Thursday, 6 June 2013

Progress..

Progress rumah saya setakat hari ini.. Boleh dikatakan sangat lambat.. Tapi tak pe la since kami pun memang dok rumah parent lagi. Saya dah official pindah ke semenanjung. Terpaksa tumpang rumah mak lagi sebab saya kene ulang alik Melaka - Pedas. So rumah mak adalah yang paling dekat dengan Pedas. Hub-b pulak stay dengan ayah dia. Kelakar, walaupun dah kat Melaka masih lagi tinggal asing ;p

Pandangan depan rumah...

Lagi pandangan depan

Siling yang dah siap. Dinding hujung sana tu belum settle cat. Hub-b & kawan cat slow2. Bila rajin diorang datang la kat rumah ni mengecat.

Dinding pemisah. Supaya ada privasi bila tuan rumah nak bersantapan.

Hall rumah dah ada lampu.. Kat bucu siling baru tu nanti kami akan pasang eye-ball.. Tapi again tak siap-siap lagi sebab sepupu yang tolong pasang lampu agak buzy. Bila ada masa baru datang rumah ni & pasang lampu.
Lampu yang sama dalam mode LED..
Lampu kat kawasan dapur.. Dining & dry kitchen area.. Untuk lampu Dry kitchen tu, kami pilih lampu LED. 18W.. Harap harap boleh jimatkan elektrik nanti.. Yang wire terkeluar-keluar tu point untuk eye ball.. Again masih dalam proses.. Belum siap sepenuhnya...
Lampu master bed room dalam mode LED..
Lampu master bed room dalam mode terang benderang..

Lampu dining
Camni la rupa lampu LED yang dipasang kat area Dry Kitchen.. Tapi kat dry kitchen kami pasang yang round shape.. Square shape kami pasang kat bilik..
Kedudukan lampu & kipas dalam 2nd bedroom


Kipas kami beli KDK semuanya. Yang biasa-biasa bukan yang fancy. Remote pun takde. Based on experience rumah mak pakai KDK. Dah 12 tahun masih utuh.. Jadi kami decide nak guna jenama ni.. 

Rumah kami masih kosong. Barang-barang saya dari Sandakan masih dalam perut kapal. InsyaAllah dalam 2-3 minggu lagi baru sampai. Barang tu barag saya beli sejak mula tinggal di Sandakan. Sejak tahun 2013.. Kumpul sikit-sikit, bila dah bertunang, share dengan hub-b beli barang elektrik macam fridge, washing machine.. Hehehe macam lucu bila buat gini... Terpaksa share sebab nak kumpul duit untuk kawin dulu.. Alhamdulillah kawin takde hutang.. Takde susahkan mak ayah walaupun life terpaksa berjimat cermat..

InsyaAllah Sabtu ni nak basuh rumah.. Misi seterunya adalah mencari water pump sebab tekanan air kat rumah tu slow sangat. Air yang turun dari tangki tersangat la perlahannn... Nak mandi pun tak puas nanti.. Tak best!!


Wednesday, 5 June 2013

Siaran TV murah

Saya dah dengar tentang siaran TV murah ni dah lama. Hajat hati nak pasang kat kampung untuk emak ayah.. Tapi saya tak tau dengan siapa saya boleh berurusan & network internet kat rumah kampung saya ni sangat teruk. So pendam jela impian nak langgan siaran TV murah ni. Thennnn satu hari saya tengok adik saya guna internet dengan gembira siap bukak u tube bagai.. Saya terus la order 1 set untuk siaran ni.. Rasa berbaloi sangat.. Murah pun murah. Semua channel dapat termasuk First & Best.. Jadi dapat la mak & ayah enjoy favorite channel diorang. Ayah tengok sukan, mak tengok Bella.. Pelangi.. Bintang.. Citra what ever la.. Just name it.. Tapi of course most of the time ayah yang conquer TV.. hehehe

Boleh tonton semuanya dengan gembira yippeeee

Monday, 3 June 2013

Into Cargo

Barang-barang dari Sandakan yang telah dimasukkan dalam cargo. Sangat-sangat banyak. Nasib ade bantuan dari Hub-b & staff cargo tu. Kalo tak confirm tak larat. Saya panggil Kak Aisyah, akak yang selalu tolong kemas rumah saya untuk datang pada hari kejadian. So mana-mana item yang saya tak moo bawak balik, terus bagi kat dia je.

Barang-barang yang super banyak
Sebelum semua barang di pack masuk kotak & dimasukkan dalam lori

Ruang tamu dah kosong.. Semua barang dah selesai dimasukkan dalam lori

Kosong... Kosong... Kosong...


Pihak cargo datang dalam pukul 10 pagi. Masa diorang sampai, terus diorang tengok-tengok barang saya & plan macam mana nak wrapping.. Diorang bagi saya kotak, untuk kemas baju-baju sendiri. Urusan sangat mudah. Mana-mana saya malas nak kemas, diorang suruh tinggal je. Biar diorang buatkan.. Kebanyakkannya memang saya tak buat sendiri. Tak larattt..