Thursday 30 April 2015

Terima Kasih





Si kenit ni dalam fasa mengucapkan terima kasih atas semua kebaikan yang datang pada dia.

Pakaikan dia baju.. dia akan say "tacihhh"

Buatkan susu, dia akan say "tacihhh"

Cium dia, dia akan say "tacihhh"

Pendek kata semua lahhhh... apa saja kebaikan walaupun sekecil-kecilnya

OMG I'm melting. Dont grow up so fast sayang


Tuesday 28 April 2015

Bersihkan lantai rumah/toilet

Nah another tips

Saya dok baca kehebatan baking soda ni lama dah. Macam-macam tips cleaning dia boleh buat. Ni salah satu

Spring cleaning!! yay

Mix 

7 cups water, 
1/2 cup baking soda, 
1/3 cup lemon juice
1/4 cup vinegar. 

Spray the concoction onto the dirty grout, let sit, and scrub with a brush. Sparkling grout await.!!!

ni amek kat pesbuk gak ni..


Monday 27 April 2015

Ice Cream Kacang

Ni sumpah nampak sedap gila

Nak buat pun cam sonang

Letak kacang tumbuk...letak ice cream...letak coklat... letak kacang tumbuk..Letak ice cream...letak peanut butter..letak kepingan coklat..letak ice cream... ratakn n tabur kacang tumbuk kt atas..cucuk batang ais krim kt tengah..Letak dalam peti sejuk bg beku...siap n blh di makan.."

simpan resipi.. sok sok boleh try

Sunday 26 April 2015

Saya dah mula menjual toys kat Vendor butik. First step. Baby step lagi. Idea ni muncul pun sebab vendor butik tu owned by my friend dan dia offer untuk kami-kami untuk berniaga. So saya decide nak cuba letak cute toys ni. Hasil jualan pertama pun belum dapat lagi. Hopefully everything will going well..
Sesiapa yang tinggal sekitar senawang jemput singgah kat Butik Vanilla. Semua toys ni can operate like the real one. Mixer boleh bend n tegakkan plus boleh pusing. Blender pun sama. 

Selain tu ade jugak playdoh untuk stimulate crativiti anak-anak. Meh la beli 

Saturday 25 April 2015

HomeMade Beefball

Ni edisi resipi yang telah dibuat.. hehehe yang lain-lain kebanyakkan nye saya share aje. Buat nye idokk

Beefball ni dah lama teringin nak buat. Pernah buat kot tapi rasa dia pelik n berbau. Kat mana silap tatau la..

Sebelum ni ade terbaca blog JumieSamsudin share resipi baked meatball spaghetti. Ya ampunnn merecik-recik airr liur.. macam sodap.. Inspired from there, I decide to make my own beefball.. Mesti buat. 

So here it is..

Versi dalam kuali aje sempat snap. Lepas tu anak dah menakal. Stop masak layan dia dulu. 
Resipi from here...

Bahan-bahan untuk meatballs  

400 g daging kisar 
100 g biskut cream crackers yang telah dikisar
1 biji bawang Holland yang dicincang
1 biji telur



Sedikit serbuk oregano 
Sedikit minyak (untuk saute bawang)
Lada hitam (grind / tumbuk)
Garam 

Cara-caranya  :

1.  Panaskan kuali + sedikit miyak. Saute bawang Holland yang telah dicincang sehingga bawang menjadi jernih.  Angkat bawang bila dah siap.

2.  Dalam bekas yang besar,  gaulkan daging (make sure dah defrost ya),  bawang yang telah disaute,  serbuk biskut cream crackers,  telur,  serbuk oregano,  lada hitam,  garam.  Gaul rata dan biarkan seketika untuk marinate.

3.  Ambil daging tu dan buat bulat-bulat.  Ikutlah size yang disukai. 

4.  Panaskan kuali dan minyak semula dan masukkan meatballs.  Pusing apabila nampak kesan garing. Ikut citarasa. Kalau nak makan terus leh masak garing-garing. 

