Monday 19 December 2016

Family Time

First time ni Imaan mandi laut. 

Masa naik kereta, tiba tiba dia cakap,

Imaan : "Mama, Imaan tu taknak main pasir"
Mama ; "ok"
Imaan : "Imaan tu nak mandi sungai"
Mama : "Hahhhhh?? Sungai?"
Imaan : "Ha ah"

Terus silent moment sekejap sebelum semua orang (mak, moyang, ayah dia) dalam kereta ketawa

So marilah kita menunaikan permintaan anak. 

Bak kata pujangga, spend time on your kids is more important than spending money....


Happy sangat ni. Ada buaian tepi tu, Imaan naik tapi takde gambar. Definitely will repeat this activity

Terus lari masuk "sungai"

Kakak mandi, marilah kita selfie Muhammad

Bertabah laaaa main pasir je ngan mama

Imaan yang seronok

Tuesday 29 November 2016

Klebang Melaka Homestay

Cabaran cuti sekolah bermula. Kami baru anak bilis dalam dunia homestay ni. Banyak benda kena tambah baik. Sekarang demand customer tinggi. Nak yang aircond. Nak yang ade pool. Tambahan pengusaha homestay makin ramai dan mampu sediakan apa yang dihajati pelanggan. 

Make over dah buat sikit sikit tapi photoshoot tak buat. Dok guna gambar lama cadar sendat je. Hehehe sampai adik beradik dah bising... "Cadar tu pleaseeee laa"

Ape boleh buat, cadar tu bagi i makan for a first few month. Alhamdulillah cadar dah tukar.. Akan ditambah baik lagi InshaAllah.. Gambar baru akan ku upload nanti

Senarai booking macam dalam calendar bawah sekali. Harap harap ada lagi booking akan datang







Wednesday 26 October 2016

Breastfeeding Challenge

Up and down


Harini banyak
Semalam sikit
Esok? 
Tak tahu lagi macam mana
Jarang sekali nak dapat lebih dari 1 botol
untuk sekali pam
Tapi
Alhamdulillah
Cukup untuk Muhammad
Selama 10 bulan ni





Thursday 22 September 2016

Panduan Hadapi Kemalangan (Claim Insurance)

Benda ni viral kat Facebook. Tatau sejauh mana kesahihan tapi simpan sebagai panduan.

Bila eksiden.. kaum hawa pastikan kita bijak mengurus caranya..
MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN
BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU

Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. 
Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil tow truck (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.
Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.
Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan tow truck akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!
Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,
"Saya nak towing saje.."
*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.
Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.
Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.
Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.
Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.
Sebab itulah Tow Truck biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.
Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.
Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.
RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900
Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.
Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.
Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.
PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.
Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.
Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.
Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.
KEDUA! Hati-hati dengan Tow Truck bila diaorang cakap,
"Hantar kat bengkel saya je lah..!"
Itu kencing je. Sebab Tow Truck takde bengkel. Dia pancing je tu.
SHARE artikel ini kalau berguna pada kawan lain..!
MENGELAKKAN KEZALIMAN SEMASA DALAM KEMALANGAN
P/s: ðŸ˜ƒ bacalah doa naik kenderaan

Wednesday 10 August 2016

GoodBye Best Buddy


Hi best Buddy

Good Bye

Hope to see u again

Thanks for your 8 years of service


Wednesday 13 July 2016

New Version : Klebang Melaka Homestay

Kemain dugaan nak cantikkan homestay. Dah pilih wallpaper cantik cantik sekali tak cukupppp

Oh maiii

Kene patah balik kaison, husband pergi, saya tunggu kat bawah.. cari punya cari tak jumpa. Sementara saya kat bawah dengan anak 2 orang. Kereta kene horn sebab block aliran traffic. Nak tak nak kene alih kereta. Muhammad atas riba. Imaan seat passenger. Tapi dia jeles pulak. Nak duduk atas riba.. Alahaii anak. tawaf Mahkota Parade 2 kali, pick up husband. Cari parking 20minit. Park kereta, lari masuk Mahkota nak ke Kaison sekaliiiiiiiii Kaison tutuppppppp.. Sekian cerita dugaan walaupun sebenarnya panjang lagi cerita..

