Thursday 9 February 2012

Another Update

Lama tak mencatit. Banyak sangat urusan nak kene selesaikan. Last weekend ade program. Mengatur budak2 semester akhir untuk persediaan bekerja. Ada pulak MPP dari UiTM Melaka join sekali program tambah meriah!

Bila ada program confirm la ade makan free untuk organizer. At first saya cuba avoid makan makanan yang disediakan. Konon nak curi masa balik umah kejap untuk masak. Sekali tak sempat hokeyyy!! Akhirnya saya telankan jugak nasi lemak yang disediakan. Oh nO!! Makan separuh share dengan student yang jadi MC. Bukan sebab dah kenyang ke sebu ke, kalau dibagi kat saya sekotak nasi tu pun saya leh habiskan. Sengaja saya ajak student tu makan untuk kurangkan portion yang masuk dalam perut saya..

Ahad pun sama..Makan makanan yang disediakan. Memang tak menyempat nak masak sume.. Isnin cuti.. Makan nasi kuning pulak.. (nasi je tetiap hari)

Selasa saya mulakan balik misi bersenam.. Slow walk average 4.4km/h dengan incline 8-10. Machine tulis saya burn calories dalam 350++. Tatau mesin tu betul ke tak.. Harap2 betul la...

Psttt esok nak balik kampung.. Diet sure susah kan.. I'll try my best.. Kalau susah diet hopefully exercise ku tak kantoi

No comments:

Post a Comment