Showing posts with label MyBaby. Show all posts
Showing posts with label MyBaby. Show all posts

Friday, 13 November 2015

Keperluan Bersalin

Dah masuk 8 bulan...

1 pun persediaan belum buat...

Tak excited? Bukan tak excited tapi barang-barang Imaan dulu banyak lagi dan InsyaAllah elok..

Harini saya slow-slow google keperluan bersalin.

Nak start collect...

Untuk kegunaan next baby ni..

Tapi saya belum scan :)

Takpe pakai je baju kakak ye cayang..

Baju kakak Imaan dedolu pun tak banyak pink sebab ayah awak berharap baby lelaki..

Sekali ambikkk dapat kakak Imaan yang super lasak...

Rasakan penagan anak perempuan selasak lelaki :)

Back to keperluan bersalin

Ada kategori khas

1. Keperluan/kelengkapan ke Hospital
(Beg ni kene prepare dalam kereta hujung-hujung pregnancy, bila ade tanda-tanda nak bersalin boleh zass pecut gi hospital)


  • Keperluan Ibu

    • Buku Check Up Pink (WAJIBBBB)
    • GL from majikan
    • Tuala Mandi
    • Maternity Pad
    • Disposable panties
    • Toiletries (Berus gigi, Ubat gigi, Shampoo, Sabun, Pencuci muka)
    • Baju untuk balik rumah (Kalau boleh breastfeed friendly)
    • Selipar
    • Kain batik
    • Nursing Bra + Nursing Pad (disposable)
    • Stokin
    • Makanan
    • Sudu+Garfu+Tupperware
    • Selipar
    • Tudung
  • Keperluan Bayi

    • Baju lengan pendek – 3 pasang
    • Baju lengan panjang – 1 pasang
    • Newborn Diapers - 1 pack
    • Kain lampin - 3 helai
    • Tuala – 2 helai
    • Kain bedung/receiving blanket– 2 helai
    • Nappy Liner – 1 box
    • Mitten dan booties – 3 set
  • If posibble sediakan sekali beg untuk labour room, sebab once kita dah bersalin, nurse akan mintak ayah ambil barang baby, biasanya ayah akan kelam kabut pakai capai je sesuka hati. Experience sebelum ni la.. So sediakan 1 beg untuk keperluan dalam labour room.
    • Tuala - 1 helai
    • Kain bedung/receiving blanket– 1 helai
    • Baju lengan panjang – 1 pasang
    • Disposable Diapers - 2 keping
    • Mitten and booties – 1 set

Wednesday, 27 May 2015

Assalamualaikum sayang

Assalamualaikum sayang

My 2nd baby InsyaAllah

due date 21/12/2015

Moga dipermudahkan Ya Allah

Kali ni scan awal sikit sebab saya tak sure tarikh last mens. Yang confirm hanya mid march. Tarikh sebenar memang lupa. So lets scan.. Based on size maka machine meramalkan EDD by 21st Dec tu. By time scan age baby is 9w1d

My dear baby, scan at 9week+
ini pulak gambar kakak imaan dedolu.. Masa excitation tengah membuak-buak. This post.. I love both of you! Alhamdulillah. Thank you Allah



Friday, 17 April 2015

Kesayangan

Malam semalam tiba-tiba busuk masam saya jadi super manja. Sebenarnya hari-hari pun dia manja. Tapi malam tu dia tiba-tiba merengek-rengek masa nak tidur. Entah kenapa. Pujuk-pujuk tak jalan. Tiba-tiba saya teringat masa dia kecik dulu, dia akan tidur dengan tenang dan nyenyak atas dada saya. Oklah lets sleep on my chest sayang. Saya terus angkat letak kat dada. Surprise surprise..dia terus senyap dan lelap. And all of sudden I miss that moment so bad.. I love you Imaan Khadeeja



