Showing posts with label Imaan Khadeeja. Show all posts
Showing posts with label Imaan Khadeeja. Show all posts

Wednesday, 29 June 2016

6 month : Eiman Muhammad

          Sekarang dah bulan June, maknanya Muhammad dah berumur 6 bulan. Sekejapan, and Alhamdulillah he is still on breastmilk walaupun susu maknya cukup cukup makan. Lagi lagi bulan puasa, kemain lagi stok susu beku ditarik keluar tanpa ganti. Takpe Muhammad, keep on drinking, mama pump dan pump setiap masa.

     .     


Masih meiarap dan combatt, dah angkat punggung tapi takut takut nak move forward, tapi bab memanjat laju la pulak. Kalau ade tempat berpaut laju je dia bangun. Muhammad, please jangan skip the step. Kang terlajak laju macam kakak Imaan mama tak larattttttt

gula gula hati.. kiki kesayangan mama
Rambut Muhammad menten gitu. Jarang jarang since day berapa tah. Lupa la dikkk.. amik gambar pun tak sebab masa tu Muhammad dah kene attack Eczema. Penuh semuka badan tangan. Tak dan dan nak amik gambar. Dok fikir nak Muhammad baik jeee..

Thursday, 30 April 2015

Terima Kasih





Si kenit ni dalam fasa mengucapkan terima kasih atas semua kebaikan yang datang pada dia.

Pakaikan dia baju.. dia akan say "tacihhh"

Buatkan susu, dia akan say "tacihhh"

Cium dia, dia akan say "tacihhh"

Pendek kata semua lahhhh... apa saja kebaikan walaupun sekecil-kecilnya

OMG I'm melting. Dont grow up so fast sayang


Friday, 17 April 2015

Kesayangan

Malam semalam tiba-tiba busuk masam saya jadi super manja. Sebenarnya hari-hari pun dia manja. Tapi malam tu dia tiba-tiba merengek-rengek masa nak tidur. Entah kenapa. Pujuk-pujuk tak jalan. Tiba-tiba saya teringat masa dia kecik dulu, dia akan tidur dengan tenang dan nyenyak atas dada saya. Oklah lets sleep on my chest sayang. Saya terus angkat letak kat dada. Surprise surprise..dia terus senyap dan lelap. And all of sudden I miss that moment so bad.. I love you Imaan Khadeeja



Friday, 20 February 2015

Rotavirus & Ceupacscare

3 hari my kenit admitted kat Hospital
Rotavirus detected dalam najis

Siannnn kat Imaan
Mula mula kenit ni demam
Lepas balik dari PD
Terlebih dos berenang
Lepas a few day demam dia sembuh
Then sambung dok kat Nursery
Lepas tu tiba tiba dia kene cirit birit pulak
Start Khamis pastu Jumaat saya bawak dia g klinik kerajaan
Doc suruh amik darah sebab takut denggi
Dah meraung sekali anak dara ni
Then dapat la ubat biasa kalau kita cirit birit
Air garam etc
Itu pun perang dengan dia nak suruh minum
Imaan dah mula takde selera nak makan & minum
Lepas minum susu dia sure berak
Saya sabar lagi
Keep feeding her
Apa dia nak ikutkan aje
Tapi memang getting worst
Sabtu kes ni sambung lagi
Minum n berak
Tapi kali ni dah start muntah
Memang tak leh biar
Malam malam buta dalam pukul 12 malam kitorang siap siap g kat hospital Pantai
Dalam hati berdebar jugak
Kalau Imaan admitted macam mana
Ceupacscare ni cover tak
Tabiat Imaan ni
Dia selalu sakit hujung minggu
Saya call hotline insure pun tak berjawab
Takpela tawakal
Kalau tak cover
Saya bayar
Bukan taknak bawak kat GH
Tapi saya tau prosedur dia
Dengan ramai orang kat sana
Sure lambat dia rawat anak saya
Imaan baru setahun 5 bulan
Apa la yang dia tahu tentang sabar
Kalau ada tak kene sure nangis
Lepas settle semua prosedur
Imaan confirm warded
Jam 3 pagi Ahad 1 Feb 2015




Masa register saya hulur je kad Ceupacscare tu
Orang front desk pun tak banyak tanya
Maybe dia dah familiar dengan kad tu
Tapi dia sound gak
Kata dia kalau insuran tak cover puan perlu bayar ye
Huhu "Baiklaaaaah"
Deposit RM350

Ahad siang tu saya call insuran
Tapi diorang kata hospital pantai tak hantar lagi report
Maybe sebab ahad

