then hantar semula kat peguam.. Gambar rumah pun ade receive dari adik.. :)

Sama kan sikit-sikit macam gambar sebelum ni??




Monday 26 March 2012

Back On track

Lepas bersuka suki dia Japan dan Bersenang lenang di Labuan, 

I'm back on track. Berat tak timbang, ukura baan pun tak amik. I just follow the food restriction aje. Less carbs and more protein. Later pegi gym baru timbang berat and then keep track on my weight.. Hopefully success again this time. 

Kat Japan saya selamba je makan nasi semua sebab susahnya nak memilih makanan. But I walked a alot! Seriously a lot.. Lebih kot 10000 langkah. Selamba berjalan berjam-jam. Penat tu memang la, tapi excitation berjalan kat tempat orang melebihi segalanya sampai lupa dah kepenatan. Thanks kawan-kawan yang sudi meneman, melayan & men"snap"kan gambar ku selama kat sana!




Monday 19 March 2012

A Beautiful House

Supposed this blog saya create for my diet diary.. My Atkin trackbook.. Akhirnya saya mengarut-ngarut cerita benda lain. Maybe I have so much to tell yet, malas nak cerita kat orang. Simpan journal sendiri-sendiri je. Takde yang baca kot this blog since saya memang takde publish kat sape-sape.. Kalo ade yang terbaca nasibla.. Kamu tak kenal jugak kan siapa saya.. :)

Another step in my life.. Saya baru je bayar duit booking rumah petang tadi. Alhamdulillah.. Syukur kepada kurniaanmu Ya Allahhh..

Yipppeee!!

Saya beli single storey terrace je pun. Itu pun ko nak kecoh ke?? Orang lain beli banglo.. Beli semi-D cun-cun.. Takpe, biarlah orang lain tu. Kalau ikutkan hati, nak je saya apply Semi-D, tak pun banglo kat Krubong tu.. Tapi, memikirkan komitmen lain-lain seperti PTPTN yang tak sudah-sudah. Saya pendam dulu niat tu. Slow-slow panjat tangga.. mesti sampai juga ke puncak kan??

Mak pun bising tanya apesal saya dok beli umah kecik. Mak memang, mesti nak yang hebat-hebat. Sabar mak.. Ini bukan 1 aje property yang saya akan beli.. Saya dah rancang nak beli yang lain-lain.. Cuma bagi masa sedikit lagi.. 

1st time tengok rumah : Tak ingat bila.. Tapi yang pasti balik berdating, ternampak signage Taman tu terus masuk.. 

2nd time tengok rumah : Pun tak ingat bila.. tapi terjumpa pulak salesperson dia.. tanya pasal rumah yang paling murah sebab malas nak beli yang bertanah bagai, dia inform dah ade yang booking but that person nak confirmkan loan dia dulu.. Saya saje-saje letak nama sendiri sebagai senarai menunggu..

03.03.2012 : Hari nak bertolak ke Jepun, sekali Salesperson tu call inform kat saya yang orang yang booking rumah tu tak jadi beli. Then that girl tanya samada saya berminat atau tak. Then I just say yes. Dia minta dokumen sokongan. Camne saya nak bagi?? No choice terpaksa email akak admin from Japan minta tolong uruskan.. Jasamu dikenang kak!! 

18.03.2012 : On his birthday, on my way back from KL ke Melaka bersama-sama adik n him, kami pergi tengok rumah tu buat sekian kalinya hehehe ayat tak leh blah.. Adik pun minat nak beli. Semangat amik gambar..

19.03.2012 : Today, I made booking payment to the salesperson.. Confirm nak beli dah rumah tu!

Sekadar hiasan.. bentuk rumahku tak macam ni. Warna sama!

Monday 12 March 2012

Another Step in my Life!

I'm engaged.. On 10.03.2012

On that day I was travelling from Osaka back to Yokohama.. Sangat drama kan.. Orang datang meminang.. Saya leh lak ade kat tempat lain. Nak dijadikan cerita, a night before the engagement day, boleh pulak my teammate teasing me.. Dok tanya pasal kawin etc.. Soalan ni agak normal.. Biasa pun ditanya sane sini.. Bila nak kawen.. Bla Bla Bla.. But on that day, I was like.. ermm..

Eh apesal saya  ni.. Huwaa.. Cam sentap lak soalan tu.. I calmed myself then saya jawab

"InsyaAllah, sampai kad nanti jangan tak datang pulak" (jawapan pun biasa-biasa macam kebanyakan orang jawab.. tapi apehal dalam hati saya dup dap dup dap ni!)

I assumed dah abis cerita.. sekali dapat lagi soklan cepumas..

"Dah tunang ke belom" ::ohhh saya tetiba nervous, again, apehal dengan saya ni??::

I answered the question with a smile.. then terus grab bag, naik bas gi Aeon Ibaraki..

Masa kat Aeon, I told KakFaz, teammate yang tanya pasal tunang tu..

"Kak, sebenarnya saya tunang esok.."

Dia pandang saya ngan mata dia yang besar tu.. Then terus cakapppp

"Ya Allahhhhhhhh.. Ko nak tunang tapi ko ade kat sini.. "

I asked her to keep this as secret.. Tapi KakFaz kan.. Nak jugak dia cite kat orang. Last-last tercerita gak kat teammate lain. Tapi tak semua la. Sape yang hangout sesama haritu. Sorang je pun.. Reason saya nak keep as secret.. Sebab saya rasa cam drama sangat lak saya.. Nak tunang tapi leh saya gi kursus.. Tarikh tunang lak takleh nak postpone ke?? Helloo!! 

Memang takleh pun.. We have our reason why to keep this engagement ceremony on that particular date..

Esoknya saya menghappykan diri dengan melawat-lawat sekitar Osaka.. Depan kawan-kawan happy.. Ambik gambar?? Lagi la happy.. Balik-balik muka saya je dalam kamera kawan-kawan.. Panjat temple..Tinggi kot temple tu.. Tak rasa penat pun.. Apesal? Sebab dalam hati, ade 1001 rasa yang tak leh nak describe..Masuk bas saya termenung balik.. Oiii.. Orang lain tunang happy, saya termenung.. Jauh dari tunang agaknya hehehe~

Dalam perjalanan dari Osaka ke Yokohama pun terfikir-fikir gak benda ni.. Tapi penat sangat berjalan saya  tidur dengan aman.. Sampai Yokohama dah malam.. Letak beg sume, cari kad phone call mak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. Then I called him.. Boleh pulak dia pi main badminton kat ILP Selandar.. Uikkss.. Hello Mr.. I want to know the story.. Nak tunggu dia balik, sure la berjam-jam. Kot asaya tertidur tak pasal. Last-last saya decide nak keluar jejalan tengok night view kat Yokohama, without camera! SD kad tertinggal dalam bilik. Malang tul nasib tak dapat amik gambar :(


Anywayyyy.... I'm engagedddd!!