Showing posts with label mi casa es mi castillo. Show all posts
Showing posts with label mi casa es mi castillo. Show all posts

Wednesday, 13 July 2016

New Version : Klebang Melaka Homestay

Kemain dugaan nak cantikkan homestay. Dah pilih wallpaper cantik cantik sekali tak cukupppp

Oh maiii

Kene patah balik kaison, husband pergi, saya tunggu kat bawah.. cari punya cari tak jumpa. Sementara saya kat bawah dengan anak 2 orang. Kereta kene horn sebab block aliran traffic. Nak tak nak kene alih kereta. Muhammad atas riba. Imaan seat passenger. Tapi dia jeles pulak. Nak duduk atas riba.. Alahaii anak. tawaf Mahkota Parade 2 kali, pick up husband. Cari parking 20minit. Park kereta, lari masuk Mahkota nak ke Kaison sekaliiiiiiiii Kaison tutuppppppp.. Sekian cerita dugaan walaupun sebenarnya panjang lagi cerita..

So this is the new look of Klebang Melaka Homestay. Setelah berpenat lelah






Sunday, 15 November 2015

Update gambar rumah contoh

2 keping gambar je. Paling penting (Untuk orang perempuan)

Gambar kitchen hehehe


Kalau kira ikut kotak tiles tu, lebar dapur adalah 7 kaki, panjang 10 kaki. So mini.. kene cari idea deco ruang dapur yang sempit yet elegan (entah jadi ke tak angan2 ni).. berangan is free 

Pandangan dari bawah. Nak naik ke rumah. Boleh tahan tinggi


Monday, 21 September 2015

Gambar Rumah Contoh

Biasanya kalau gi melawat rumah contoh, mesti yang dah siap renovate, touch up itu ini,wall deco, kitchen cabinet bagai. Tapi rumah contoh kami is super simple. Developer cuma tunjuk camna rupa rumah kami bila siap nanti. Camni la dia.. Seadanya.. Gambar dari husband. Masa dia g melawat rumah tu dengan kawan dia. Saya tak sempat gi melawat lagi. Entah bila nak pegi..

Tangga ke Unit kami
Hall + Dining share the same area
The Balcony
Store
Toilet








Laundry area

Kitchen

Again, Hall
Semuanya dalam mini size. Bilik kecil, dapur pun kecil. Tengah fikir-fikir camna la nak deco. Semangat sangattttt nak menghias padahal ade masa 2 tahun lagi nak siap. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik...

Wednesday, 9 September 2015

Rumahku nan Kecil

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Proses beli rumah ni agak mudah.. 

Sebenarnya lama dah nampak iklan rumah ni, RM99,000.. Kat kawasan perumahan elit.. Taman Paya Rumput Perdana sana.. Dalam hati ehhh biar betol.. 

Maka hari-hari saya lalu kawasan itu. Kekadang berenti kekadang jalan terus sebab iklannya betul-betul kat traffic light. Berbulan jugak la saya mengabaikan iklan ni.. Sampai satu masa, terjumpa kazen yang tinggal kat perumahan elit ni..

Saya : Ejal.. kat kawasan rumah kau ade rumah RM99ribuan eh?

Ejal : A ah rumah cluster

Ok habis setakat tu aje. Senyap, silent

Dalam kepala terbayang, rumah cluster member kat JB. Tingkat atas bawah, besar gak. Kalau Melaka harga RM99k murahla kot.. Ok hati dah goyah. Pujuk husband gi tengok..

Suami pun macam nak tak nak layan.. Tak biar dia, saya nak tengok..

Sampai je kat showroom.. mata dah bersinar. Tengok suami cam berminat. Kejap kang dia g kat model sana, kejap kang dia g kat model sini. Imaan dia biar je berlari kat showroom tu. Amboii tadi mcm tak suka... Pastu datang sales person bg info tentang rumah yang kami tengok.. dia tanya memang nak cari rumah medium cost ke? Kami senyum jela. Dah tahap tu je kemampuan. Sebenarnya panjang gak kisah membeli rumah ni.. Tapi to cut it short, akhirnya kami pilih rumah jenis cluster. Tingkat atas, sebab tingkat bawah dah habis terjual. Camni illustration rumah yang diorang iklan..