Friday, 20 February 2015

Rotavirus & Ceupacscare

3 hari my kenit admitted kat Hospital
Rotavirus detected dalam najis

Siannnn kat Imaan
Mula mula kenit ni demam
Lepas balik dari PD
Terlebih dos berenang
Lepas a few day demam dia sembuh
Then sambung dok kat Nursery
Lepas tu tiba tiba dia kene cirit birit pulak
Start Khamis pastu Jumaat saya bawak dia g klinik kerajaan
Doc suruh amik darah sebab takut denggi
Dah meraung sekali anak dara ni
Then dapat la ubat biasa kalau kita cirit birit
Air garam etc
Itu pun perang dengan dia nak suruh minum
Imaan dah mula takde selera nak makan & minum
Lepas minum susu dia sure berak
Saya sabar lagi
Keep feeding her
Apa dia nak ikutkan aje
Tapi memang getting worst
Sabtu kes ni sambung lagi
Minum n berak
Tapi kali ni dah start muntah
Memang tak leh biar
Malam malam buta dalam pukul 12 malam kitorang siap siap g kat hospital Pantai
Dalam hati berdebar jugak
Kalau Imaan admitted macam mana
Ceupacscare ni cover tak
Tabiat Imaan ni
Dia selalu sakit hujung minggu
Saya call hotline insure pun tak berjawab
Takpela tawakal
Kalau tak cover
Saya bayar
Bukan taknak bawak kat GH
Tapi saya tau prosedur dia
Dengan ramai orang kat sana
Sure lambat dia rawat anak saya
Imaan baru setahun 5 bulan
Apa la yang dia tahu tentang sabar
Kalau ada tak kene sure nangis
Lepas settle semua prosedur
Imaan confirm warded
Jam 3 pagi Ahad 1 Feb 2015




Masa register saya hulur je kad Ceupacscare tu
Orang front desk pun tak banyak tanya
Maybe dia dah familiar dengan kad tu
Tapi dia sound gak
Kata dia kalau insuran tak cover puan perlu bayar ye
Huhu "Baiklaaaaah"
Deposit RM350

Ahad siang tu saya call insuran
Tapi diorang kata hospital pantai tak hantar lagi report
Maybe sebab ahad

Imaan pulak still berak berak
Tapi doc dah start advice jangan bagi makan manis manis
Bubur & roti je buat masa ni
Susu pun jangan

Ahad malam Imaan confirmed Rotavirus
Another nightmare
Imaan isolated
Sure la lagi mahal ni
Bilik pun kene asing

Isnin pagi saya terus call insuran
Report belum dapat
Tapi saya tanya la sikit sikit tentang kes Imaan
Kata diorang InsyaAllah cover
Tawakal
Isnin petang staff bahagian insuran hospital Pantai datang jumpa saya
Ada questionaire sikit
Prosedur insuran katanya
Saya jawab seadanya

Selasa
Imaan makin ok
Memamg harap sangat boleh keluar
Dalam tengahari
Doc datang then kata dia Imaan dah boleh discharge
Alhamdulillah
Tapi insuran tak settle lagi

By petang semua selesai
Ceupacscare cover almost 95% bil yang 3k +++ tu
Saya kene bayar RM100+
Ok la tu
Untuk preminum yang tak berapa mahal
Kalau tak pening juga nak cari duit untuk bayar
Tapi tu la
Kalau ceupacscare ni
Kita kene urus sendiri
Takde agen yang akan tolong
Memang kene usaha sendiri
Tapi takla rumit mana
Saya first time haritu
Sebab tu agak berdebar
Staff bahagian insuran kat hospital memang bagi kerjasama sangat
Jadi mudah sikit kerja saya

Buat masa ni saya kene pantau food intake Imaan
Pastu tengok stool dia
Alhadulillah makin sembuh

Wednesday, 31 December 2014

Habit dia sekarang

Jangan risau.. Mak dia ade kat bawah..get ready menjaga. Harus la kene crop gamba I sebabnya pakaian tak appropriate.
Ngeri okayyyy.. kenit ni super duper active. Kuat memanjat, kuat merajuk. Kalau merajuk siap rebah-rebah badan. Oh Mai. Kesabaran mama kene betul-betul kental. Kalau tak boleh jadi pemarah disebabkan kenit ni..

Pandai cakap dah sesikit... Buahhh paling dia suka sebut.. dan paliing suka makan hehehe..

Tuesday, 4 November 2014

Akhirnya jumpa jugak

 Sebelum ni guna Carseat lama. Adik saya yang ke 2 bagi. Dari Imaan kecik sampai la minggu lepas dok guna car seat tu. Action picture Imaan guna car seat lama..



 Saya pernah try beli car seat from lazada.. Yang promo sweet cherry tu. Car seat tu memang cantik.. Warna pun saya suka.. Tapiiiii.. Bila dapat kat tangan rupanya car seat ni padding dia nipis.. Macam kesian kat Imaan kalo duduk. Kita best2 duduk kat seat keta yang comfort. seat dia lak xbest.. Terpaksa let go..
Pastuuuuuu.. Minggu lepas ade kursus kat Uniten.. Before that lagi dah bersepah orang share kat FB yang diorang pergi warehouse sale mydear kat Puchong. Masa warehouse sale ni memnag gilaaaaaa murah nak mati. Saya pernah pergi shopping kat sini masa Imaan dalam perut.. Hehehe.. Habis dalam Rm400 tapi barang yang dapat sangat macam macam.. Bouncer.. tub mandi.. playpen.. tilam getah yang best.. playgrm. walker 2 bijik.. basikal budak.. pastu ape tah lagi. lupa dah..

