Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Kursus Sambil Coti - Kuantan

Cerita Oktober aritu. Dah lama pergi. Tapi pemalas nak transfer gambar. Sekarang mood baru mari.. Meh simpan kenangan kat sini...

Saya dapat peluang gi kursus, kat Kuantan. Seminggu!

Asalnya kursus di di offer pada orang lain, tapi sebab dia takleh pegi, dia mintak saya ganti. Memula berat hati nak terima. Alasannyaa Imaan la. Lama dah tak tinggal dia. Last pun Feb tahun lepas..

Tetiba kebetulan husband pun dah habis contract kerja, ajak dia pergi sekali.. Dia setuju.. So letsss Kuantan kita!


Ready set go...
Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Bertenang-tenang drive.. Laluan dari Seri Pengkalan ke Muadzam terus Kuantan
Dah sampai Muadzam
Petronas Muadzam. Yang ramai orang singgah tuuuu
Dalam pukul 230 baru check in Mega View Hotel. Organizer sediakan hotel. Terima saja dengan hati terbuka. Hotel ok. Biasa-biasa saja. Imaan macam biasa. Dah mula melasak. Semua barang dia usik n lambakkan. 




Sepanjang kat Kuantan tak berjalan sangat. Jadual padat. Sempat curi masa bawa Imaan gi mini zoo je. Seronok la dia. Dapat tengok binatang-binatang depan mata.












Bila google tempat makan sedap, ramai kata Ana ikan Bakar petai sedap.. Ok.. lets explore.. Banyak rupanya kedai dia..Kami makan kat branch tepi laut. Order sekor ikan, sotong goreng tepung n nasi putih. Makan sampai sengkak perut. Yela makan 2 orang je. Memang tak terlarat nak telan. Tapi sebab dah order, slow-slow sumbat dalam mulut..



Gambar sebelum tak sempat snap.. Lapooooo
Rasa ikan not bad. Lagi-lagi masa kami datang tak ramai orang, memang meriah petai dalam sambal ikan bakar tu.. Seminggu bau petai tak hilang hehehehe

Friday, 17 April 2015

RPP Port Dickson


Kisah ni dah kemain lama. Januari kot kitorang bercoti sini. Impian hati nak amik gambar banyak-banyak masuk blog. Simpan buat kenangan... Tapiiii semua tu impian jela.. Ade Imaan ape pun tak boleh. Asyik kene kejar dia jeeee... Ini je gambar yang sempat di snap. Bilik atas ni bilik utk katil single. Kami booking apartment 3 bilik. Amat selesa dan puas hati. Yela bayar banyak mana je pun. Ade jugak kurang sana sini tapi masih boleh diterima..


Yang ni toilet kat hall. Ada daki jugak. Harap-harap pihak pengurusan leh baiki kelemahan ni..


Meja makan 6 seater untuk seisi keluarga..


Ni gambar Imaan sebok nak berenang kat kolam. Anak rusa nani tu kejap je dia nak. Pastu dia pusingkan badan dia nak masuk terus dalam kolam, Tak suka pakai pelampung. Tah mana la dia dapat keberanian. Dah la ayah dia bawak dia kat adult pool. 

Overall RPP ni okay. Tak lah teruk sangat. Setakat hari ni saya dah stay kat 3 RPP dalam Malaysia. Semuanya ok. Langkawi, Cameron & Port Dickson. 

Monday, 22 December 2014

RRP PD - Booking successfull

bila coti sekolah dah habis. turn kamiorang lak bercoti. RRP PD je kali ni. Sekarang pulun bercoti kat RRP. Jimat kos janji selesa. InsyaAllah moga dipermudahkan. Book rumah beso-beso. harap-harap semua ahli keluarga dapat datang pada hari kejadian.