Wednesday 9 September 2015

Rumahku nan Kecil

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Proses beli rumah ni agak mudah.. 

Sebenarnya lama dah nampak iklan rumah ni, RM99,000.. Kat kawasan perumahan elit.. Taman Paya Rumput Perdana sana.. Dalam hati ehhh biar betol.. 

Maka hari-hari saya lalu kawasan itu. Kekadang berenti kekadang jalan terus sebab iklannya betul-betul kat traffic light. Berbulan jugak la saya mengabaikan iklan ni.. Sampai satu masa, terjumpa kazen yang tinggal kat perumahan elit ni..

Saya : Ejal.. kat kawasan rumah kau ade rumah RM99ribuan eh?

Ejal : A ah rumah cluster

Ok habis setakat tu aje. Senyap, silent

Dalam kepala terbayang, rumah cluster member kat JB. Tingkat atas bawah, besar gak. Kalau Melaka harga RM99k murahla kot.. Ok hati dah goyah. Pujuk husband gi tengok..

Suami pun macam nak tak nak layan.. Tak biar dia, saya nak tengok..

Sampai je kat showroom.. mata dah bersinar. Tengok suami cam berminat. Kejap kang dia g kat model sana, kejap kang dia g kat model sini. Imaan dia biar je berlari kat showroom tu. Amboii tadi mcm tak suka... Pastu datang sales person bg info tentang rumah yang kami tengok.. dia tanya memang nak cari rumah medium cost ke? Kami senyum jela. Dah tahap tu je kemampuan. Sebenarnya panjang gak kisah membeli rumah ni.. Tapi to cut it short, akhirnya kami pilih rumah jenis cluster. Tingkat atas, sebab tingkat bawah dah habis terjual. Camni illustration rumah yang diorang iklan..




Hall 


Hall jugak

Floor plan rumah kami
Floor plan bawah

Godek godek page pemaju, ade ID idea untuk bilik. Nanti saya tepek sekali kat sini untuk future reference

No comments:

Post a Comment