Imaan pulak still berak berak
Tapi doc dah start advice jangan bagi makan manis manis
Bubur & roti je buat masa ni
Susu pun jangan

Ahad malam Imaan confirmed Rotavirus
Another nightmare
Imaan isolated
Sure la lagi mahal ni
Bilik pun kene asing

Isnin pagi saya terus call insuran
Report belum dapat
Tapi saya tanya la sikit sikit tentang kes Imaan
Kata diorang InsyaAllah cover
Tawakal
Isnin petang staff bahagian insuran hospital Pantai datang jumpa saya
Ada questionaire sikit
Prosedur insuran katanya
Saya jawab seadanya

Selasa
Imaan makin ok
Memamg harap sangat boleh keluar
Dalam tengahari
Doc datang then kata dia Imaan dah boleh discharge
Alhamdulillah
Tapi insuran tak settle lagi

By petang semua selesai
Ceupacscare cover almost 95% bil yang 3k +++ tu
Saya kene bayar RM100+
Ok la tu
Untuk preminum yang tak berapa mahal
Kalau tak pening juga nak cari duit untuk bayar
Tapi tu la
Kalau ceupacscare ni
Kita kene urus sendiri
Takde agen yang akan tolong
Memang kene usaha sendiri
Tapi takla rumit mana
Saya first time haritu
Sebab tu agak berdebar
Staff bahagian insuran kat hospital memang bagi kerjasama sangat
Jadi mudah sikit kerja saya

Buat masa ni saya kene pantau food intake Imaan
Pastu tengok stool dia
Alhadulillah makin sembuh

Wednesday, 7 January 2015

Imaan kat Nursery

My Darling Girl
Masuk tahun baru.. Adik Ipar message bagitau dia nak belajar menjahit. Tak dapat jaga Imaan.. OMG

Sian Imaan.. Acane ni..

Risau la pulak.. Imaan tu dah la.. Lasak Ya Rabbi..

Fikir punya fikir.. At last decide untuk hantar Imaan kat Nursery depan rumah..

Sedih oo masa pagi-pagi hantar tu...

menangis-nagis dia.. Huwaaa mama nak nanges.. Risau nya laa..

Terus fikir nak berenti keje jaga anak..


Wednesday, 31 December 2014

Habit dia sekarang

Jangan risau.. Mak dia ade kat bawah..get ready menjaga. Harus la kene crop gamba I sebabnya pakaian tak appropriate.
Ngeri okayyyy.. kenit ni super duper active. Kuat memanjat, kuat merajuk. Kalau merajuk siap rebah-rebah badan. Oh Mai. Kesabaran mama kene betul-betul kental. Kalau tak boleh jadi pemarah disebabkan kenit ni..

Pandai cakap dah sesikit... Buahhh paling dia suka sebut.. dan paliing suka makan hehehe..

Friday, 26 December 2014

Tumbuh gigi lagi

Sebelum ni pernah post, gigi Imaan ade 6 batang dan stop tumbuh. Lama jugak la keadaan camni. Maybe around 3 bulan? Sekarang gigi Imaan nak keluar lagi. Poor Imaan, sekali keluar banyak terus, yang mama nampak macam 6 batang gigi tengah tumbuh. 2 gigi bawah, sebelah menyebelah dengan gigi kenit sedia ada, then 4 geraham. kiri kanan atas bawah. Sakit ke sayang? now makan buah pun nak yang lembut je.. Nak suap makan bukan main susah. Minum susu aje. Harap-harap lepas ni dah ade gigi banyak mudah anak mama nak makan. Selera pun ade.

Gambar Imaan tak nak tdo.Snap at 4.43 am

Friday, 19 December 2014

Habit Baru

Imaan kan sekarang.. Bila ajak selfie, ini la hasilnya. Camtu la tu senyuman dia.. Tak reti nak describe. Dia buat ala2 geram tapi bila dah capture gambar dia ketawa. Trademark kot. Banyak gambar Imaan senyum ala2 gini hilang. Memory card rosak. I is sedihhh :(

Monday, 13 October 2014

Karenah anak

 Tulis karenah anak macamkan ade ramai anak je kan.. hehehe baru sorang ni je pun tapiiiii ya Ampunnn.. Melasakkkkk

Umur setahun dia blom jalan laju lagi.. baru mencoba-coba.. pastu weekend sepupu dia Medina balik kampung. Medina dah menapak laju.. kira dah pandai jalan la.. Dia perati je perangai Medina. Camne medina berjalan. Tup-tup esok tu dia dah berjalan... Ehhh biar betul anak saya ni.. Dia memang terus berjalan tanpa pandai berdiri sendiri. Gigih la berpaut nak berdiri lepas tu terus jalan.. 