So this is the new look of Klebang Melaka Homestay. Setelah berpenat lelah






Thursday 30 June 2016

Klebang Melaka Homestay


Haritu plan nak buat Homestay rumah kat Klebang tu, last post on december. Sebelum Muhammad lahir. Kelam kabut masa awal-awal sebab rumah belum siap set up customer dah menunggu. Alhamdulillah.

So far homestay dah running around 6 months. Ada waktu ada penyewa, ada waktu yang tiada. Ramdhan ni kami buat little new arrangement dan repaint mana dinding yang dah tak elok. Hopefully akan siap before hari raya sebab malam raya dah ade booking. 

Kalau berminat nak sewa meh call/wassap/sms : 018 2000 201/ 019, 2750201/010 848 1650

More detail boleh browse FB kami : Klebang Melaka Homestay















Wednesday 29 June 2016

6 month : Eiman Muhammad

          Sekarang dah bulan June, maknanya Muhammad dah berumur 6 bulan. Sekejapan, and Alhamdulillah he is still on breastmilk walaupun susu maknya cukup cukup makan. Lagi lagi bulan puasa, kemain lagi stok susu beku ditarik keluar tanpa ganti. Takpe Muhammad, keep on drinking, mama pump dan pump setiap masa.

     .     


Masih meiarap dan combatt, dah angkat punggung tapi takut takut nak move forward, tapi bab memanjat laju la pulak. Kalau ade tempat berpaut laju je dia bangun. Muhammad, please jangan skip the step. Kang terlajak laju macam kakak Imaan mama tak larattttttt

gula gula hati.. kiki kesayangan mama
Rambut Muhammad menten gitu. Jarang jarang since day berapa tah. Lupa la dikkk.. amik gambar pun tak sebab masa tu Muhammad dah kene attack Eczema. Penuh semuka badan tangan. Tak dan dan nak amik gambar. Dok fikir nak Muhammad baik jeee..

Monday 27 June 2016

Resipi Philips Pressure Cooker : Nasi Arab

Lamanya tak login ke sini...

Harini menyinggah sebab nak simpan memori ni...

Daku berjaya masak nasi Arab guna Philip Pressure Cooker (PPC)

Wahahahaha semua kat rumah tu suka

Almost perfect nasinya cuma berminyak. Kalau sebelum masuk beras, saya keluarkan minyak tu, mesti perfect dah. 

Actually takde la hebat sangat since saya guna yang dalam kotak. Brand Shan. Saudara dari Singapore bagi dah lama. 

According instruction tumis bahan bahan yang dia listkan, masuk daging (kambing/lembu/ayam), masuk yogurt then masak. Lepas tu masak nasi, guna kuah yang dimasak dengan daging curah atas nasi, gaul and masak sekali lagi. 

So guna PPC ni saya :

1. Guna mode bake, tumis bawang merah sampai garing

2. Masuk kambing sekilo (saya guna kambing bertulang, sebab nak kan khasiat rebusan tulang tu sikit)

3. Masuk bawang putih dan halia kacau sebati.

4. Masuk rempah yang disediakan dalam kotak nasi arab tu.

5. Off PPC, Tutup PPC, pastikan pressure knob tu seal, then press mode beef/mutton, start semula.

6. Tunggu 1/2 Jam, release pressure slowly..

7. Buka penutup PPC

Camni rupa kambing lepas 1/2 jam. 

Then....

Masukkan beras yang dah dibasuh bersih (beras pun dia sediakan dalam box). Tambah air sikit kasi paras paras air dan beras (saya punya terlebih sebab ade minyak). 

Tutup PPC, seal pressure knob. 

Tekan mode "rice"

Start again. Tunggu 15 minit dannnnnnn

Walllahhhhhhh

Tuesday 5 January 2016

New Year New Member

Assalamualaikum

Tahun ni saya dan suami menyambut tahun baru bersama ahli keluarga baru

Si comel saya Eiman Muhammad


Alhamdulillah juga dipermudahkan dan dicepatkan kelahiran hero saya ni.. Semoga kamu menjadi khalifah Allah yang taat sayang.. Mama Love you so much