Then meatball ready to serve.. Nak makan dengan spaghetti boleh.. nak buat baked meatball boleh. Brown sos pun boleh.. U name it!

p/s : meatball tu rupa dia cam cekodok la.. 

Friday 24 April 2015

Homemade Sardine

Another tips.

Buat schedule post la.. kalau tak kag beratus lak post gara-gara tips dari FB hehehe


Home Made Sardine, source : here
Bahan Bahan smile emoticon
ikan tongkol kecik2/selayang yang gemok2
*Buah tomato
minyak masak
*bawang putih & bwg merah
*sedikit lada kering yang xpedas yg *besar2..

*blend halus sehalusnya..
Garam dan gula secukup rasa
Cuka apple

CARA MEMBUATNYA smile emoticon
Ikan dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan cuka apple selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.

Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa serta sedikit shj cuka apple...

Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...

Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.

Klu xde periuk tekanan...rebus ikan td agak lama.....dlm 6jam....kemudian tumis bahan2 kisar td...perasakan....letak sedikit shj cuka apple.....garingkan hingga pecah minyak....letak air utk cair... bile ikan dh siap rebus masukkn ikan dlm adunan kuah...siap!!

Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2.

Thursday 23 April 2015

Peanut Butter Cookies - Versi takyah bakar

Resipi dari internet gak

Macam sedap so simpan untuk rujukan

Bila nak buat?? Nantiiii

Nampak sedap dan berlemak ok!


1 cup of sugar, 
4 cups of Special K cereal
1 cup choc chips
1 1/3 cup of peanut butter
1 cup of white corn syrup 
1 tsp of vanilla extract 
a pinch of salt

eh eh.. refer terus kat sini la.. hehe


Wednesday 22 April 2015

Idea bina mainan dari kad

Dedolu saya suka share tips kat FB. kekonon for future reference. Tapi end up bila nak cari balik da takde. Kalau recent post tu ade la. Tapi kekadang hilang. FB admin delete kot.. Takpe.. kita share kat sini. Senang.. Nak cari pun senang. Tengok je kat archive. Terus jumpa. Ni article dari The Vocket.. Suka art ni. Esok Imaan dah besar nak buat sama-sama ngan dia..

Contoh art yang ade



Friday 17 April 2015

RPP Port Dickson


Kisah ni dah kemain lama. Januari kot kitorang bercoti sini. Impian hati nak amik gambar banyak-banyak masuk blog. Simpan buat kenangan... Tapiiii semua tu impian jela.. Ade Imaan ape pun tak boleh. Asyik kene kejar dia jeeee... Ini je gambar yang sempat di snap. Bilik atas ni bilik utk katil single. Kami booking apartment 3 bilik. Amat selesa dan puas hati. Yela bayar banyak mana je pun. Ade jugak kurang sana sini tapi masih boleh diterima..


Yang ni toilet kat hall. Ada daki jugak. Harap-harap pihak pengurusan leh baiki kelemahan ni..


Meja makan 6 seater untuk seisi keluarga..


Ni gambar Imaan sebok nak berenang kat kolam. Anak rusa nani tu kejap je dia nak. Pastu dia pusingkan badan dia nak masuk terus dalam kolam, Tak suka pakai pelampung. Tah mana la dia dapat keberanian. Dah la ayah dia bawak dia kat adult pool. 

Overall RPP ni okay. Tak lah teruk sangat. Setakat hari ni saya dah stay kat 3 RPP dalam Malaysia. Semuanya ok. Langkawi, Cameron & Port Dickson. 

Kesayangan

Malam semalam tiba-tiba busuk masam saya jadi super manja. Sebenarnya hari-hari pun dia manja. Tapi malam tu dia tiba-tiba merengek-rengek masa nak tidur. Entah kenapa. Pujuk-pujuk tak jalan. Tiba-tiba saya teringat masa dia kecik dulu, dia akan tidur dengan tenang dan nyenyak atas dada saya. Oklah lets sleep on my chest sayang. Saya terus angkat letak kat dada. Surprise surprise..dia terus senyap dan lelap. And all of sudden I miss that moment so bad.. I love you Imaan Khadeeja