Hall 


Hall jugak

Floor plan rumah kami
Floor plan bawah

Godek godek page pemaju, ade ID idea untuk bilik. Nanti saya tepek sekali kat sini untuk future reference

Thursday, 19 December 2013

Gembira... Sedih... Bercampur campur

Bila teringat pasal rumah, mesti banyak cerita sedih. Hadoiii... Kenapa la asyik dapat contractor yang tak best...

Cerita dapur pulak... Sedihnya bila contractor untuk buat table top buat tak kemas gini. Sudah la tak kemas, pastu buat hal. Kawan Hub-b lak tu. Nak suruh dia redo table top ni pun tak boleh. Dari dalam gambar pun boleh nampak jelas susunan tiles dia tu sangattttttt la sesuatu.. Nampak kapur-kapur putih tu selekehhh huwaaaa.. Asalnya hub-b suruh kawan dia settle top n cabinet. Bila tengok ketidak kemasan kerja kawan dia. terus dia cancle untuk cabinet. Cabinet kami buat sendiri.. Hoiii sanggup ke nak tengok dapur kita buruk sepanjang masa.. Memang tak la..  


Table top yang sangat sesuatuuuuu
Pastu kami beli sinki cantik untuk dapur ni. Dia boleh pasang buruk-buruk. Teruk sangat hasil kerja dia kat bahagian sinki tu.. Oh myyyy.. Memang belum ade rezeki kami dah dapat dapur yang elok.. Gambar close up sinki takde. Later akan diupload ke sini untuk simpanan dan rujukan.. huhuhu

Letih bergaduh.. Hub-b hunting for cabinet. Design sendiri then hantar kedai. Deal harga then terus pasang.. Dan hasilnya...


Ok la kan... Cantik di mata saya.. Saya happy sebab cabinet bercermin memang saya yang request. Tapi lepas ni saya kene kerja keras. Rumah ni memang belum dikemas sepenuhnya. InsyaAllah saya akan susun cantik-cantik.. Lebih-lebih lagi dalam cermin tu. Harus cantik dipandang.

Dan yang lagi super happy, hub-b now buat bisnes untuk pasang cabinet. Main adalah kitchen cabinet. Of course la kan. Ini semua gara-gara kawan yang menindas kami.  Lepas peristiwa kene tindas dengan kawan ni, and start up new bisnes. Hub-b dapat first customer yang nak makeover rumah kat kampung. All the best ye hub-b. Moga-moga rezeki family kita dipermudahkan.



Monday, 17 June 2013

Progress Rumah... 17.06.2013

Rumah dah siap sapu Ahad lepas.. Aircond pun dah dipasang.. Memang saya tak sabar sangat nak pindah rumah baru.. Tapi apakan daya. Barang-barang dari dalam kapal belum sampai ke Melaka lagi.. Tatau berapa lama nak tunggu. Belum dapat apa-apa feedback dari forwarding company..

Eye Ball & lampu luar yang tertangguh sebelum ni pun dah siap dipasang... Plus additional point yang saya minta sepupu pasang untuk kegunaan nanti. 

Additional point.. Gambar atas additional point untuk dapur luar & gambar bawah untuk point TV + Speaker + line for cable Astro

Kerja-kerja pemasangan Aircond.. Beli masa Home Depot kat Melaka. Dapat free installation katanya.. Sekali bila dah siap pasang diorang minta hub-b RM50.. Waddehel.. Hub-b malas kecoh bayar je. Lagipun katanya orang ni buat kerja kemas.. Yang tak bestnya rumah kami dah ade trunking sana sini.. Tak lawaaaaa huwaaaaa

Eye Ball 3W each.. Untuk ruang dapur.. Ala-ala gallery gitu.. (perasan).. 2 gambar lagi lampu luar.. Satu kat porch satu lagi depan grill.. 2 lampu 1 point. So kalau on suis, 2-2 lampu nyala... Terpaksa buat gitu gara-gara wiring tak cukup untuk eye ball kat ceiling hall..

Eye Ball kat ceiling hall. Tak nampak sangat dalam gambar ni..

Thursday, 6 June 2013

Progress..

