Friday 29 June 2012

Pertapaan Berakhir

I'm coming home... I'm coming home... Tell the world I'm coming home...

YahooooOOoooo Tak sabar nak balik kampung. Rasa macam lama pulak dok kat Sandakan.. Tak pegi mana2.. Bulan 5 aku dah pulun outstation almost sebulan.. So bila bulan 6 bertapa kat sini dah rasa tak keruan.. Flight today jam 4.20pm.. Landing kat KL kol 7.. Harap2 piancee dah sampai.. Tak yah aku menunggu lelama..

At this moment aku sangat lapar.. Cafe tak bukak.. Nak keluar tak de kawan.. Ohhhhh Laparnyeee.. Rasa macam malfuction badan aku nih.. Nak buat keje ape pun tak boleh. Kepala dok asyik ingat makanan.. Semua pun aku rasa nak makan.. Mee goreng mamak.. Roti Canai... Nasi Kuning.. please come to me

Tuesday 19 June 2012

Current Addiction

Sekarang ni aku perasan mood aku asyik berubah2.. Kalau last time aku dok mengoogle Design rumah, sekarang dah ade new obsession. Membaca blog hartanah pulak. 

Stat dari sini... Pastu ade link ke sini.. Lepas tu baru sampai ke link ini.. Punya jauh perjalanan aku nak sampai ke blog abangensem ni.. Tapi berbaloi.. Macam2 panduan yang abangensem bagi kat readers dia yang berminat nak mengumpul aset. 

Aku start baca blog abang ensem ni 12 Jun 2012 & now still reading. Nak khatam kan semua entry n pastu nak beli Ebook dia.. Kenapa la aku lambat dapat tau pasal blog abang ni...

Friday 15 June 2012

20g yang sikit

Restriction 20g Carbs sahaja yang boleh diambil dalam Atkin Induction amat amat mengstressssss kan aku. Mahu tak nye, aku mana tau kot la ade hidden carbs dalam makanan. Contoh masa aku gi kedai makan amik sayo dia. Konon nak seimbang la khasiat dalam makanan. Sekaliiii manis dowhhh sayo dia. Hoii masak sayo pun pakai gula ke? memang stress.. Dengan badan aku yang tak pandai kempis ni memang la.. Tambah marah je dalam hati. Aritu masa saho aku goreng daging yang dah marinate. Cam manis gak daging tu. Tatau la akuu...

Hari ni aku declare off diet for a day. Kasi tunggang terbalik sistem badan. Esok start over..

Thursday 7 June 2012

Wedding : Tempah Baju

Sesi menempah baju harini. Kain ala2 songket yang aku beli kat Serikin haritu. Cadang nak buat baju kurung pahang ja.  Simple sebab corak kat kain tu dah memang sarat. Ade kaler oren, ijo, merun. So takyah la nak pesen2 lain. Lagipun saizku ini tak memungkin pakai baju lain... Uwaaa sodih......

Perjalanan pegi umah tailor sangat mencabar, air laut pasang la pulak masa pegi kesana. Perjalanan balik lagi la.. Tenggelam sudah jalan raya kat situ.. Seram...Sepanjang jalan aku berdoa jangan la kete aku tenggelam dalam laut..
Camni la keadaan jalan nak menuju rumah tailor katt Batu Putih. Seram woo.. Jalan leh muat 1 kete je.

Sekali rupanya harini air pasang start dalam jam 1130. Ohhh tambah la dup dap hatiku.. Jangan la tenggelam jalan ni. Camne nak balik
Lepas dah discuss everything kitorang mintak diri dalam kol 1230... Harap2 sebelum majlis semua baju settle... On the way balik jalan yang dah naik air tu tenggelam lagi banyak.. Aku tarik napas dalam-dalam terus drive balik...

Kampung Air, Batu Putih Sandakan




Friday 1 June 2012

2nd day of Keamatan. Aku still duduk dalam rumah. Tak keluar2 sampai sekarang. Start my day dengan breakfast. Kopi + susu + splenda & chicken slice + cheese.. Plus karipap 3 biji. Heaven.. Alhamdulillah...


Laskar Pelangi blom lagi settle dibaca. Piancee bising2 sebab aku tak baca2 buku yang dapat masa kursus kawin tu. Ok2 I'll read it. But not now.. Matik laaa asyik kene bebel..

Exercise? Still berusaha ikut JM30 days shread. But as always bila rasa nak pitam aku rest kejap. Buatnya pengsan sape nak selamatkan. Dah la dok sorang2.

Dinner makan sambal ikan n sayo goreng+telo... Rutin harian yang agak buhsan bila aku berada kat kawasan Sandakan ni. Memang takde aktiviti menarik..