Thursday, 20 June 2013

Teknik Bernafas Waktu Kelahiran

 I need to remember this...

"" Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)

Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

2. Peringkat aktif (active labour)

Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)


Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.

INFO TAMBAHAN

Pernafasan Lamaze


Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.

Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.

Teknik betul meneran


Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh.

Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.""

Monday, 17 June 2013

Progress Rumah... 17.06.2013

Rumah dah siap sapu Ahad lepas.. Aircond pun dah dipasang.. Memang saya tak sabar sangat nak pindah rumah baru.. Tapi apakan daya. Barang-barang dari dalam kapal belum sampai ke Melaka lagi.. Tatau berapa lama nak tunggu. Belum dapat apa-apa feedback dari forwarding company..

Eye Ball & lampu luar yang tertangguh sebelum ni pun dah siap dipasang... Plus additional point yang saya minta sepupu pasang untuk kegunaan nanti. 

Additional point.. Gambar atas additional point untuk dapur luar & gambar bawah untuk point TV + Speaker + line for cable Astro

Kerja-kerja pemasangan Aircond.. Beli masa Home Depot kat Melaka. Dapat free installation katanya.. Sekali bila dah siap pasang diorang minta hub-b RM50.. Waddehel.. Hub-b malas kecoh bayar je. Lagipun katanya orang ni buat kerja kemas.. Yang tak bestnya rumah kami dah ade trunking sana sini.. Tak lawaaaaa huwaaaaa

Eye Ball 3W each.. Untuk ruang dapur.. Ala-ala gallery gitu.. (perasan).. 2 gambar lagi lampu luar.. Satu kat porch satu lagi depan grill.. 2 lampu 1 point. So kalau on suis, 2-2 lampu nyala... Terpaksa buat gitu gara-gara wiring tak cukup untuk eye ball kat ceiling hall..

Eye Ball kat ceiling hall. Tak nampak sangat dalam gambar ni..

Thursday, 13 June 2013

B.S.P again.. KK Kuala Sungai Baru

12 June 2013

Hari check Up & BSP Again kat KK Kuala Sungai Baru.. Tempat baru. Sebelum ni kat KK Sibuga & HDOK Sandakan..

Dua tempat berbeza, 2 sistem berbeza.. Layanan nurse dua-dua tempat ok.

Reading BSP

Pre Breakfast : 4.8
2 Hours After : 4.3
Pre Lunch      : 5.4
Pre Dinner     : 4.9

Kat KK Kuala Sungai Baru, kene buat BSP kali. BSP ke - 4, pukul 8 malam, checking kat rumah JM bertugas. Berkumpul la kami kat rumah nurse tu untuk buat checking.. :)

Masa rutin checkup (Petang), nurse tak jumpa heart beat Iman.. Terpaksa mintak khidmat doctor bertugas.. Tengah-tengah doctor check, Iman boleh tumbuk or tendang alat doctor tu.. Terkejut doctor.. Siap dia cakap, amboi, lasak bukan main, tapi heart beat tak jumpa.. Nak tak nak terpaksa doctor pasang ultrasoud scanner dia. Cari mana kedudukan jantung Iman, then baru monitor heartbeat semula. Masa scan tu nampak Iman gerak-gerak aktif sangat.. 

 Harap-harap Iman membesar sihat dan sempurna fiikal & mental. Jadi anak yang baik & beriman ye sayang.. Kita doa sama-sama untuk jadi ahli syurga... Aminnnn