Thursday 1 November 2012

Hotel @ Langkawi : Booked

Finally.. Setelah bersusah payah hari-hari dok check website Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi. Akhirnya saya dapat booking bilik untuk percutian kami nanti. Aktiviti hunting for room ni rasanya sejak awal oktober lagi saya dah mula. Cari hotel sana sini, baca review sana  sini tapi 1 perkara yang jadi halangan.. Budget.. Kami akan stay dalam 4 hari & this is our first holiday together as family, so Piancee cakap takkan nak duduk motel. Bila hunting for good hotel, of course la kene ada good budget jugak. Suddenly kawan piancee bagitau soh booking rumah peranginan kat Langkawi since saya goverment servant. So bila saya try bukak website & click bulan Jan 2013, hanya tarikh 1 Jan 2012 aje yang boleh click, lain-lain semua kelabu. Call BPH kat HQ dia kata belum bukak lagi, so awak try la bulan depan. Dalam pada tu saya check-check jugak tarikh Disember tu.. Fully booked ok! Daripada review yang saya baca, hotel ni ok. Manage by Holiday Inn.Hari-hari saya gigihkan diri bukak website BPH untuk book hotel dan akhirnya hari ni berjaya... Itu pun terpaksa pecah 2, 2 malam amik standard, 2 malam amik deluxe sebab standard dah penuh...

Yeayyyy!! Alhamdulillah..... Berjaya di booking sudahhh


Tiket ke Langkawi awal-awal lagi dah beli. Booking date adalah 18 Febuari 2012. Punyalah awal. Bertunang pun belum masa ni, tapi piancee ade mention nk datang meminang dalam masa terdekat & InsyaAllah nak buat majlis dalam tahun 2012 jugak. So masa tu saya n piancee tengah melepak-lepakkan diri kat Dataran Pahlawan & saya sengaja bukak website AA. Maklumlah orang keje jauh, kene selalu alert tiket murah.. Masa tu tengok promo AA "RM 0" ringgit to many destination. Rasanya dah masuk hari ke berapa tah promotionnya, so web AA memang tak busy, takde masuk waiting room bagai. Sekali saya click Langkawi & surprisingly ada tiket "RM 0" yang dijual. Kami pun ape lagi, terus la booking.. RM76.00 untuk 2 orang pergi balik! Consider murah bagi saya.. :)


Tiket murah itu..
Diam tak diam, dah tinggal 23 hari je majlis saya.. Semua persiapan yang saya tulis pada sticky post almost settle. ada beberapa yang belum settle akan saya beli kat Hong Kong nanti.. 

Ya Allah Yah Rahman Ya Rahim.. Permudahkan la semua urusan saya.. Aminnnn



No comments:

Post a Comment