Showing posts with label MyTravelJournal. Show all posts
Showing posts with label MyTravelJournal. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Kursus Sambil Coti - Kuantan

Cerita Oktober aritu. Dah lama pergi. Tapi pemalas nak transfer gambar. Sekarang mood baru mari.. Meh simpan kenangan kat sini...

Saya dapat peluang gi kursus, kat Kuantan. Seminggu!

Asalnya kursus di di offer pada orang lain, tapi sebab dia takleh pegi, dia mintak saya ganti. Memula berat hati nak terima. Alasannyaa Imaan la. Lama dah tak tinggal dia. Last pun Feb tahun lepas..

Tetiba kebetulan husband pun dah habis contract kerja, ajak dia pergi sekali.. Dia setuju.. So letsss Kuantan kita!


Ready set go...
Bertolak dari rumah dalam pukul 10 pagi. Bertenang-tenang drive.. Laluan dari Seri Pengkalan ke Muadzam terus Kuantan
Dah sampai Muadzam
Petronas Muadzam. Yang ramai orang singgah tuuuu
Dalam pukul 230 baru check in Mega View Hotel. Organizer sediakan hotel. Terima saja dengan hati terbuka. Hotel ok. Biasa-biasa saja. Imaan macam biasa. Dah mula melasak. Semua barang dia usik n lambakkan. 




Sepanjang kat Kuantan tak berjalan sangat. Jadual padat. Sempat curi masa bawa Imaan gi mini zoo je. Seronok la dia. Dapat tengok binatang-binatang depan mata.












Bila google tempat makan sedap, ramai kata Ana ikan Bakar petai sedap.. Ok.. lets explore.. Banyak rupanya kedai dia..Kami makan kat branch tepi laut. Order sekor ikan, sotong goreng tepung n nasi putih. Makan sampai sengkak perut. Yela makan 2 orang je. Memang tak terlarat nak telan. Tapi sebab dah order, slow-slow sumbat dalam mulut..



Gambar sebelum tak sempat snap.. Lapooooo
Rasa ikan not bad. Lagi-lagi masa kami datang tak ramai orang, memang meriah petai dalam sambal ikan bakar tu.. Seminggu bau petai tak hilang hehehehe

Friday, 17 April 2015

RPP Port Dickson


Kisah ni dah kemain lama. Januari kot kitorang bercoti sini. Impian hati nak amik gambar banyak-banyak masuk blog. Simpan buat kenangan... Tapiiii semua tu impian jela.. Ade Imaan ape pun tak boleh. Asyik kene kejar dia jeeee... Ini je gambar yang sempat di snap. Bilik atas ni bilik utk katil single. Kami booking apartment 3 bilik. Amat selesa dan puas hati. Yela bayar banyak mana je pun. Ade jugak kurang sana sini tapi masih boleh diterima..


Yang ni toilet kat hall. Ada daki jugak. Harap-harap pihak pengurusan leh baiki kelemahan ni..


Meja makan 6 seater untuk seisi keluarga..


Ni gambar Imaan sebok nak berenang kat kolam. Anak rusa nani tu kejap je dia nak. Pastu dia pusingkan badan dia nak masuk terus dalam kolam, Tak suka pakai pelampung. Tah mana la dia dapat keberanian. Dah la ayah dia bawak dia kat adult pool. 

Overall RPP ni okay. Tak lah teruk sangat. Setakat hari ni saya dah stay kat 3 RPP dalam Malaysia. Semuanya ok. Langkawi, Cameron & Port Dickson. 

Monday, 22 December 2014

RRP PD - Booking successfull

bila coti sekolah dah habis. turn kamiorang lak bercoti. RRP PD je kali ni. Sekarang pulun bercoti kat RRP. Jimat kos janji selesa. InsyaAllah moga dipermudahkan. Book rumah beso-beso. harap-harap semua ahli keluarga dapat datang pada hari kejadian.

Sunday, 3 March 2013

Meritz Miri

First time review pasal hotel.Dah lebih 2 minggu saya ke Miri. Now baru terRajin nak menaip. I'm so bad with word.. Tapi gigih gak nak menaip.. Saya stay kat sini 2 hari aje. Ade kerja menanti. Stay kat Meritz Hotel. Ni kali ke dua saya stay kat sini. First time adalah pada tahun lepas, masa memula hotel ni bukak. Hotel yang agak menarik. Bersih & masih dalam budget saya :)

Tak banyak gambar yang saya snap. Tatau kenapa pemalas sangat nak ambik gambar. Pembawaan baby agaknya hehehehe..

