Friday, 17 April 2015

RPP Port Dickson


Kisah ni dah kemain lama. Januari kot kitorang bercoti sini. Impian hati nak amik gambar banyak-banyak masuk blog. Simpan buat kenangan... Tapiiii semua tu impian jela.. Ade Imaan ape pun tak boleh. Asyik kene kejar dia jeeee... Ini je gambar yang sempat di snap. Bilik atas ni bilik utk katil single. Kami booking apartment 3 bilik. Amat selesa dan puas hati. Yela bayar banyak mana je pun. Ade jugak kurang sana sini tapi masih boleh diterima..


Yang ni toilet kat hall. Ada daki jugak. Harap-harap pihak pengurusan leh baiki kelemahan ni..


Meja makan 6 seater untuk seisi keluarga..


Ni gambar Imaan sebok nak berenang kat kolam. Anak rusa nani tu kejap je dia nak. Pastu dia pusingkan badan dia nak masuk terus dalam kolam, Tak suka pakai pelampung. Tah mana la dia dapat keberanian. Dah la ayah dia bawak dia kat adult pool. 

Overall RPP ni okay. Tak lah teruk sangat. Setakat hari ni saya dah stay kat 3 RPP dalam Malaysia. Semuanya ok. Langkawi, Cameron & Port Dickson. 

Kesayangan

Malam semalam tiba-tiba busuk masam saya jadi super manja. Sebenarnya hari-hari pun dia manja. Tapi malam tu dia tiba-tiba merengek-rengek masa nak tidur. Entah kenapa. Pujuk-pujuk tak jalan. Tiba-tiba saya teringat masa dia kecik dulu, dia akan tidur dengan tenang dan nyenyak atas dada saya. Oklah lets sleep on my chest sayang. Saya terus angkat letak kat dada. Surprise surprise..dia terus senyap dan lelap. And all of sudden I miss that moment so bad.. I love you Imaan Khadeeja



Friday, 13 March 2015

Sotong Telur Masin

Salted Egg Squid - Versi derhaka...
 
Hari rabu lepas, masa balik rumah, dok fikir-fikir ape nak masak. Dalam fridge ade sotong. Selalu masak sambal. Lama lak tu nak masaknye. Badan dah memang letih driving dari Pedas. Last-last google. Maka ternampak la resipi Sotong telur masin ni.
Bila baca-baca, rasa macam 70% barang-barang ade kat rumah.
Sotong - checked
Butter - Checked
Telur masin - Checked
Bawang putih - Checked
Tepung jagung - Checked
Serbuk lada hitam - Checked
Garam - Checked
Daun Kari -
Cili Padi -
ok la tu.. daun kari ngan cili padi je kan. So proceed.. mari masak..

 
Hasil masakan..
 
Daun kari yang non hado.. saya gantikan dengan cili kering.. pastu alang-alang ade kacang buncis, lets masuk sekali. Kalau tak sayo tak habis-habis..