Wednesday 15 May 2013

Reno : Ceiling

Misi make over ceiling rumah teres kecil ini. Ceiling sedia ada bukan tak ok. Tapi disebabkan hub-b telah dicucuk oleh kawan dia.. Last-last termakan juga hasutan si kawan. Finally dia agree untuk buat plaster ceiling. Saya tak leh nak kata apa dah. Rasa membazir pun ada... Si kawan ni memang saya tak suka. Orangnya suka memaksa. Suka mengambil kesempatan. Awal lagi saya dah nampak attitude dia gitu, tapi hub-b boleh tak perasan. Bila saya tegut hub-b marah saya sampai gaduh berhari-hari. Pelik saya orang macam ni. Suka sangat tengok family bergaduh.. Patutnya bila orang dah cakap tak nak buat, tak payah la paksa. Hormat la keputusan orang. Ini tidak, buat lagi ayat psyco sampai hub-b terhasut.. Tapi setiap masa saya doa supaya nanti hub-b nampak juga sifat sebenar dia..

Ignore pasal perangai orang yang bermacam ragam tu, ini adalah progress dan hasil ceiling rumah saya..


Main hall dan kerangka besinya...

Akhirnya bertukar jadi begini..

Final view...


Ini pulak bahagian sebelahnya, kami cadang nak buat dining & dry kitchen area. Semua bahagian diratakan. So 1 kipas boleh share untuk both area. Sebelum ni kawasan ni ade beam batu. Beam tu buat kerja pemasangan kipas jadi susah nanti

Kerja-kerja ceiling sedang berjalan

Wider view


Final touch untuk dining & dry kitchen area


Saya paksa hub-b untuk cakap dengan kawan dia untuk buat dinding pemisah antara living hall & dining. Sebelum ni rumah kami straight ja dari depan sampai ke dapur. Alang-alang kawannya caj terlampau mahal, saya suruh dia buat. Jangan pandai nak ambil kesempatan je..

Semasa proses kerja

Nampak dah ada pemisah antara 2 ruang. Sebelum ni rumah kami begini rupa dia.. Link

Cornice simple yang digunakan. Tapi si kawan sebok menggembar-gembur pada hub-b dia order cornice special. Bila saya tengok biasa je pun..

Untuk final look rumah ni belum ada lagi gambarnya dalam simpanan saya. Semua gambar ni adalah ihsan dari hub-b. Dia memang kerja keras. Hari-hari monitor kerja-kerja kawannya. Alhamdulillah termakbul doa saya. By end of this project, hub-b realize that his friend memang ambil kesempatan kat dia. Kali ni si kawan sebok cucuk hub-b suruh ambil dia juga untuk projek cat rumah. Hub-b refuse. Sebabnya si kawan nak caj RM1200 untuk cat keseluruhan ruang tadi. Gile ke hapa.. Rumah kecik camni RM1200. Kalo saya hire wall make over by na pun diorang caj RM1000 siap dengan dinding cantik sekali. Terima kasih kawan kerana sangat demanding dan akhirnya suamiku telah sedar sikap sebenar kamu...

2 comments:

  1. Salam..Berapa kos awak kena utk plaster ceiling ni sume?

    ReplyDelete
  2. Salam Ida, untuk semua ni.. Plaster ceiling + Cornice + additional wall tu kontraktor charge kami RM2800..

    ReplyDelete