So this time punya warehouse misi saya adalah mencari carseat yang berpadding tebal n murah..

Bertolak dari Uniten dalam kol 1030. Jalan lancar sangat. Takde jem sume..

Dalam kol 11 sampai puchong. Masuk je kawasan warehouse.. kat bawah khemah nampak 2 car seat.. Cepat2 gi kat carseat tu.. rasa2.. 1 padding tebal tapi tak smart sangat. Satu lagi nipis n smart (Dark blue)

Fikir punya fikir last2 amik yang tebal la.. Tak smart sangat takpe janji selesa.. Harga warehouse rm150.. saya tawar dapat rm100.. haaa ngkooo terus turun 50 ringgit. harusla tak fikir panjang. amik je... So ini lah diaaaa


Ni lak action picture tuan puteri duduk dalam car seat baru.. Gambar during journey ke JB untuk konvo adik..

 

Thursday, 4 September 2014

Haapy 1st Birthday Bucuk Masyam

Imaan on her first birthday.. Dapat sebijik kereta dari Mom.. Wahh kalau every year besday dapat kereta untung Imaan :)

I love this picture.. Imaan n cousin.. ride sama-sama. Kalau tak 2 orang ni asyikkkk gaduh

Saturday, 16 August 2014

faham arahan??

Imaam datang kacau mama.. pastu mama cakap kt imaan

"Mana susu tadi sayang. Amik bagi mama.."

Imaan terus amik botol hulur kat mama..
Excitednya mama tengok imaan dah boleh faham arahan..
Pastu test lago
 Kot2 la yang tadi tu Kebetulan je..

"Imaan. . Amik bola bagi mama"

Imaan capai bola hulur kat mama..

ehh btol la dia faham.. sukanya mama... hehehe

love you cayang..

Biasanya imaan boleh buat satu2 benda kejap je. Pastu imaan lupa
. Contoh cam salam. Dulu boleh skrg dah lupa.. hehehe

Thursday, 24 April 2014

Baby Wearing Journey

Saya post ni kat FB Malaysian Babywearer

Kronologi cerita..
 
Gambar 1 Imaan first stroller.. Kejap je letak dalam tu.. Pastu Imaan nangis yang tak ingat2 sampai mak dia tension..


Lepas tu saya belajar kendong Indonesian Style (Gambar 2). Like magic Imaan tido tak ingat2 sampai 2 jam even berjalan dalam home deco yang super bising.. So this is it.. Saya start belajar how to gendong.


Gambar 3 saya beli ring n made a non sew ring sling sebab anak suka isap kain. So kain tu kene tukar selalu. Budget lak tak banyak sangat nak beli ring sling ready made banyak2.

Gambar 4 : Ayah in action wearing my little girl. Sekarang memang dia je volunteer kendong baby. Tapi kadang-kadang ade gak dia teragak2 bila dia kata ramai orang tenung dia.. Terus saya counter balik.. biar je orang pandang. Bukan luak pun hehehe..

Ayah in Patapum. Beli masa promo sebab nak test Imaan suka tak dok dalam SSC..
Sekarang ISO tugeda air since baby kuat peluh. Nak cari kendong yang tak panas.. Wrap? hehehe blom banyak budget.. 





Saturday, 31 August 2013

Mom To Be's CheckList

Pejam celik, pejam celik dah masuk 7 bulan dah saya preggy kan Iman. Macam kejap je masa berlalu. Sekarang jalan pun dah macam penguin. Jalan sikit tak larat. Jalan lebih sikit kaki bengkak. Bila nak buang air kecil je tak tahan. Tak leh tahan sampai sakit-sakit kat ehem ehem tu... Cabaran & dugaan sungguh..

Bila dah masuk 7 bulan ni, nervous gak. Yela kan, ade baby yang lahir tujuh bulan.. So persiapan memang dah kene buat dari sekarang.. So far saya just prepare Cloth Diaper & Cloth Pad untuk kegunaan & Set bersalin Salindah.. Lain-lain takde.. Mulai sekarang memang dah kene kumpul & stat buat checklist supaya tak terlupa...

