Friday 20 February 2015

Rotavirus & Ceupacscare

3 hari my kenit admitted kat Hospital
Rotavirus detected dalam najis

Siannnn kat Imaan
Mula mula kenit ni demam
Lepas balik dari PD
Terlebih dos berenang
Lepas a few day demam dia sembuh
Then sambung dok kat Nursery
Lepas tu tiba tiba dia kene cirit birit pulak
Start Khamis pastu Jumaat saya bawak dia g klinik kerajaan
Doc suruh amik darah sebab takut denggi
Dah meraung sekali anak dara ni
Then dapat la ubat biasa kalau kita cirit birit
Air garam etc
Itu pun perang dengan dia nak suruh minum
Imaan dah mula takde selera nak makan & minum
Lepas minum susu dia sure berak
Saya sabar lagi
Keep feeding her
Apa dia nak ikutkan aje
Tapi memang getting worst
Sabtu kes ni sambung lagi
Minum n berak
Tapi kali ni dah start muntah
Memang tak leh biar
Malam malam buta dalam pukul 12 malam kitorang siap siap g kat hospital Pantai
Dalam hati berdebar jugak
Kalau Imaan admitted macam mana
Ceupacscare ni cover tak
Tabiat Imaan ni
Dia selalu sakit hujung minggu
Saya call hotline insure pun tak berjawab
Takpela tawakal
Kalau tak cover
Saya bayar
Bukan taknak bawak kat GH
Tapi saya tau prosedur dia
Dengan ramai orang kat sana
Sure lambat dia rawat anak saya
Imaan baru setahun 5 bulan
Apa la yang dia tahu tentang sabar
Kalau ada tak kene sure nangis
Lepas settle semua prosedur
Imaan confirm warded
Jam 3 pagi Ahad 1 Feb 2015




Masa register saya hulur je kad Ceupacscare tu
Orang front desk pun tak banyak tanya
Maybe dia dah familiar dengan kad tu
Tapi dia sound gak
Kata dia kalau insuran tak cover puan perlu bayar ye
Huhu "Baiklaaaaah"
Deposit RM350

Ahad siang tu saya call insuran
Tapi diorang kata hospital pantai tak hantar lagi report
Maybe sebab ahad

Imaan pulak still berak berak
Tapi doc dah start advice jangan bagi makan manis manis
Bubur & roti je buat masa ni
Susu pun jangan

Ahad malam Imaan confirmed Rotavirus
Another nightmare
Imaan isolated
Sure la lagi mahal ni
Bilik pun kene asing

Isnin pagi saya terus call insuran
Report belum dapat
Tapi saya tanya la sikit sikit tentang kes Imaan
Kata diorang InsyaAllah cover
Tawakal
Isnin petang staff bahagian insuran hospital Pantai datang jumpa saya
Ada questionaire sikit
Prosedur insuran katanya
Saya jawab seadanya

Selasa
Imaan makin ok
Memamg harap sangat boleh keluar
Dalam tengahari
Doc datang then kata dia Imaan dah boleh discharge
Alhamdulillah
Tapi insuran tak settle lagi

By petang semua selesai
Ceupacscare cover almost 95% bil yang 3k +++ tu
Saya kene bayar RM100+
Ok la tu
Untuk preminum yang tak berapa mahal
Kalau tak pening juga nak cari duit untuk bayar
Tapi tu la
Kalau ceupacscare ni
Kita kene urus sendiri
Takde agen yang akan tolong
Memang kene usaha sendiri
Tapi takla rumit mana
Saya first time haritu
Sebab tu agak berdebar
Staff bahagian insuran kat hospital memang bagi kerjasama sangat
Jadi mudah sikit kerja saya

Buat masa ni saya kene pantau food intake Imaan
Pastu tengok stool dia
Alhadulillah makin sembuh