Showing posts with label MyWedd ♡ ♥ ♡. Show all posts
Showing posts with label MyWedd ♡ ♥ ♡. Show all posts

Wednesday, 5 December 2012

Finally everything is settled

Alhamdulillah.. Tiada ucapan lain yang dapat diluahkan selain berterima kasih kepada yang esa. Majlis perkahwinan kami (Saya dan hub-b) telah selamat diadakan pada 24 November 2012.

Caption by OP : Mencari Cinderella..
Cuaca sangat memberikan kerjasama. Tak terlampau panas dan yang penting tak hujan sebagaimana hari sebelumnya. Hujan turun sangat sangattttt lebat sampai nak memandu pun tak nampak jalan. Siapa yang tak risau time tu. Debaran dalam hati memang tak terungkap..

Hari sebelum majlis, 23.11.2012

Saya sibuk kesana sini. Mencari Inai kampung. Niat di hati nak pakai inai ala dolu-dolu. Hanya di hujung jari. Tapi tak siapa yang dapat membantu untuk menggiling. Makcik-makcik di kampung dah tua. Tak berupaya untuk menggiling. Sudahnya mencari henna di Indian Street di Kampung Jawa. Habis hujung tanganku hitam. Kek yang diorder juga siap hari ini. Sangat gembira dengan hasilnya. Tapi semua gambar tiada dengan saya. Perlu tunggu gambar dari OP. Hantaran last minit juga siap pada hari ini. Gubahan bunga juga. Semua perlukan saya untuk self pick-up. Saya redah je crowd di rumah. Terus keluar untuk melengkapkan apa yang perlu.

Malamnya ada majlis marhaban oleh ibu saudara. Serentak juga diadakan majlis cukur jambul anak saudaraku yang tersayang..

Pada hari kejadian, 24.11.2012

Debaran memang dah menggila... Make Up artist tak kunjung tiba. Katanya dia akan sampai paling lewat jam 8.00 pagi. Pukul 7.00 pagi dia masih tak call untuk bertanyakan jalan untuk ke rumah. Saya SMS tanyakan samada dia jumpa rumah atau tidak. terus dia call bagitau yang dia terlewat bangun. Ohhh menambah debaran je..

Sesampai MUA yang lewat ke rumah, dia terus memulakan kerja. Nasib muka juga memberikan kerjasama. Sambil bermake up, terdengar suara bising di luar. Rupanya dah jam 10.00 pagi dan rombongan bakal suami (yang terkenal dengan punctualitynya) dah sampai. On time! dia memang macam ni dari dulu...

Akad dilafazkan sekali sahaja. Bravo hub-b!! Alhamdulillah...

Seterusnya majlis berlansung dan saya hanya mengikut flow majlis yang telah dirancang. Kekurangan dalam majlis itu pasti. Mana yang terkurang di sana sini harap di maafkan... 

Setelah itu bermulalah perjalanan kami sebagai suami isteri..


Sunday, 18 November 2012

Setakat ni

Persiapan setakat ni.. Latest Update 31.10.2012

Pelamin : Artistic House - Done

Kad Kawin : Dah siap amik dah. Tak siap pun 1500 yang ditempah. Ade 1050 aje. Boleh la. Malas nak bertekak dah.

Set Bilik Tido : Selesai

Khemah : Mak tempah

Baju Nikah : Done

Baju resepsi : Almost done Dont know the progress

Kasut : Nikah & Resepsi sama je... Done

Makanan : Mak urus

Tudung Nikah : DoneWaiting for delivery

Tudung Resepsi : Done Not Done

Kek Resepsi : Done : RV ~ 2 kg Not done

Cake Stand : In progress


Kek Hantaran x 2 : Not done

Hantaran For Her :


  1. Sireh Junjung
  2. Telekung + Quran + Sejadah
  3. Jam
  4. Perfume + Toiletries
  5. Mas kawin + Jewel
  6. Kek
  7. Handbag + Wristlet
Hantaran For Him

  1. Sireh Junjung
  2. Jam
  3. Kasut
  4. Sepersalinan
  5. Perfume Set
  6. Kek
  7. Sejadah + Quran
  8. Wallet + belt Set
  9. Fruits




Friday, 16 November 2012

8 days left??

Homai homaiiiiii...

Malam tadi masa tengah dok fesbuk & menggoole.. tetiba terpandang ni kat skrin tab..

8 days & 8 hours left.. Ini pada pukul 1.59 am

Tapi masa telah berkurang kepada 8 days, 2 hours, 16 min & 29 sec pada pukul 7.43 am..
Dan masa terus berjalan.. Hoh!! cepatnya masa berlalu.. 