New Born Check List

  1. Set Tilam Bayi
  2. Pampers untuk kegunaan kat hospital. Kat rumah Iman guna Cloth Diaper ye sayang
  3. Kelambu
  4. Baju baby
  5. Towel Baby
  6. Stokin n Sarung Tangan Baby
  7. Baby Wipes
  8. Minyak Kayu Putih / minyak telon
  9. Alas Getah baby salin² pampers
  10. Topi baby
  11. Cotton Buds
  12. Botol Susu
  13. Berus cuci botol
  14. Napkin untuk buat bedung & guna during early month
  15. Toiletries

For Mama
  1.  Kain batik
  2. Stokin
  3. Set Bersalin
  4. Bengkung
  5. Maternity Pad
  6. Nursing bra
  7. Thermos
First checklist.. Lepas ni kalau ada yang missing akan diupdate...


Pasni leh update yang lain sebab baru je terima list baru yang lebih detail

Thursday, 20 June 2013

Teknik Bernafas Waktu Kelahiran

 I need to remember this...

"" Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)

Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)

Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)


Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.

INFO TAMBAHAN

Pernafasan Lamaze


Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran


Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh.

Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.""

Thursday, 13 June 2013

B.S.P again.. KK Kuala Sungai Baru

12 June 2013

Hari check Up & BSP Again kat KK Kuala Sungai Baru.. Tempat baru. Sebelum ni kat KK Sibuga & HDOK Sandakan..

Dua tempat berbeza, 2 sistem berbeza.. Layanan nurse dua-dua tempat ok.

Reading BSP

Pre Breakfast : 4.8
2 Hours After : 4.3
Pre Lunch      : 5.4
Pre Dinner     : 4.9

Kat KK Kuala Sungai Baru, kene buat BSP kali. BSP ke - 4, pukul 8 malam, checking kat rumah JM bertugas. Berkumpul la kami kat rumah nurse tu untuk buat checking.. :)

Masa rutin checkup (Petang), nurse tak jumpa heart beat Iman.. Terpaksa mintak khidmat doctor bertugas.. Tengah-tengah doctor check, Iman boleh tumbuk or tendang alat doctor tu.. Terkejut doctor.. Siap dia cakap, amboi, lasak bukan main, tapi heart beat tak jumpa.. Nak tak nak terpaksa doctor pasang ultrasoud scanner dia. Cari mana kedudukan jantung Iman, then baru monitor heartbeat semula. Masa scan tu nampak Iman gerak-gerak aktif sangat.. 

 Harap-harap Iman membesar sihat dan sempurna fiikal & mental. Jadi anak yang baik & beriman ye sayang.. Kita doa sama-sama untuk jadi ahli syurga... Aminnnn

Sunday, 31 March 2013

Long Weekend - Cloth Diaper???

Minggu ni agak panjang. Jumaat adalah public holiday untuk sambutan "Good Friday". Ok saya belum google lagi tentang perayaan ni. Saya takda idea tentang apa itu Good Friday..

3 hari yang agak bosan sebab takde idea nak buat ape. Selalu macam ni kalau saya ada kat Sandakan. Kalau kat kampung memang confirm tak cukup cuti yang ada.

Niat asal nak buat kek batik atau puding karemel. Tapiiiiiiiii halangannya adalah bila makanan dah siap, siapa nak makan... Kawan-kawan semua balik kampung, husband tersangat lahhhhh jauh.. Isnin saya ada checkup  kat hospital untuk check glucose level.. So... Say no to manisan for the time being.. 

Back to topic.. 3 hari cuti, saya habiskan masa mencari artikel tentang cloth diaper.. Pro & Cons..

First issue yang buat saya interested adalah pejimatan.. Second is environment friendly.. Hehehe okay saya admit saya agak cheapskate kat situ. Tapi what to do, this year has been quit tight for both of us. Getting married, new home, new car, and now our precious Iman.. But Iman, don't worry.. Mama takkan beli something yang akan buat Iman tak selesa. We choose the best for you..

During pregnancy, saya terbaca tentang cloth pad & saya dah pun beli 2 sets of cloth pad + cloth liner. Of course saya belum pernah try cloth pad lagi, tapi cloth liner... Saya dah try. Not bad at all and boleh cuci & pakai semula.. Cloth pad saya beli dari Snowdrop & Cloth Liner saya beli dari MamaPatch..

Flannel Panty Liner-


Cantik kan.. :)

So.... Since then saya dah start mencari-cari info tentang cloth diaper. Lagipun banyak dah yang dok iklan tentang cloth diaper kat facebook. So tak de masalah dalam mencari information. Even ada group untuk beginner macam saya untuk tentukan jenis cloth diaper dan apa yang perlu saya sediakan untuk bakan newborn saya.. So for now saya dalam usaha mengumpul maklumat.. Semua maklumat tu akan saya satukan sebagai panduan nanti.. Harap-harap usaha saya ni berjaya.. :)



** all picture adalah dari original website & google...

Monday, 11 February 2013

Dah mula terasa.....


