Wednesday 5 December 2012

Finally everything is settled

Alhamdulillah.. Tiada ucapan lain yang dapat diluahkan selain berterima kasih kepada yang esa. Majlis perkahwinan kami (Saya dan hub-b) telah selamat diadakan pada 24 November 2012.

Caption by OP : Mencari Cinderella..
Cuaca sangat memberikan kerjasama. Tak terlampau panas dan yang penting tak hujan sebagaimana hari sebelumnya. Hujan turun sangat sangattttt lebat sampai nak memandu pun tak nampak jalan. Siapa yang tak risau time tu. Debaran dalam hati memang tak terungkap..

Hari sebelum majlis, 23.11.2012

Saya sibuk kesana sini. Mencari Inai kampung. Niat di hati nak pakai inai ala dolu-dolu. Hanya di hujung jari. Tapi tak siapa yang dapat membantu untuk menggiling. Makcik-makcik di kampung dah tua. Tak berupaya untuk menggiling. Sudahnya mencari henna di Indian Street di Kampung Jawa. Habis hujung tanganku hitam. Kek yang diorder juga siap hari ini. Sangat gembira dengan hasilnya. Tapi semua gambar tiada dengan saya. Perlu tunggu gambar dari OP. Hantaran last minit juga siap pada hari ini. Gubahan bunga juga. Semua perlukan saya untuk self pick-up. Saya redah je crowd di rumah. Terus keluar untuk melengkapkan apa yang perlu.

Malamnya ada majlis marhaban oleh ibu saudara. Serentak juga diadakan majlis cukur jambul anak saudaraku yang tersayang..

Pada hari kejadian, 24.11.2012

Debaran memang dah menggila... Make Up artist tak kunjung tiba. Katanya dia akan sampai paling lewat jam 8.00 pagi. Pukul 7.00 pagi dia masih tak call untuk bertanyakan jalan untuk ke rumah. Saya SMS tanyakan samada dia jumpa rumah atau tidak. terus dia call bagitau yang dia terlewat bangun. Ohhh menambah debaran je..

Sesampai MUA yang lewat ke rumah, dia terus memulakan kerja. Nasib muka juga memberikan kerjasama. Sambil bermake up, terdengar suara bising di luar. Rupanya dah jam 10.00 pagi dan rombongan bakal suami (yang terkenal dengan punctualitynya) dah sampai. On time! dia memang macam ni dari dulu...

Akad dilafazkan sekali sahaja. Bravo hub-b!! Alhamdulillah...

Seterusnya majlis berlansung dan saya hanya mengikut flow majlis yang telah dirancang. Kekurangan dalam majlis itu pasti. Mana yang terkurang di sana sini harap di maafkan... 

Setelah itu bermulalah perjalanan kami sebagai suami isteri..


No comments:

Post a Comment