Sejarah perkembangan Imaan dari awal-awal dulu memang suka skip-skip stage.. 

1. Dari awal masa baby, position dari baring ke meniarap.. Ok pass

2. Meniarap ke menyusur.. ok pass jugak.. pastu pandai menyusur laju...

3. Lepas menyusur tup tup saya nampak dia paut kepala katil terus berdiri... Wahhhh apakahhhh??? Imaan oiii apesal tak merangkak? Apesal tak duduk?? Kenapa terus memaut untuk berdiri??

4. Dah beria pandai berpaut, dia menyusur sambil-sambil belajar merangkak..

5. Lepas tu?? serius dah tak ingat.. tapi memang asyik melompat-lompat level.. 


Gigi ade 6 batang, sebelum raya Aidil Fitri lepas, gigi Imaan ade 1 batang kecik je.. Pastu gigi lagi sebelah nampak macam nak keluar.. tapi tak keluar-keluar.. Dalam 2 bulan tak silap gigi tu dok camtuuuu je.. Pastu masa raya, dak kecit ni terkejut agaknya tetiba ramai orang datang rumah. Dia dok melekatttt je. Taknak kat orang lain. Orang lain amik melalak. Letih nak melayan.. Satu hari tu saya baringkan dia..pastu geletek-geletek dia ketawa-ketawa sekaliiiiiiiiii nampak benda putih kat gusi atas.. Ropanyaaa gigi dia dah tumbuh 4 batang kat atas nun.. Masa bila tumbuh??? tatau.. Full of seprais la dia ni..

Now dah macam orang besar. Kalau suruh-suruh amik barang dah faham sikit-sikit. Pandai turun katil tapi kadang ade terbabas gak.. Pandai cari mama n ayah kalau tak nampak depan mata. pandai dah mengusik orang.. membodek pun pandai.. (anak sendiri.. sume pandai kan hehehe)

1 sikap dia yang saya perasan, kalau dia dah mengantuk... dia akan lawan sehabis-habisnya mengantuk dia tu dengan jadi budak yang sesangat aktif. sana sini nak memanjat, berlari lari, sepah sume barang yang ade. Pastu bila mama amarah dia nangis. Jerit kuat-kuat.. time-time gini, kasi susu kejap je settle. terus lelap..

Dah pandai ajak orang berjalan. kejap-kejap angkat kasut suruh pakaikan kat kaki dia.
Amboihhh tak sabar nak berjalan

Thursday, 4 September 2014

Haapy 1st Birthday Bucuk Masyam

Imaan on her first birthday.. Dapat sebijik kereta dari Mom.. Wahh kalau every year besday dapat kereta untung Imaan :)

I love this picture.. Imaan n cousin.. ride sama-sama. Kalau tak 2 orang ni asyikkkk gaduh

Tuesday, 26 August 2014

Tupper cabinet, Cube Cabinet murah


Sekarang kan trend orang beli tupper cabinet camgini. Kadang2 nampak cam cantik... kadang2 nampak biasa2 je.. hehehe

Harga mostly saya tengok untuk 9 cube ni dalam RM130+.. Paling murah saya jumpa kat atasrak collection. RM139.00 pre order. So order harini kene tunggu dalam 2 minggu la untuk tau status item kita order ade ke tak sebelum pengeposan di lakukan... Fair enough sebab kita nak beli harga murah. Kene share order dengan orang lain...

Haritu.. saje cuci mata kat Lazada.. Sambil2 shopping takde tujuan tu sekali ehh nampak tupper cabinet ni.. Offer.. Murah bangattt.. RM79.90. Biarrr betikk.. 

Hati dah bagai digaru-garu.. Nak ke tak.. Hahaha.. Mane tau yang rejek ke dia jual...

Memula add to cart dulu... pastu fikir lagiiii.. Nak ke tak.. hahaha sengal sangat

Last2 pejam mata.. terus proceed checkout..

Selamat terbang RM79.90..

Ini adalah hasilnya.. Alhamdulillah berbaloi2 shopping kat Lazada.. Dapat tupper cabinet murah2.. menyesal tak beli banyak. Kalo tak boleh jual.. Sekarang memang tak dapat dah harga gini.. Yang 3 cube pun dah RM70.00 depa jual.. Now tengah aim nak beli car seat for Imaan..