Sejak awal mengandung haritu saya tak badan saya jarang menunjukkan sindrom "morning sickness". maybe ada tapi bukan yang agak serius like others macam muntah, takleh makan nasi, bila makan anything keluar balik. My body had been good to me since the moment I know I'm pregnant. Tapi recently tanda-tanda morning sickness tu dah muncul walaupun blom terlampau obvious. First time muntah adalah selepas saya makan buah tembikai & sekejap tadi saya muntah buat kali ke dua lepas makan kek kat secret receipe. Ohhh frust nyaaa..


Simptom lain yang melanda saya sepanjang 11 minggu (based on ticker pada saat saya menaip) adalah rasa lemah dan pening pada waktu tengahari sampai ke malam. Kadang-kadang pening tu datang.. Kadang-kadang takde..

My dear baby.. Please be strong and be good ya.. Kita kena kuat kat sini.. Kita berdua je..

Oh ye... Saya dah ada nama untuk baby.. Macam tak seronok nak communicate dengan dia panggil "baby" je.. So I decide a name yang suit for baby boy & baby girl dan panggil baby dengan nama tu.. Harap akan proceed dengan nama tu bila dia lahir nanti hehehe..


Baby's current status : I'm 2 inches CRL and weight 1/2 an ounce; I can swallow & my tiny tooth buds are forming! I'm 11 weeks old, only 203 days to go!

Thursday, 7 February 2013

My Dear Baby


Hari ni ke Klinik Sarihani. Since dapat tau saya mengandung, saya tak pernah scan. Teringin sangat nak tengok. Ticker pun dah show kandungan saya 10w3d. So mesti dah nampak something inside my belly + fat tu kan.. Ehee..

Dalam pukul 1200 saya gi klinik ngan officemate. Sengaja ajak dia sebab nak suruh dia video kan the moment saya scan perut tu. Ye la kan, gambar memang kita leh dapat, tapi pergerakan baby dan heartbeat dia takkan nampak dalam gambar..

Urusan sangat mudah. Sampai klinik dalam pukul 1220 sampai klinik. Register dan tunggu. Ramai gak orang tapi tak terasa sangat menunggu. Bila sampai turn terus masuk.Explain a little bit my situation  & inform doctor yang saya nak scan.
 
My Dear Baby
Gambar baby saya..... Saya tak leh gambar perasaan saya masa tengok kat skrin. Doc tunjuk heartbeat baby.. Ya Allah... Bahagianya saya.. 

EDD : 3 tarikh berbeza..

1. 2/9/2013
2. 31/8/2013
3. 7/9/2013

Tuesday, 8 January 2013

Anugerah

Anugerah yang tidak terhingga dariNya.. Alhamdulillah..

Pertama kali saya buat pregnancy test pada 31.12.2012. Masa ni period almost 1 week delay. Perasaan nak makan daging amat kerap. Saya sanggup pergi kedai sana sini untuk rasa steak yang sedap. Tapi sangat hampa bila takde pun kedai kat sini yang ada steak yang sedap. 

Pic 1 : Test sendiri di rumah.. Ada 2 line, tapi line pertama agak suram warnanya 31.12.201
Pregnancy test kit ni saya beli kat farmasi & then bawak balik rumah untuk test. Kalau tengok dari gambar memang tak nampak jelas line merah pada test line. Yang nampak clear tu Control line.

Pic 2 : Test di Klinik Mahen. Line sangat obvious.
Ini test kit yang kedua. Test pada 03.01.2013. Masa ni saya pergi klinik gara-gara batuk yang agak teruk malam sebelumnya sampai saya nak boleh nak tidur. Dari malam sampai pagi saya dok terbatuk-batuk. Akhirnya ambil keputusan untuk tak pergi pejabat sebab pagi tu saya sakit kepala akibat tak tidur malam. 

Doctor check blood prssure - OK. Then dia tanya demam ke tak, saya jawab - TAK. Finally dia tanya soalan pasal period. Then bermula la episode test mengetest ni.. Doc suruh saya buat urine test, then saya tunggu kat luar. Selang 5 minit Doc panggil semula and he said 

"there is no doubt.. u memang pregnant"

Wahhh gitu ayatnya.. Serius saya blurr. Happy tu memang la. Tapi kan.. Ade rasa tekilan sebab semuanya saya kena harungi sorang-sorang. Without husband.. Emm