Monday 23 November 2015

Plan

Zaman ekonomi meleset sekarang ni, dengan harga barang mencanak-canak naik, saya akui saya agak terkesan. Kami suami isteri dok fikir macam mana nak tambah income. Projek pun agak jarang dan kalau ada most customer nak barang dulu, payment 2 weeks later. Syarikat besar tu.. Business takde la puluh-puluh ribu.. Takpe bertabahlahhh

Buat masa sekarang kami dah merancang nak menyewa rumah, rumah sedia ada kami jadikan sumber pendapatan. Jadikan homestay untuk top up income. Harap-harap berjaya. Kalau takde aral, bulan 12 ni baru masuk rumah sewa. Tak jauh pun dari rumah kami. Selang 4 pintu je. Semua nak kena settlekan cepat sebelum bersalin. Due 21/12. Jadi everything must be done at least before 15/12.. Aduhh tak lama lagiiii

Katil x 3
Meja Makan
Langsir
Sofa
TV
Dapur
Rice Cooker
Fridge/Mini fridge
yada yada yada

and the list never end

Wednesday 18 November 2015

Kursus Sambil Coti - Kuantan

Cerita Oktober aritu. Dah lama pergi. Tapi pemalas nak transfer gambar. Sekarang mood baru mari.. Meh simpan kenangan kat sini...

Saya dapat peluang gi kursus, kat Kuantan. Seminggu!

Asalnya kursus di di offer pada orang lain, tapi sebab dia takleh pegi, dia mintak saya ganti. Memula berat hati nak terima. Alasannyaa Imaan la. Lama dah tak tinggal dia. Last pun Feb tahun lepas..

Tetiba kebetulan husband pun dah habis contract kerja, ajak dia pergi sekali.. Dia setuju.. So letsss Kuantan kita!


Ready set go...
Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Bertenang-tenang drive.. Laluan dari Seri Pengkalan ke Muadzam terus Kuantan
Dah sampai Muadzam
Petronas Muadzam. Yang ramai orang singgah tuuuu
Dalam pukul 230 baru check in Mega View Hotel. Organizer sediakan hotel. Terima saja dengan hati terbuka. Hotel ok. Biasa-biasa saja. Imaan macam biasa. Dah mula melasak. Semua barang dia usik n lambakkan. 




Sepanjang kat Kuantan tak berjalan sangat. Jadual padat. Sempat curi masa bawa Imaan gi mini zoo je. Seronok la dia. Dapat tengok binatang-binatang depan mata.












Bila google tempat makan sedap, ramai kata Ana ikan Bakar petai sedap.. Ok.. lets explore.. Banyak rupanya kedai dia..Kami makan kat branch tepi laut. Order sekor ikan, sotong goreng tepung n nasi putih. Makan sampai sengkak perut. Yela makan 2 orang je. Memang tak terlarat nak telan. Tapi sebab dah order, slow-slow sumbat dalam mulut..



Gambar sebelum tak sempat snap.. Lapooooo
Rasa ikan not bad. Lagi-lagi masa kami datang tak ramai orang, memang meriah petai dalam sambal ikan bakar tu.. Seminggu bau petai tak hilang hehehehe

Sunday 15 November 2015

Update gambar rumah contoh

2 keping gambar je. Paling penting (Untuk orang perempuan)

Gambar kitchen hehehe


Kalau kira ikut kotak tiles tu, lebar dapur adalah 7 kaki, panjang 10 kaki. So mini.. kene cari idea deco ruang dapur yang sempit yet elegan (entah jadi ke tak angan2 ni).. berangan is free 

Pandangan dari bawah. Nak naik ke rumah. Boleh tahan tinggi


Friday 13 November 2015

DIY Tunku Herba Moden

Another Project

Dah dekat nak bersalin ni, saya dok fikir ape nak prepare untuk waktu bersalin nanti

Jumpa pulak link ni..

Must try


Keperluan Bersalin

Dah masuk 8 bulan...

1 pun persediaan belum buat...

Tak excited? Bukan tak excited tapi barang-barang Imaan dulu banyak lagi dan InsyaAllah elok..

Harini saya slow-slow google keperluan bersalin.

Nak start collect...

Untuk kegunaan next baby ni..

Tapi saya belum scan :)

Takpe pakai je baju kakak ye cayang..

Baju kakak Imaan dedolu pun tak banyak pink sebab ayah awak berharap baby lelaki..

Sekali ambikkk dapat kakak Imaan yang super lasak...

Rasakan penagan anak perempuan selasak lelaki :)

Back to keperluan bersalin

Ada kategori khas

1. Keperluan/kelengkapan ke Hospital
(Beg ni kene prepare dalam kereta hujung-hujung pregnancy, bila ade tanda-tanda nak bersalin boleh zass pecut gi hospital)


  • Keperluan Ibu

    • Buku Check Up Pink (WAJIBBBB)
    • GL from majikan
    • Tuala Mandi
    • Maternity Pad
    • Disposable panties
    • Toiletries (Berus gigi, Ubat gigi, Shampoo, Sabun, Pencuci muka)
    • Baju untuk balik rumah (Kalau boleh breastfeed friendly)
    • Selipar
    • Kain batik
    • Nursing Bra + Nursing Pad (disposable)
    • Stokin
    • Makanan
    • Sudu+Garfu+Tupperware
    • Selipar
    • Tudung
  • Keperluan Bayi

    • Baju lengan pendek – 3 pasang
    • Baju lengan panjang – 1 pasang
    • Newborn Diapers - 1 pack
    • Kain lampin - 3 helai
    • Tuala – 2 helai
    • Kain bedung/receiving blanket– 2 helai
    • Nappy Liner – 1 box
    • Mitten dan booties – 3 set
  • If posibble sediakan sekali beg untuk labour room, sebab once kita dah bersalin, nurse akan mintak ayah ambil barang baby, biasanya ayah akan kelam kabut pakai capai je sesuka hati. Experience sebelum ni la.. So sediakan 1 beg untuk keperluan dalam labour room.
    • Tuala - 1 helai
    • Kain bedung/receiving blanket– 1 helai
    • Baju lengan panjang – 1 pasang
    • Disposable Diapers - 2 keping
    • Mitten and booties – 1 set