Showing posts with label MyLife. Show all posts
Showing posts with label MyLife. Show all posts

Wednesday, 29 June 2016

6 month : Eiman Muhammad

          Sekarang dah bulan June, maknanya Muhammad dah berumur 6 bulan. Sekejapan, and Alhamdulillah he is still on breastmilk walaupun susu maknya cukup cukup makan. Lagi lagi bulan puasa, kemain lagi stok susu beku ditarik keluar tanpa ganti. Takpe Muhammad, keep on drinking, mama pump dan pump setiap masa.

     .     


Masih meiarap dan combatt, dah angkat punggung tapi takut takut nak move forward, tapi bab memanjat laju la pulak. Kalau ade tempat berpaut laju je dia bangun. Muhammad, please jangan skip the step. Kang terlajak laju macam kakak Imaan mama tak larattttttt

gula gula hati.. kiki kesayangan mama
Rambut Muhammad menten gitu. Jarang jarang since day berapa tah. Lupa la dikkk.. amik gambar pun tak sebab masa tu Muhammad dah kene attack Eczema. Penuh semuka badan tangan. Tak dan dan nak amik gambar. Dok fikir nak Muhammad baik jeee..

Monday, 21 September 2015

Gambar Rumah Contoh

Biasanya kalau gi melawat rumah contoh, mesti yang dah siap renovate, touch up itu ini,wall deco, kitchen cabinet bagai. Tapi rumah contoh kami is super simple. Developer cuma tunjuk camna rupa rumah kami bila siap nanti. Camni la dia.. Seadanya.. Gambar dari husband. Masa dia g melawat rumah tu dengan kawan dia. Saya tak sempat gi melawat lagi. Entah bila nak pegi..

Tangga ke Unit kami
Hall + Dining share the same area
The Balcony
Store
Toilet








Laundry area

Kitchen

Again, Hall
Semuanya dalam mini size. Bilik kecil, dapur pun kecil. Tengah fikir-fikir camna la nak deco. Semangat sangattttt nak menghias padahal ade masa 2 tahun lagi nak siap. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik...

Friday, 19 December 2014

Habit Baru

Imaan kan sekarang.. Bila ajak selfie, ini la hasilnya. Camtu la tu senyuman dia.. Tak reti nak describe. Dia buat ala2 geram tapi bila dah capture gambar dia ketawa. Trademark kot. Banyak gambar Imaan senyum ala2 gini hilang. Memory card rosak. I is sedihhh :(

Monday, 3 June 2013

Into Cargo

Barang-barang dari Sandakan yang telah dimasukkan dalam cargo. Sangat-sangat banyak. Nasib ade bantuan dari Hub-b & staff cargo tu. Kalo tak confirm tak larat. Saya panggil Kak Aisyah, akak yang selalu tolong kemas rumah saya untuk datang pada hari kejadian. So mana-mana item yang saya tak moo bawak balik, terus bagi kat dia je.

Barang-barang yang super banyak
Sebelum semua barang di pack masuk kotak & dimasukkan dalam lori

Ruang tamu dah kosong.. Semua barang dah selesai dimasukkan dalam lori

Kosong... Kosong... Kosong...


Pihak cargo datang dalam pukul 10 pagi. Masa diorang sampai, terus diorang tengok-tengok barang saya & plan macam mana nak wrapping.. Diorang bagi saya kotak, untuk kemas baju-baju sendiri. Urusan sangat mudah. Mana-mana saya malas nak kemas, diorang suruh tinggal je. Biar diorang buatkan.. Kebanyakkannya memang saya tak buat sendiri. Tak larattt..

Saturday, 4 May 2013

Good News Finally Arrived

Surat pertukaran secara rasminya dah sampai ke tangan saya.. Alhamdulillahhhhh...

Alkisahnya HQ call saya hari Selasa. Masa tu saya n 2nd bos on our way ke SMK Merpati. Nak menyambut CM Sabah kononya..

Sempat jugak saya bincang-bincang dengan HQ kalau-kalau ada peluang saya untuk ke Selandar. Last decision dari HQ minta siapa yang nak bertukar suka sama suka dengan saya untuk tulis surat..

Forwarding service pun saya dah submit ke Admin. Tengah tunggu green light je dari HQ...

Sambil-sambil tu saya packing sikit-sikit. Baju kurung will definitely masuk dalam beg sebab kainnya dah tak boleh dipakai. Maybe saya bawak balik kampung 17 Mei ni..

Wednesday, 24 April 2013

Good News Please Come to Me

Semalam lepas sesi Kaizen dengan bos, saya dapat call dari JTM. Rupanya En Radzi, officer dari HQ call. En Radzi bagitau ade kekosongan dekat ILP Pedas & dia offer saya untuk pindah ke sana. Masa tengah on the phone tu saya dok "aaa"... "aaa".. Susah nak bagi keputusan. Dari hati memang nak, tapi maklumlah sekarang nak buat apa-apa keputusan nak kene tanya partner dulu.. Agak susah disitu memandangkan selama ini saya memang buat semua keputusan saya sendiri.. Takpa.. Mari kita biasakan diri...

Lepas cakap dengan En Radzi, saya terus call hub-b, masa tu dia kat kedai komputer tengah beli thermal paste.. Memang takleh nak bincang betul-betul ngan dia..Hub-b cakap tempat tu jauh.. Adoii saya... Frust gak dengar.. The call mak, mak pun cakap benda yang sama macam hub-b.. emmm... Takpa.. Perjuanganku belum lagi selesai..