Sebelum pasang pintu.. tempat hang baju tak dapat.. tu sebab murah kot??

Selepas pasang pintu comel. Dalam ni memang baju cik ImaanJa saya la..


Saturday, 16 August 2014

faham arahan??

Imaam datang kacau mama.. pastu mama cakap kt imaan

"Mana susu tadi sayang. Amik bagi mama.."

Imaan terus amik botol hulur kat mama..
Excitednya mama tengok imaan dah boleh faham arahan..
Pastu test lago
 Kot2 la yang tadi tu Kebetulan je..

"Imaan. . Amik bola bagi mama"

Imaan capai bola hulur kat mama..

ehh btol la dia faham.. sukanya mama... hehehe

love you cayang..

Biasanya imaan boleh buat satu2 benda kejap je. Pastu imaan lupa
. Contoh cam salam. Dulu boleh skrg dah lupa.. hehehe

Thursday, 24 April 2014

Baby Wearing Journey

Saya post ni kat FB Malaysian Babywearer

Kronologi cerita..
 
Gambar 1 Imaan first stroller.. Kejap je letak dalam tu.. Pastu Imaan nangis yang tak ingat2 sampai mak dia tension..


Lepas tu saya belajar kendong Indonesian Style (Gambar 2). Like magic Imaan tido tak ingat2 sampai 2 jam even berjalan dalam home deco yang super bising.. So this is it.. Saya start belajar how to gendong.


Gambar 3 saya beli ring n made a non sew ring sling sebab anak suka isap kain. So kain tu kene tukar selalu. Budget lak tak banyak sangat nak beli ring sling ready made banyak2.

Gambar 4 : Ayah in action wearing my little girl. Sekarang memang dia je volunteer kendong baby. Tapi kadang-kadang ade gak dia teragak2 bila dia kata ramai orang tenung dia.. Terus saya counter balik.. biar je orang pandang. Bukan luak pun hehehe..

Ayah in Patapum. Beli masa promo sebab nak test Imaan suka tak dok dalam SSC..
Sekarang ISO tugeda air since baby kuat peluh. Nak cari kendong yang tak panas.. Wrap? hehehe blom banyak budget.. 





Friday, 13 December 2013

My Little Imaan

Imaan dah makin pandai.. I'm blessed :')

Seawal sebulan badan Imaan dah tegap. Memang keras tulang temulang Imaan.

Pastu seawal 2 bulan lebih (Almost 3 mo) Imaan dah meniarap. Subhanallah. Impressive!! Maybe sebab badan Imaan terlampau ringan kalau nak dibandingkan dengan baby lain seusia Imaan.

Imaan sekarang dah respond apa yang saya & ayah Imaan cakap pada Imaan. Kalau agah-agah bukan main lagi ketawa. 

Hub-b pun dah sokong sikit-sikit usaha saya nak breast feed. Kalau dulu dia terpengaruh kata-kata family dia suruh bagi Imaan makan nestum. Seawal 1 month dah disuruh makan nestum. Saya terpaksa refuse. Tak nak risiko kan anak sendiri yang saya susah payah lahirkan. Tapi sekarang bila Hub-b tengok anak dia cerdik, nampak sangat dia happy. Baguslah..

Sekarang saya terpaksa catch up untuk produce banyak susu untuk Imaan. Imaan ni, agak kuat menyusu. Kalau lambat bagi minum menjerit bukan main kuat. Lepas minum 3oz.. Setengah jam jerit nak lagi.. Eh tak kenyang ke sayang??
Tapi... Tapi... Tapi kenapa berat Imaan tak naik banyak sayang...? Naik kan la badan.. Risau mama... Sampai dah merah dah kat buku rutin check up tu..

My precious Imaan Khadeeja

Haiyaaakkkk

Iyaaarrkkk kalau berani mari la rapat...

Kenape pandang saye....?

Kusyuk tengok bola







Sunday, 10 November 2013

Wearing Imaan

Lepas sembuh dari jaundice imaan susah sangat nak tido. Bila time susu je imaan lelap atas pangku. Bila letak kat katil imaan bangun balik. Seriously memang sangatttt la penat. 1 benda pun tak dapat buat. Saya dok fikir ape nak buat ngan imaam supaya imaan boleh tido nyenyak.

Bila baby asyik melekat je terpaksa la mencari alternatif. Nak biar je dia confirm ek ek. Nak pegang je lenguh tangan. Akhirnya jumpa method ni...



Kendong!!!!

Nenyak ok imaan tido. Masuk expo home deco tidoooo je even sangat bising dalam tu...