This time saya stay kat level 12. Request for non smoking floor. Sejak ada Iman, saya agak sensitif dengan asap rokok.. Jom tengok gambar hotel..

Deco depan pintu lif
Pun deco depan lif
Leisure area at level 12. Ada LAN cable & WiFi
Deco sepanjang jalana nak ke bilik.
Now, gambar dalam bilik..
Mini fridge, wardrobe, mini bar

Keperluan wajib dalam bilik hotel. Safety box, Iron (love it bila depa dah sedia siap-siap iron. Tak yah nak tepon housekeeping..) Water supply...
Ada sofa jugak tapi saya tak duduk langsung

I'm lucky enough this time sebab dapat corner room. Jadi bilik tu besar & luas. Tapi bila stay sorang-sorang tak best gak.. I wish my hub-b boleh teman sama.. :(




Bila nak stay kat mana-mana, toilet adalah kriteria utama yang saya check.. Geli sangat kalo toilet berdaki.. Toilet di Meritz sangat bersih.. :)



Wednesday, 13 February 2013

Business Travel


Will be here for 2 nights..


My Iman will accompany my trip all the time.. Hope everything will end well..

Tuesday, 15 January 2013

Air Asia & Tiket Murahnya..........

Hari ni tanpa perlu bersusah payah berjaga malam... Tanpa masuk kat waiting room AA.. Tanpa ade Buzz Buzz tu.. Saya dapat membuking tiket ini....

2 orang ke Jakarta tahun depan.. Setahun dari sekarang RM184.00, @ RM92.00 Each.. 

Lama lagi, kasi laluan untuk baby lahir dulu and settle pantang (InsyaAllah...). Lepas tu baru boleh ke sana. Harap-harap dipermudahkan...



Wednesday, 14 November 2012

Part 2 : HK, The itinerary (plan vs actual)

Dari pembacaan, saya boleh concluded yang Hong Kong terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Lantau Island, Hong Kong Island dan Kowloon area. Bila dah ada pembahagian area ni, sangat la memudahkan kami merancang mana area mana yang nak di serang dan kawasan-kawasan yang sukutu dengannya..

Before gi HK haruslah ade itinerary. Planning awal-awal adalah penting bagi memastikan perjalanan masa kat sana teratur dan terancang. Takde la nanti bangun pagi baru nak fikir..

“Harini kita nak gi ane ekk??”

Sangat membuang masa ok!

So here’s the plan vs actual perjalanan kami masa kat sana..Note that yang Plan tulisan hitam & actual itinerary tulisannya biru..

Day 1    : 6 November 2012     : Selasa

0440        : Bertolak dari lodging KK to Terminal 2 - bertolak jam 5 pagi dari Casuarina Hotel. Hotel provide free shuttle from hotel to Terminal 2 HK
0640        : Depart from Terminal 2 to HKIA - as planned
0935        : Arriving at HKIA - as planned
1100        : Dari HKIA amik bas A21 kat Hung Hom Station ke Kowloon - Around 1030 dah bergerak ke hotel. Bas A21 ada kat pintu keluar dekat dengan terminal 2.. Mak cik tiket tu garang! Octopus card pun tak dapat beli sebab system down!
1400        : Sampai Kowloon area. Gi hotel, simpan beg, rehat-rehat kejap terus jalan-jalan sekitar
 kawasan hotel (Kowloon area)
Attraction at Kowloon
-    Science Museum
-    Avenue of stars
-    Hard Rock Café
-    Clock Tower
-    Night Market
Lepas letak beg, makan + solat + rehat, kami keluar jalan-jalan. Tapi tak pergi pun attraction sebab direct ke Ladies market.. Shopping sakan!

Day 2    : 7 November 2012    : Rabu

Hong Kong Disneyland the whole day - Tukar plan ke Stanley + The Peak + Madam Tussauds

Day 3    : 8 November 2012    : Khamis

Stanley Market
Victoria Peak + Madam Tussauds - Disneyland the whole day!

