Tuesday 31 July 2012

Hamba Allah di uji dengan pelbagai Ujian

Recently aku terbaca blog Alia Haryanie. Hamba Allah yang terpilih untuk diuji oleh Allah & Yani tetap kuat untuk melawan sakit yang dia tanggung demi anak-anak. Kagum! itu je yang boleh aku katakan bila membaca perjuangan Yani. Aku still membaca dari awal penderitaan Yani (Sekarang masih membaca kisah Yani tahun 2010)..

Bila terbaca penulisan Yani, dia ada bagitahu yang dia kekurangan sel darah. Terus teringat kat pembacaan aku tentang buah delima. Buah yang sangat mujarab dalam perubatan. Macam-macam khasiat. Salah satu sumber dari sini...

Antara khasiat yang ada dalam delima :

Mengikut buku perubatan Parsi :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .
Itu dari satu source.. Banyak lagi sumber yang menceritakan perihal buah delima.. Aku nak cuba suruh ayah amalkan delima.. Mana tau ayah boleh cakap n berjalan macam dulu.. :'(

No comments:

Post a Comment