Panic Attack has comeeeeeeeeee

Thursday, 1 November 2012

Hotel @ Langkawi : Booked

Finally.. Setelah bersusah payah hari-hari dok check website Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi. Akhirnya saya dapat booking bilik untuk percutian kami nanti. Aktiviti hunting for room ni rasanya sejak awal oktober lagi saya dah mula. Cari hotel sana sini, baca review sana  sini tapi 1 perkara yang jadi halangan.. Budget.. Kami akan stay dalam 4 hari & this is our first holiday together as family, so Piancee cakap takkan nak duduk motel. Bila hunting for good hotel, of course la kene ada good budget jugak. Suddenly kawan piancee bagitau soh booking rumah peranginan kat Langkawi since saya goverment servant. So bila saya try bukak website & click bulan Jan 2013, hanya tarikh 1 Jan 2012 aje yang boleh click, lain-lain semua kelabu. Call BPH kat HQ dia kata belum bukak lagi, so awak try la bulan depan. Dalam pada tu saya check-check jugak tarikh Disember tu.. Fully booked ok! Daripada review yang saya baca, hotel ni ok. Manage by Holiday Inn.Hari-hari saya gigihkan diri bukak website BPH untuk book hotel dan akhirnya hari ni berjaya... Itu pun terpaksa pecah 2, 2 malam amik standard, 2 malam amik deluxe sebab standard dah penuh...

Yeayyyy!! Alhamdulillah..... Berjaya di booking sudahhh


Tiket ke Langkawi awal-awal lagi dah beli. Booking date adalah 18 Febuari 2012. Punyalah awal. Bertunang pun belum masa ni, tapi piancee ade mention nk datang meminang dalam masa terdekat & InsyaAllah nak buat majlis dalam tahun 2012 jugak. So masa tu saya n piancee tengah melepak-lepakkan diri kat Dataran Pahlawan & saya sengaja bukak website AA. Maklumlah orang keje jauh, kene selalu alert tiket murah.. Masa tu tengok promo AA "RM 0" ringgit to many destination. Rasanya dah masuk hari ke berapa tah promotionnya, so web AA memang tak busy, takde masuk waiting room bagai. Sekali saya click Langkawi & surprisingly ada tiket "RM 0" yang dijual. Kami pun ape lagi, terus la booking.. RM76.00 untuk 2 orang pergi balik! Consider murah bagi saya.. :)


Tiket murah itu..
Diam tak diam, dah tinggal 23 hari je majlis saya.. Semua persiapan yang saya tulis pada sticky post almost settle. ada beberapa yang belum settle akan saya beli kat Hong Kong nanti.. 

Ya Allah Yah Rahman Ya Rahim.. Permudahkan la semua urusan saya.. Aminnnn



Wednesday, 10 October 2012

11.10.2012 - 15.10.2012

Balik kampung selama 5 hari. Hopefully boleh settlekan a few things

 •  Kad Kawin - Yang ni saya dah nak baran sesangat. Tah bila diorang nak siapkan

•  Kek - Plan nak jumpa baker tu somewhere kat Melaka Town or pegi terus rumah dia. Semua bergantung pada schedule dia

•  Borang kebenaran kahwin

•  Kasut kawin

•  Tudung Kawin x 2

•  Veil

•  Sepersalinan Kasual (Hantaran Pengantin Lelaki)

•  Mintak alamat kawan-kawan

Thursday, 4 October 2012

Kad Kahwin tak siap-siap

Sunggu menyakitkan hati.. Dah lama kot saya tempah kad kawin. Since 27.08.2012 lagi. Sampai sekarang kad saya tak siap-siap. Bila saya call tempat kad tu diorang tak jawab. Bila sms langsung tak balas. Saya nak pi sana jauhhhh. Nak bisnes, elok-elok la. Apehal setiap kali call n sms tak berjawab. Saya nak soh piancee gi sane susah. Sebab dia pun dah baran. Dah la saya yang beria masa nak tempah. Taknak tempat lain. Nak jugak tempah kat situ. Mana la saya tau performance dia memang macam bodoh!

Saya harap piancee nak la pegi. Nak tunggu saya balik then baru pegi seksa jugak. Tengok la nanti macam mane. Sekarang dah masuk bulan 10. In fact dah 4 hari berlalu bulan 10. Ticker kat henset pun show yang wedding kami another 51 days aje.. Ingat lama ke?? Dengan saya yang jauh. Nak buat persiapan itu ini. Tolong la benda yang basic ni cepa settle supaya saya leh concentrate kat benda lain.