Lepas bercakap dengan 2 orang ni, saya pi jumpa kawan-kawan seperjuangan.. Yang sama-sama adventurous, yang dah dok kat tempat orang lama-lama.. Most of them bagi sokongan.. kata diorang kita bukan boleh memilih sangat... Ade peluang grab aje.. yeayy i like the spirit..

Malam tu saya call hub-b lagi sekali.. bincang punya bincang.. last-last dia setuju..

Friday, 21 December 2012

Saya dah apply pindah

I've been busy sejak balik dari kampung 15 Disember lepas.. Harini bukak tab, tengok counter kat home screen, rupanya dah 27 hari saya jadi isteri orang. Sangat tak terasa.. Orang lain tak terasa sebab sentiasa ada romantic moment & unforgetabble moment bila suami sentiasa ada depan mata. Tapi saya berbeza... Sebab apa?? Sebab suami tak ada depan mata. Hari-hari call but end up like masa kami kawan + tunang. Malam tadi borak dengan Hub-b, dia pun mengeluh kenapa la kami ni kene berjauhan dalam waktu agak lama. Dia pun ada cakap yang kami berdua ni tak ubah macam zaman kawan & tunang. Bertelefon sampai tak tahu apa nak borak. Sebab kami tak ada sama-sama.

Kalau orang lain ade yang weekend family. they gathered every weekend. Kami?? Not even weekend or every forthnight. Sebulan sekali pun belum tentu. Tadi baru je habis RM198.00 untuk beli tiket balik kampung for febuari. Mac belum lagi, April belum lagi. Hopefully urusan mohon pindah dipermudahkan..

All this while saya sibuk menyiapkan surat pindah dan dah berjaya dapatkan kelulusan pengarah. Tanpa pengganti. Alhamdulillah. Urusan di peringkat pejabat kat sini sangat dipermudahkan. Harap-harap HQ boleh bagi kelulusan tanpa ada banyak kerenah.. 

Photobook Japan pun dah berjaya dicompile. All 40 pages dah berisi.. Tinggal 3 lagi photobook nak kene siapkan sebelum May2012. Kawin x 2 dan HongKong Macau...Kene kejar masa.

Sekarang saya mencari mood untuk update semua akaun kelab kakitangan. Niat di hati lepas dah selesai semua kira-kira saya nak letak jawatan. Sesungguhnya saya tak suka memegang duit orang. Saya tak termanage..

Monday, 22 October 2012

Back to Work

Yes...

Back to wok lepas 3 hari jimba-jimba di KK..

Tujuan asal ke KK adalah sebagai wakil jabatan untuk konvo Wilayah Sabah & Labuan. Sambil-sambil tu jalan-jalan kat kat sana..

Saya bertiga.. Wif Kak-D & Ikin..

We stayed at Grand Borneo Hotel..

Hotel So & So.. Maybe sebab ramai yang stay sana.. Musim Konvo..

Sampai sana, letak beg, solat then terus jalan gi 1 Borneo.. Laparrrr grrrrrr.. Pusing sana, pusing sini tatau nak makan apa.. Last-last decide nak masuk Kenny R. Tetiba ternampak promo ni..


Ok! Heaven.. Trus order 1+1 ni. Kak-D tambah order sandwich. Makan sampai kenyang.. Bila mintak bil memula harga dalam 47.++, pastu saya hulur kad RHB kat waiter tu, lama gak nak tunggu dia settlekan bil.. Dalam 10 minit gitu dia datang hulur bil baru, RM27.30.. Ok nice!! Murah.. Suka saya. berbaloi gak pakai kad RHB ni..
Ok now time to shopping... Shopping sakan masing-masing.. Niat asal nak beli singlet je, nak pakai dengan baju yang beli aritu untuk pi HK nanti. Sekali bila masuk Cotton On.. OK sale gilerrrr.. Capai beg 1 (RM 5.00) Selai singlet RM5 gak, Suar untuk piancee RM15 n last t-shirt putih (Cadang nak kerat buat inner tangan) RM15.. So total damage RM40..

Pastu jalan lagi... Diorang shopping itu ini.. Sampai dah tutup sume kedai kat 1B tu baru kami balik.. Penatttt

Monday, 24 September 2012

Genap 5 Hari

Hari ni genap 5 hari takde air kat umah. Sangat menyusahkan. Sangat menyakitkan hati. Kene angkat air. Pastu simpan kat rumah. Kalau ringan takpe.. Bangun pagi takleh nak berak. Kene gi mandi kat surau... Oh apelah ertinya ade rumah lengkap dengan bekalan air tapi air takmo keluar dari kepala paip tu.. Saya tatau la sampai bila masalah ni nak selesai. Punca masalah pun diorang tak dapat kesan lagi. Ni pulak nak selesaikan.. 


Sunday, 23 September 2012

Masalah yang tak pandai selesai

Hari ni dah 23 Sept, bersamaan hari Ahad. Maksudnya hari ke 4 takde air. Sangat menyakitkan hati. JBA kat sini tak pantau ke??? Dengan nak basuh baju lagi, mandi, buang air lagi. Macam-maccam sangat nak guna.. Hari ni nak kene jaga pameran lagi. Tak pasal pasal g jaga pameran tak mandi lak nanti. Ishhhh

Friday, 21 September 2012

Wat Hal Lagi

Dah lama dah takde prob air kat sini. Dulu masa memula sampai sini memang nak dikatakan setiap hari mesti ade catuan air. Pastu lama-lama ok. Sekarang ni problem lagi. Dengan elektrik yang selalu takde. Tension je...