Wednesday 20 March 2013

2nd CheckUp at Klinik Kesihatan

Sepatutnya checkup ke-2 ni adalah pada Jumaat lepas (15.03.2013) tapi saya kat Melaka. Ada mesyuarat gubal soalan, so saya mintak tangguh ke harini. Pemeriksaan kali ni lagi singkat. Tak lama macam mula-mula check up. Mula-mula check PH urine. Saya tak tau reading dia berapa, tapi misi cakap

"ok juga kencing kau ni.."

So saya relief kat situ. Pasni minum banyak air lagi... :)

Then ambil timbangan. Saya dah berdebar dah. Maklumlah bila balik Melaka memang saya makan berabis. Hub-b lagi ajak makan sana sini. Pastu hari isnin adalah birthday Hub-b. Makan kek pada pukul 9 malam.. Then pegi tengok movie, lepas tu gi makan steamboat.. Hahaha heaven kalau nak ingat-ingat balik tapi sengsara kat saya..

Naik atas timbangan.. misi amik reading.. Ayat yang keluar dari mulut dia..

"ok juga ni, naik 0.5 kg ja dari bulan lepas"

Fuhhh legaaa.. Saya rasa kalau saya tak berabis makan mesti tak naik kot berat hehehehe. Perasan.. Dah la ngandong tapi taknak naik berat badan..

Lepas tu misi stat tulis-tulis kat buku. Saya duduk je diam-diam kat tepi dia. Apa dia tulis pun saya tak sure.. Then misi amik darah, nak check ape ye,saya tak sure. Tapi result nye nurse cakap ok. 12 reading dia.. Next check kat perut. Movement baby blom terasa, tapi misi bagitau dia dah dapat rasa ketulan besar kat perut saya.. My Iman dah membesar.. Alhamdulillah...

Lepas check perut, blood pressure pulak.. Ini paling tak best sebab saya selalu kantoi kat sini.. reading harini 120/90. Nurse cakap tinggi reading bawah tu.. So kene duduk relax dulu.. 1/2 jam lagi baru check semula.. Saya duduk kat waiting area, tengok tv.. minum air.. Lepas 1/2 jam check & reading turun ke 110/80.. Selamattttt :)

No comments:

Post a Comment