*** Update : Dalam kol 11 pagi Piancee tepon orang kedai Kad tu.. Katanya diorang tengah hantar printing. Dalam minggu depan leh dapat. Harap-harap la.. Jangan diorang tu tipu-tipu lagi sudah la.. Tension ai tau

Monday, 17 September 2012

The Another Preparation

Lepas nikah haruslah preparation untuk majlis makan beradab. Masa wedding nanti, InsyaAllah takde sanding. Aku tak suka jadi barbie doll duduk depan orang, then orang tengok-tengok je. Pemaluuuuuuu.. Hehehe..

sepersalinan P & aksesori - In progress
sepersalinan L & aksesori - In progress
MUA - Done??
hand bouquet - Tunggu dari SekociNorli.. Same HB for both nikah n makan beradab
baju family - On their Own
khemah - Done (Mak)

banner&bunting - In progress
tunjuk arah - In progress

p.a system - Done (Piancee)
door gift - In progress
VIP door gift - Not done
OP - Done AdamRauf
kad kahwin - In Progress
wedding cake - Not Done
bunga paha - Not Done
bunga mangga - Not Done

Ok.. Banyak yang not done.. Oh Myyyy!!

Tiket AA semalam tidak seperti yang diimpikan.. Semua domestik. Yang international takdo.... Kecewaaa

Sunday, 16 September 2012

The Preparation

Lately banyak habiskan masa meng”google” blog bride to be. Most of them muda.. Maksud aku takdelah terlalu muda like 19-20 Y.O but younger than me.. Kagum gak aku dengan kesungguhan masing2 sharekan idea-idea diorang during persiapan sebelum menjadi isteri.

Picture from Google

Bila dah baca mula la terpengaruh.. Nak gak menulis kat blog sendiri. Seb baik, aku yakin 100% memang takde sape baca sebab aku tak inform sape sape pun pasal wujudnya blog ni. Di kala menaip ni, aku ada baki 69 hari lagi menjelang “D” day. Persiapan?? Boleh dikatakan aku sangat serabut.. Shariff the driver tanya aku, ade tak rasa berdebar-debar sekarang. To be honest, debar takde! Serabut ade!

Memula taknak pelamin, pastu adik beradik sebok cakap kalo takde pelamin mane nak amik gambar.. So agree with mini pelamin and I decided to D.I.Y. but then adik sebok nak pi cari pelamin sebab dia malas D.I.Y. 

Meja makan pengantin belum ade decoration lagi.. Oh myyyy

So far, mari list down everything..

By Category

A. Nikah


Dokumen nikah - On the way. Tunggu balik bulan 10 settlekan

Nikah dress - Done, but need touch Up

Veil - Not Done

Kasut - Not Done

Baju melayu - Done

Songkok - Not Done

Samping - Done

MakeUp - Done

Hand bouquet - In Progress by SekociNorli

Will continue with another preparation list in other entry. Sekarang masa untuk berjuang untuk dapatkan tiket air asia. Hopefully I might get the super cheap tiket. Nak jalan-jalan ngan Piancee or Insyaallah will be my husband masa trip tu nanti :)

Thursday, 7 June 2012

Wedding : Tempah Baju

Sesi menempah baju harini. Kain ala2 songket yang aku beli kat Serikin haritu. Cadang nak buat baju kurung pahang ja.  Simple sebab corak kat kain tu dah memang sarat. Ade kaler oren, ijo, merun. So takyah la nak pesen2 lain. Lagipun saizku ini tak memungkin pakai baju lain... Uwaaa sodih......

Perjalanan pegi umah tailor sangat mencabar, air laut pasang la pulak masa pegi kesana. Perjalanan balik lagi la.. Tenggelam sudah jalan raya kat situ.. Seram...Sepanjang jalan aku berdoa jangan la kete aku tenggelam dalam laut..
Camni la keadaan jalan nak menuju rumah tailor katt Batu Putih. Seram woo.. Jalan leh muat 1 kete je.

Sekali rupanya harini air pasang start dalam jam 1130. Ohhh tambah la dup dap hatiku.. Jangan la tenggelam jalan ni. Camne nak balik
Lepas dah discuss everything kitorang mintak diri dalam kol 1230... Harap2 sebelum majlis semua baju settle... On the way balik jalan yang dah naik air tu tenggelam lagi banyak.. Aku tarik napas dalam-dalam terus drive balik...

Kampung Air, Batu Putih Sandakan




Tuesday, 29 May 2012

Tarikh punya pasal

Letih aku asyik bergaduh pasal tarikh ngan piance. Mak pun 1 asyik tak tetap je hati dia. Kejap nk buat tarikh ni, pastu tak jadi. Tukar lak tarikh ni. Pastu tak jadi lagi. Tak pasal2 aku ngan dia gaduh lak. Apehal tah susah beno nk set kan... Tarikh je kot.. Finally we decide 24th Nov. Harap2 everything going well.