Wednesday 27 May 2015

Assalamualaikum sayang

Assalamualaikum sayang

My 2nd baby InsyaAllah

due date 21/12/2015

Moga dipermudahkan Ya Allah

Kali ni scan awal sikit sebab saya tak sure tarikh last mens. Yang confirm hanya mid march. Tarikh sebenar memang lupa. So lets scan.. Based on size maka machine meramalkan EDD by 21st Dec tu. By time scan age baby is 9w1d

My dear baby, scan at 9week+
ini pulak gambar kakak imaan dedolu.. Masa excitation tengah membuak-buak. This post.. I love both of you! Alhamdulillah. Thank you Allah



Tuesday 26 May 2015

Gentle Birth Class bersama kak Fadillah Yusope

Kelas Ahad lepas. Pukul 3pm - 7pm

Seronok
Asalnya saya join gentle birth group kat FB. Seronok baca experience mummy yang bersalin tanpa rasa trauma lepas bersalin. Macam rasa bestnya. Mesti mummy ni tak banyak dosa. Allah permudahkan proses kelahiran. Saya ni banyak nau dosa. Bersalin pun dari kol 4am - 10am baru anak keluar. 6 jam berjuang. 
Pastu bila ada mummy yang memang baik, saya kenal hati budinya, tapi berjuang lagi lama dari saya, contohnya more than 24 hours, saya macam eh eh takkan la dia pendosa?? Who are you to judge.. hahaha sangat la sempit pemikiranku. Malu ok kalau ada pemikiran macam tu.

Yesss bersalin ni kerja Allah. Serahkan semuanya pada Allah lepas kita dah berusaha. 

Usaha tu macam mana??? 

Macam pergi kelas ni la..

Selain baca info dari gentle birth tu, ade gak follow a few doc kat FB

Ade yang ok, ada yang menjumudkan minda dia kepada gentle birth = bersalin kamikaze kat rumah. Taknak ade rawatan dari doc. Ermm tapi doc ni kata dia nak bagi awareness kat orang awam, at the same time dia hanya takut-takutkan ibu-ibu bakal bersalin tentang risiko. Ok skip that part. Opinion orang lain-lain. Terpulang kita nak digest macam mana. Ikut melulu atau bukan research sendiri.

Dalam kelas ni, banyak diterangkan proses kelahiran tu macam mana, Tulang mana yang bergerak, otot-otot tubuh yang bekerja masa proses kelahiran, selain tu ade juga knowledge sharing untuk mummy yang nak VBAC & ada masalah masa mengandung, macam saya. Sebelum ni memang on monitoring glucose level. Tetiba kali ni ade lak high blood pressure. Tapi on monitoring jugak sekarang. Nak check samada memang ada HBP or kes sementara.

Selain tu doula ajar jugak cara urutan kat vagina tu untuk elakkan tear. Ramai je mommy yang bersalin tanpa gunting kat bawah. Saya kenaaaa :(( sakittt

Ada jugak doula tu selitkan cara-cara exercise masa pregnant. Tujuan dia untuk kuatkan otot rahim so that rahim boleh bekerja dengan baik masa contraction datang.

So far interesting sangat kelas ni. Tapi kene gali lagi ilmu untuk hilangkan phobia 1st baby. Dedolu saya ditakut-takutkan yang risiko baby overdue, kene induce, kalau tak baby besar, etc etc. Pastu kene gunting masa bersalin. Ya Allah sakit!

Banyak lagi info nak kene gali! Baca baca dan baca.

Eh harini kecoh kat FB katanya Secret Recipe kena tarik sijil halal. Refer kat www.halal.gov.my tengok lak list under tab Produk. MasyaAllah, banyak ok. Kek itu, kek ini, kek a, kek b.. ok.. i need to avoid all of it! ermmm

Friday 8 May 2015

Diari Mangkuk Tingkat bersama Ili

Saya suka tengok rancangan ni. 

Selalunya tengok by accident. Kalau tanya rancangan pukul berapa hari apa.. memang saya tatau. Kesian betul orang yang jarang tengok TV ni... huhu

Tapi serius Ili ni masakan dia simple n healthy. Suka tengok makanan yang dia produce.. Masalah saya, saya tak sempat salin resipi.

Now jumpa facebook dia. So lepas ni boleh tengok resipi dari sana je. Senang.. Timing pun dah tau.. hehehe hari jumaat pukul 9 malam.. 



IG Ili



Tuesday 5 May 2015

Car Seat vs Lap

Harini ade news lagi baby tercampak dari kereta, kat Kulai Jaya,

Belum sempat cerita MyVi reda, Ya allah sedihnya baca.

Tadi terbaca kat blog Sarah pasal isu mama yang against carseat

Seriously masa follow cerita MyVi tu tak terbaca komen-komen tentang car seat, but untuk isu Kulai Jaya banyak pulak komen pasal car seat ni.







Mummy.. Bahasa tuuu... Dah jadi ibu, kurangkan cursing. Orang nasihat diam walaupun tak terima. Andartu?? who are u to judge. Jodoh Allah yang tentukan


some of the comments.. 

Memula saya memang macam mak-mak yang against car seat. sesapa yang kenal my Imaan memang tau kelasakan dia. Lari sana sini. Tak pernah berjalan. Yang dia tau lariiiiiiii je. Sama juga bila masuk kereta.. Takkan diam. Ade je kerjaan nya. Saya lak memang tak suka bingit-bingit ni. Bila buckle up Imaan memang akan menangis. Husband lak jenis ego tinggi melangit. Saya minta duduk belakang untuk keselamatan sebab nak BF anak, dia boleh jawab

"Ingat saya ni driver ke"

Ermmm

Nak dijadikan cerita, I day kami accident. Husband terpaksa emergency break tapi terlanggar kereta depan. Saya yang tengah BF anak menggelungsur kedepan dan terhantuk cermin depan. Nasib sempat cover kepala anak dari terhantuk pada dashboard. Memang berdebar. small accident, tapi Alhamdulillah impact dia sangat besar dekat husband dan saya. Lepas kejadian meamng saya akan duduk belakang. Imaan dalam carseat. Pastu longgokkanlah segala mala toys, movie, books pada dia. boring buku saya bagi toys, boring toys bagi upin ipin. Dok melayan dia jela. Suap makan, bagi minum..

Tapi tula, kita ni kekadang malas. Ade gak harinya saya tak guna carseat. Mulai sekarang kene lebih disiplin.