Progress rumah saya setakat hari ini.. Boleh dikatakan sangat lambat.. Tapi tak pe la since kami pun memang dok rumah parent lagi. Saya dah official pindah ke semenanjung. Terpaksa tumpang rumah mak lagi sebab saya kene ulang alik Melaka - Pedas. So rumah mak adalah yang paling dekat dengan Pedas. Hub-b pulak stay dengan ayah dia. Kelakar, walaupun dah kat Melaka masih lagi tinggal asing ;p

Pandangan depan rumah...

Lagi pandangan depan

Siling yang dah siap. Dinding hujung sana tu belum settle cat. Hub-b & kawan cat slow2. Bila rajin diorang datang la kat rumah ni mengecat.

Dinding pemisah. Supaya ada privasi bila tuan rumah nak bersantapan.

Hall rumah dah ada lampu.. Kat bucu siling baru tu nanti kami akan pasang eye-ball.. Tapi again tak siap-siap lagi sebab sepupu yang tolong pasang lampu agak buzy. Bila ada masa baru datang rumah ni & pasang lampu.
Lampu yang sama dalam mode LED..
Lampu kat kawasan dapur.. Dining & dry kitchen area.. Untuk lampu Dry kitchen tu, kami pilih lampu LED. 18W.. Harap harap boleh jimatkan elektrik nanti.. Yang wire terkeluar-keluar tu point untuk eye ball.. Again masih dalam proses.. Belum siap sepenuhnya...
Lampu master bed room dalam mode LED..
Lampu master bed room dalam mode terang benderang..

Lampu dining
Camni la rupa lampu LED yang dipasang kat area Dry Kitchen.. Tapi kat dry kitchen kami pasang yang round shape.. Square shape kami pasang kat bilik..
Kedudukan lampu & kipas dalam 2nd bedroom


Kipas kami beli KDK semuanya. Yang biasa-biasa bukan yang fancy. Remote pun takde. Based on experience rumah mak pakai KDK. Dah 12 tahun masih utuh.. Jadi kami decide nak guna jenama ni.. 

Rumah kami masih kosong. Barang-barang saya dari Sandakan masih dalam perut kapal. InsyaAllah dalam 2-3 minggu lagi baru sampai. Barang tu barag saya beli sejak mula tinggal di Sandakan. Sejak tahun 2013.. Kumpul sikit-sikit, bila dah bertunang, share dengan hub-b beli barang elektrik macam fridge, washing machine.. Hehehe macam lucu bila buat gini... Terpaksa share sebab nak kumpul duit untuk kawin dulu.. Alhamdulillah kawin takde hutang.. Takde susahkan mak ayah walaupun life terpaksa berjimat cermat..

InsyaAllah Sabtu ni nak basuh rumah.. Misi seterunya adalah mencari water pump sebab tekanan air kat rumah tu slow sangat. Air yang turun dari tangki tersangat la perlahannn... Nak mandi pun tak puas nanti.. Tak best!!


Thursday, 16 May 2013

Paip Problem

Lepas settle kerja-kerja ceiling, hub- pi jumpa kawan dia untuk settle payment. Hub-b nak settle cecepat sebab malas nak entertain kawan dia tu yang sebok dok mencucuk untuk project mengecat.. So bila jumpa, borak-borak sikit, si kawan inform ade dripping dari ceiling. Katanya dia paip tu kene settle awal-awal sebab takut ceiling kembang & jatuh... Saya syak yang kawan dia yang buat spoil sebab sebelum ni takde setitik pun air turn atas ceiling asal. Tapi lepas kerja-kerja yang dia buat, boleh pulak ade dripping kat ceiling tu.. Seperti biasa gambar adalah ehsan dari hub-b so gambar ceiling tempat dripping tu dia tak bagi...


Keadaan dalam ceiling rumah kami...


 Ada lubang pada paip tu. Hub-b kata maybe patah masa diorang buat kerja-kerja pasang steel untuk ceiling. 



 Gambar paip yang dah dibaiki & disambung balik


 Tangki atas rumah.. Boleh tahan kotor penutup tangki tu... 




Pandangan dari atas bumbung rumah.. Macam syok ajee

Gambar-gambar ni kawan hub-b yang tolong snap kan. Dia jugak yang tolong kami baiki paip.. Jimat kos sikit. Hub-b cuma beli paip penyambung dengan gam je.. Kalau tak susah hati lagi nak hire plumber. Mesti mahal sebab kawasan yang problem adalah di atas ceiling...