Day 4    : 9 November 2012    : Khamis

Macau - As planned

Day 5    : 10 November 2012    : Jumaat

City Gate - As planned
HKIA – Terminal 2 KK- Flight delay.. Stucked at HKIA up to 4 hours then AA sent us to hetel.. Flight schedule tomorrow.. Oh my!!

Sunday, 4 November 2012

Part 1 : Persediaan HK

Ada almost 2 weeks lagi before berangkat berjalan-jalan sebelum end title bujang. Macam-macam hal wedding nak kene settle, saya ada hati nak berjalan. What to do. Tiket dah beli awal even sebelum tunang n sebelum pi Japan aritu lagi. Jadi jangan dibazirkan tiket ini ye..Antara persediaan saya sebelum berangkat nanti :
  1. Flight tiket - Check.. Awal lagi dah beli
  2. Persiapan mental nak drive Sandakan - KK : So n So ade.. Tapi terpaksa drive gak nanti
  3. Tempat tido masa kat KK sebelum berangkat : Dah bincang tapi belum diputuskan.
  4. Itinerary HK - Still on going.. MTR map dah ada..attractive area ade. Shopping area ade tapi tak susun betul-betul lagi.
  5. Hotel - Done... Hopefully hotelnye ok. Tukar guesthouse lain since review guest house yang pertama tak berapa memberansangkan.
  6. Pakaian - Pakai je ape yang ade.
  7. Wet tisu - Done
  8. Tiket-tiket tak beli lagi. Blom confirm samada nak beli kat sane or beli online siap-siap.
Thanks to travelblog yang banyak bagi idea on tip-tip melancong ke HK.

Blog yang saya refer :

  1. Jari Manis Travel 
  2. Kasih Aleeya
2 Blog ni  agak detail ceritanya. Siap ada No bas yang perlu naik. Tempat makan etc. So senang sikit nak refer. Kebanyakan blog lain banyak masuk gambar diorang happy sana sini but no description. 2 ni yang terbaik for me! TQ for sharing



Monday, 22 October 2012

Back to Work

Yes...

Back to wok lepas 3 hari jimba-jimba di KK..

Tujuan asal ke KK adalah sebagai wakil jabatan untuk konvo Wilayah Sabah & Labuan. Sambil-sambil tu jalan-jalan kat kat sana..

Saya bertiga.. Wif Kak-D & Ikin..

We stayed at Grand Borneo Hotel..

Hotel So & So.. Maybe sebab ramai yang stay sana.. Musim Konvo..

Sampai sana, letak beg, solat then terus jalan gi 1 Borneo.. Laparrrr grrrrrr.. Pusing sana, pusing sini tatau nak makan apa.. Last-last decide nak masuk Kenny R. Tetiba ternampak promo ni..


Ok! Heaven.. Trus order 1+1 ni. Kak-D tambah order sandwich. Makan sampai kenyang.. Bila mintak bil memula harga dalam 47.++, pastu saya hulur kad RHB kat waiter tu, lama gak nak tunggu dia settlekan bil.. Dalam 10 minit gitu dia datang hulur bil baru, RM27.30.. Ok nice!! Murah.. Suka saya. berbaloi gak pakai kad RHB ni..
Ok now time to shopping... Shopping sakan masing-masing.. Niat asal nak beli singlet je, nak pakai dengan baju yang beli aritu untuk pi HK nanti. Sekali bila masuk Cotton On.. OK sale gilerrrr.. Capai beg 1 (RM 5.00) Selai singlet RM5 gak, Suar untuk piancee RM15 n last t-shirt putih (Cadang nak kerat buat inner tangan) RM15.. So total damage RM40..

Pastu jalan lagi... Diorang shopping itu ini.. Sampai dah tutup sume kedai kat 1B tu baru kami balik.. Penatttt

Thursday, 8 March 2012

KUL-Narita-KUL

A Journey bersama-sama dengan teammate yang lain.. Such a memorable experience!

Night View from my hostel room in Osaka

Saturday, 25 February 2012

03.03.2012 : KUL- NARITA

Preparations :

1. Sweater : Checked
2. Long John : Not Yet
3. Foods : Checks
4. Gloves : Pinjam Hanne
5. Flight Ticket : Not yet!